Followers

Pages

Tuesday, March 31, 2009

2nd Award From Sis. Nurul

Syukur Alhamdulillah… dapat award lagi… award yang ke 2 dari Tukang Cerita… maaf kerana lambat ambil... :)

Kepada Sis Nurul aka Tukang cerita aka TC… laman terataknya http://nurulmuzforever.blogspot.com … sudi-sudikanlah melawat ke teratak ini… ada banyak kenangan disitu… nama teratak pun Lembaran Kenangan… hehe…

Terima kasih TC… kerana memanjangkan award kucing yang comel ini kepada saya… amat menghargai… dengan ini bertambah sudah koleksi award’s yang tersedia ada… Alhamdulillah…

Dengan murah hatinya… saya memanjangkan award comel ini kepada mereka yang gemar kucing… haiwan kesayangan Nabi… setakat ini… hanya ada 2 orang rakan blogger’s yang dikenalpasti yang gemar kucing… yang lain hamba tak pasti… sekirannya… ada dikalangan anda yang gemar kucing… maka award ini ditujukan untuk anda juga… dengan hormatnya dipersilakan naik ke pentas untuk menerima award ini… :)

Kepada Sis Maria dan Dak Nuee… anda berdua dikenalpasti sebagai penggemar kucing… silalah ambil award yang comel ini ya… jangan malu-malu... hehe... sehingga berjumpa lagi... wassalam...

Saturday, March 28, 2009

Pengumuman

Saya ingin meminta maaf kepada rakan-rakan blogger's kerana tidak berkesempatan untuk melayari teratak kalian dan melontarkan komen dengan secara konsisten... Ini kerana... sejak akhir-akhir ini... saya agak sibuk dan menyibukkan diri dengan tugasan kerjaya yang semakin hari semakin bertimbun... yang tak pernah habis... masa yang terluang juga agak terbatas untuk berbuat demikian... InsyaAllah... saya akan cuba bahagi-bahagikan masa untuk mengunjung teratak kalian dengan secara adil dan saksama...

Terima kasih daun keladi kepada rakan-rakan yang setia berkunjung ke teratak hamba tanpa jemu-jemu dan memberikan komen-komen yang membina... teruskan sokongan padu kalian... saya amat menghargai... InsyaAllah... saya juga akan memberi komen dan pandangan di blog kalian walaupun terlambat untuk berbuat demikian... semoga apa yang dikongsikan bersama mendapat manfaat yang baik untuk semua... Yang baik dijadikan teladan... Yang buruk dijadikan sempadan... Sekali lagi saya memohon maaf kepada kalian... sehingga berjumpa lagi di entry-entry yang akan datang... wassalam...

Friday, March 27, 2009

Muhasabah Diri

Firman Allah (Isra’:14)


اقرأ كتبك كفى بنفسك اليوم عليك حسيبا

Maksudnya:
Bacalah kitab (suratan amal) mu, cukuplah engkau sendiri, pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang engkau lakukan)

Athar Sahabat (Sayyidina Umar)

حاسبوا انفسكم قبل ان تحاسبوا وزنوا اعما لكم قبل ان توزن عليكم

Maksudnya:
Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalanmu sebelum ditimbang ke atasmu.


Kenapa Muhasabah Diri itu penting?

1. Tuntutan Aqidah ( Arahan Allah dan Rasul)...
2. Mengetahui Kelemahan... kekurangan dan kekuatan...
3. Persediaan Memperbaiki diri... keluarga dan organisasi...
4. Melahirkan keinsafan dan membentuk insan yang bersyukur...
5. Meningkatkan usaha... amalan...
6. Menyediakan bekalan...
7. Menjana Kekuatan...
8. Akan disoal di akhirat...
9. Menerima balasan syurga dan neraka...

Ciri-Ciri Muhasabah

Adakah anda telah:-
1. Menyebut nama Allah ketika bangun tidur?
2. Menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid?
3. Membaca zikir harian di waktu subuh dan pagi?
4. Memulakan hari ini dengan berdoa kepada Allah untuk mencari rezeki yang halal?
5. Memohon kepada Allah supaya di masukkan ke dalam syurga 3x?
6. Memohon perlindungan dari azab Neraka 3x?
7. Memastikan solat lima waktu berjemaah di masjid pada waktunya?
8. Melakukan solat sunat rawatib dan Tatawwu’ setiap hari?
9. Membaca wirid dan doa setiap kali selepas solat dan azan?
10. Mentadabbur tentang ayat-ayat yang dibaca serta khusyu’ dalam solat?
11. Bertaqwa kepada Allah dalam setiap pekerjaan... makan... minum dan pakaian?
12. Memuji Allah atas nikmatnya Islam?
13. Memuji Allah atas nikmat pandangan... penglihatan hati dan nikmat lain?
14. Merebut peluang berdoa Kepada Allah di saat-saat yang Mustajab
15. Membaca... mempelajari... menghafaz dan mengamalkan hari ini dengan satu ayat al-Qur’an?
16. Membaca... mempelajari... menghafaz dan beramal dengan satu hadith Rasulullah s.a.w?
17. Mempelajari Sesuatu kefardhuan dan menghadiri majlis ilmu?
18. Menjaga pendengaran... penglihatan dan pancaindera anda daripada yang haram?
19. Berselawat Kepada Nabi Muhammad s.a.w hari ini?
20. Menziarahi orang sakit hari ini?
21. Menguruskan Jenazah?
22. Menyuruh yang Ma’aruf dan mencegah kemungkaran?
23. Memberi nasihat kerana Allah?
24. Menolong... membantu muslim atau orang lain?
25. Menyempurnakan janji dan menepatinya?
26. Mengikhlaskan diri dalam setiap amalan samada zahir atau batin?
27. Besederhana ketika miskin dan kaya?
28. Menyambung hubungan dengan sesiapa juga yang memutuskan hubungan dengan anda?
29. Berlaku adil ketika marah dan suka semasa redha?
30. Memaafkan orang yang menzalimi anda?
31. Menjadikan diam sebgai berfikir... cakap sebagai zikir.... Pandangan sebagai pengajaran?
32. Berlaku kasih dan benci kerana Allah?
33. Memberi hadiah untuk menyatukan hati dan berziarah menambah kasih sayang?
34. Berfikir untuk menjauhkan rakan jahat dan memilih rakan yang baik?
35. Memelihara perkenalan dengan rakan yang baru dikenali kerana Allah?
36. Berusaha menjauhi daripada banyak ketawa?
37. Menangis kerana takut kepada Allah?
38. Beristighfar memohon keampunan kepada Allah daripada dosa dan kesalahan?
39. Berdoa Kepada Allah supaya memantapkan hati anda kepada agama?
40. Memohon ampun untuk mukmin dan mukminat?
41. Bersedekah kepada para fuqara’ dan orang-orang berhajat?
42. Memberi salam dan senyum di hadapan saudara muslim?
43. Meninggalkan sifat marah kerana nafsu dan tidak marah melainkan kerana Allah?
44. Menyucikan hati anda daripada penyakit ( iri hati... khianat... dendam... dengki... riya’ dan takabbur)?
45. Membersihkan lidah anda daripada dusta... umpat... mencela... berbalah... cakap yang sia-sia?
46. Mendidik diri dengan prasangka baik (syukur... lembut... sabar... warak... qonaah... tawakkal)?
47. Berkata : Inna Lillah wainna ilaihi rajiuun... ketika ditimpa musibah?
48. Berdoa dengan doa ini?
اللهم انا نعوذبك ان نشرك شيئا نعلمه ونستغفرك لما نعلمه
49. Menjaga sunnah Nabi meliputi perkataan dan perbuatan?
50. Mengingati mati... kubur dan hari akhirat serta kedahsyatannya?
51. Berpuasa (isnin... khamis dan 3 hari sebulan)?
52. Membaca doa khas (masuk dan keluar masjid... bilik air... makan dan ketika berpakaian)?
53. Menunaikan hak dan kewajipan ke atas:-

*Diri dan harta...?
*Kedua ibubapa...?
*Isteri dan anak...?
*Kaum kerabat dan jiran...?
*Dakwah kepada Allah...?

54. Menunaikan tugas... kerja dan amanah yang diberikan dengan baik serta sempurna?
55. Mendirikan amalan malam hari... hari jumaat ( mandi... wangian... pakaian... bacaan al-Qur’an)?
56. Menutup hari ini dengan taubat Nasuha... istighfar dalam keadaan khusyu’?


Kesan Positif Muhasabah Diri

1. Mengenali diri...
2. Tahu dan kenal Pencipta...
3. Tahu apa tujuan diciptakan... tujuan hidup dan tugas...
4. Ke mana akhirnya?
5. Apa kesudahannya?
6. Hidup bermakna dan berguna...
7. Hayatnya lebih panjang dari usianya...
8. Keluarga bahagia...
9. Masyarakat sejahtera...
10. Negara maju jaya...


Kesimpulan

- Mengakui kekurangan diri yang perlu kepada perubahan dan peningkatan untuk menjadi insan yang soleh yang mampu menjadi contoh ikutan...
- Setiap manusia perlu muhasabah diri bagi meningkatkan kualiti keimanan... ibadat... amalan dan penghayatan...
- Bekalan untuk kehidupan dunia dan akhirat...
- Ganjaran berlipatganda dan bersesuaian bagi setiap orang yang sentiasa bermuhasabah diri di sepanjang kehidupan...

Wallahualam...

Thursday, March 26, 2009

Kelebihan Hari Jumaat

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW... Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya... Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi... Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh Tuhan pada hari Jumaat...

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat... maka setiap muslim digalakkan mandi... kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah... Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut... mencukur kumis... memotong kuku dan menggosok gigi...

Sesudah itu bersegeralah ke masjid... Sabda Rasulullah SAW:

" Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid... maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang...

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali... Dalam sebuah hadis dinyatakan:

"Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah... Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam... Al-Kahfi atau Yasin... Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat... kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan...

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi... Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata... jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya... Apabila selesai dari sembahyang Jumaat... maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas... Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat...

P/S: Petikan ini diambil dari internet untuk renungan bersama... Semoga apa yang baik dijadikan amalan... Wallahualam...

Wednesday, March 25, 2009

Rutin Harianku

Beginilah rutin aku yang berputar-putar...

Sepanjang hari dalam seminggu... kecuali hari Ahad... rutin harianku tetap sama... tidak ada banyak perubahan... seumpama roda motor buruk aku... pusing... pusing dan pusing... yang tak sampai kemana... hanya mampu bawa aku pergi dan pulang dari tempat mencari rezeki... aku sudah bosan... aku sudah penat... aku sudah keletihan... namun apakan daya? Apa yang mampu aku buat? Aku sedar... aku perlu mencari rezeki... aku bukan hidup bujang... yang boleh buat sesuka hati... aku perlu menanggung keluarga aku... termasuklah kucing-kucing aku... kesemuanya perlukan makanan... minuman... dan macam-macam lagi...

Walaupun aku merungut kepenatan... aku tetap bersyukur ke hadrat Illahi... kerana aku masih mempunyai kudrat untuk mencari rezeki yang halal... aku masih mempunyai pekerjaan tetap... cuma sebagai manusia biasa... yang tak kenal erti kepuasan dalam hidup... aku mahu hidup dalam keadaan lebih sempurna... untuk itu... aku perlu berusaha lebih gigih supaya dapat mencapai impianku... aku memohon kepada Allah... supaya permudahkan segala urusanku didunia mahupun diakhirat... ameen... Wahai rakan-rakan sekalian... turut doakanlah impianku menjadi kenyataan... terima kasih...

P/S: Hakikatnya... selagi kita diberi kesempatan hidup di muka bumi Allah... selagi itulah kita wajib redha dengan ketentuan Illahi... dan berusaha untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna... Allah tidak mengubah nasib kita... melainkan kita sendiri yang mengubahnya...

Tuesday, March 24, 2009

Incident

Hari ini aku balik kerja awal... kerana terima panggilan kecemasan dari orang rumah aku... kira-kira 11.20am... katanya jatuh tergolek kat bilik air... sambil menangis-nangis tahan kesakitan... hati aku rasa tak sedap dan tak tenang... maka aku pun mohon cuti kecemasan dan kejar balik ke rumah... sebelum ini pun... orang rumah aku pernah jatuh kat dapur... kira-kira 2 tahun yang lepas... tergelincir sambil memegang mangkuk kaca... akibatnya... serpihan kaca mangkuk tersebut tercucuk salah satu urat saraf tangan kanannya... doktor mengesahkan salah satu urat saraf hampir putus... tetapi masih boleh dijahit lagi... walaupun luka sudah sembuh... kesakitan masih terasa... sampai ke hari ini pun jari kelingking dan manis tidak dapat digenggam sepenuhnya... dan merasakan separuh tapak tangan mengalami kekebasan... seolah-olah mengalami kecacatan... aku kasihan... aku takut peristiwa seumpama begitu berulang kembali... Nauzubillah... minta dijauhkan... sebenarnya aku belum berkesempatan untuk membawa isteri aku jumpa pakar urat saraf... InsyaAllah akan aku usahakan secepat mungkin... sekiranya rakan-rakan blogger's ada kenalan doktor-doktor pakar urat saraf... sila-silalah ya?

Uiks! Lari tajuk pulak... berbalik kepada cerita asal... sesampainya aku ke rumah... nampak isteri aku jalan terjengkut-jengkut... syukur Alhamdulillah... luka tidak besar mana... cuma celah belah jari kaki kanan terbelah... akibat terpijak bangku kecil plastik yang aku gunakan untuk sental kain... sejurus itu... aku ajaknya ke klinik... dia tak mahu... katanya takut kena injection macam hari itu... katanya pakai ubat gamat sudahlah... jadi aku pun layan sajalah...

Memandangkan isteri aku sakit hari ini... maka dapur pun tak berasap... nak harapkan aku yang masak? Mahu tunggang langgang dapur itu nanti... bukan aku tak tahu masak... cuma rasa malas ke dapur... setakat goreng telur... masak yang simple-simple itu bolehlah... masa isteri jatuh sakit tangan hari itu... akulah jadi chef sambilan... masak sup ikan haruan... sebab isteri aku kena pantang makan... tapi resepi isteri aku ajarkan... hehe...

Oleh kerana dapur tak berasap hari ini... maka aku dan isteri perlu mengisi perut di luar... aku bawa isteri aku makan dekat Subang Bestari... alah makan biasa-biasa je... janji kenyang perut... lupa pula nak snap gambar makanan... kalau tidak bolehlah buat kengkawan terliur... huhu... jangan marah...

Dalam perjalanan balik ke rumah... tetiba isteri aku mengingatkan aku tentang birthday neneknya yang bakal kunjung tiba hujung minggu ini... terlintas nak belikannya hadiah... jadi isteri aku pun ajak masuk kedai jual barangan Vantage... untuk maklumat lanjut... sila layari... http://www.vantage.com.my/ . Amboi! mak datuk! terkejut aku tengok harga-harga barangan kat situ... sempat juga aku minta izin tuan punya kedai untuk snap beberapa keping gambar... baik hati pula tuan kedai ini... mana tidaknya... sebab isteri aku dah booking nak beli satu set barangan Vantage... Harga? Tak payahlah aku tulis kat sini... faham-faham je lah... yang pasti... hujung bulan nanti kopak lagi... hihi... Yang aku pula sempat beli Bear Pen Holder... oklah... dah panjang lebar merapu nih... korang layanlah gambar-gambar yang sempat aku snap tadi...

Bear Pen Holder









Gambar-gambar yang di snap secara rambang dalam kedai barangan Vantage

Monday, March 23, 2009

Aku Masih Disini...

Salam...

Wahai kengkawan... blogger&bloggie... dan semua pelayar yang setia berkunjung ke teratak hamba yang tak seberapa ini... Aku minta maaf... dari hujung rambut ke hujung kaki... kerana menyepi dan menyendiri hampir seminggu yang lalu... bukannya apa... terlalu sibuk... dan menyibukkan diri sebenarnya...

Kepada mereka yang tertanya-tanya... mana hilangnya aku? Mana perginya aku? Mana entry baru nih? Sampai bila nak tunggu? Sudah dikapankah blog ini? Terima kasih kepada kalian... kerana ingat pada aku... rindu kat aku barangkali... hahaha...

Apapun... diharapkan kalian sabar menanti... aku masih disini... Jika tidak ada aral yang melintang... InsyaAllah aku akan muncul dengan entry-entry baru dan segar bugar... Tungguuuu... Wassalam...

Tuesday, March 17, 2009

Aku Tersinggung

Aku tersinggung dengan kata-kata segelintir saudara-mara... rakan taulan... mahupun mereka yang sewaktu dengannya... tidak kurang hebatnya juga menerima pelbagai kutukan... kritikan... sindiran dan ejekan yang sumbang... apakah motif sebenar mereka ? Apakah dosa yang telah aku lakukan ? Sejauhmanakah besarnya dosa aku ? Aku kebingungan...

" Eh Ngko bila lagi ? ''... " Hangpa bila nak beranak ? "... " Rugilah ngko kalu tak de anak "... " Banyaknya anak-anak ngko ? " ( sambil menunjukkan kucing-kucing aku yang tengah makan )... " Gila ke pe ?... cakap ngan kucing... macamlah kucing tuh bleh paham ? " Itu antara suara-suara sumbang yang sering kedengaran... ada pelbagai macam suara-suara sumbang lagi yang menyakitkan hati... namun biarlah aku saja yang menanggungnya... bukan tidak mahu berkongsi... cuma kurang enak didengar dan terlalu peribadi... harap kalian dapat memahami dan menyelami... terima kasih...

Aku tertekan... tertekan dengan keadaan... aku tidak mengendahkan apa yang orang lain mahu katakan... aku tidak mampu menahan mereka yang mahu terus menerus mengutuk aku... bak kata pepatah... mulut tempayan boleh ditutup... inikan mulut orang ? Faham-faham sajalah... biarkanlah mereka terus bergelumang dalam dosa-dosa yang mereka lakukan... aku sedar akan kekurangan yang ada... aku juga percaya setiap kekurangan dan kelemahan pasti ada satu kelebihan dan kebaikan dalam diri masing-masing... InsyaAllah...

Kadang-kala aku terfikir... apakah satu dosa besar jika tidak mempunyai zuriat ? Hina sangatkah mereka yang tidak mempunyai zuriat ? Apakah aku bukan manusia seperti mereka ? Yang mempunyai hati dan perasaan ? Bukankah zuriat itu kurniaan Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah ? Jadi mengapa harus dipersoalkan?

Lagipun aku telah berusaha sebaikmungkin... namun... tidak ada sebarang perkembangan positif... apakan daya? Aku hanya mampu kembali kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Pengasih... Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pendengar segala keluhan dan rintihanku... sekiranya dikurniakan rezeki anak... syukur Alhamdulillah... jika disebaliknya... aku redha... aku menerima dengan hati yang terbuka... mungkin ada hikmah disebaliknya... Sesungguhnya Allah lebih mengetahui mana yang terbaik buat hamba-hambaNya... Usah dipertikaikan... Ya! Usah dipertikaikannya lagi...

Seringkali juga aku tersentap... kalau aku tidak dikurniakan zuriat sekalipun... apa mereka peduli ? Tang mana depa sakit ? Kayu betoi ! Jagalah tepi kain sendiri yang koyak rabak... usahlah menyibukkan diri terhadap masalah orang lain... hanya menambahkan dosa sahaja ! Inilah sikap sebahagian masyarakat kita hari ini... yang semakin menjadi-jadi... meluat aku memikirkannya... Hampeh !

Kepada mereka yang suka mengeji... menghina... menyindir... mahupun mengutuk... sedarlah wahai hamba-hamba Allah... Anda hanya menambah dosa dengan berbuat demikian... bertaubatlah kalian... Allah Maha Adil... setiap perlakuan kita yang baik akan dibalas baik... InsyaAllah... begitu juga disebaliknya... Sepatutnya kalian memberi semangat yang membina... bukan mengambil kesempatan untuk menghina... Bersyukurlah kalian yang dikurniakan zuriat... jagalah mereka dengan sebaikmungkin... sekiranya anda gagal mendidik zuriat kalian dengan baik... menjadi insan yang berguna... sama juga macam tidak ada zuriat... sedarkah kalian ?

Sesungguhnya aku redha dengan ujian dan dugaan Allah yang Maha Esa... Semoga Allah meringankan bebanan yang aku menanggung... InsyaAllah aku mampu mengharungi hari-hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini dengan tabah... Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang diluar kemampuan HambaNya... InsyaAllah...

Aku sebagai hamba Allah yang kerdil... dengan merendah diri... tetap memaafkan mereka yang suka memalukan aku dengan pelbagai tohmahan yang jijik... aku bukanlah jenis orang yang suka berdendam... apatah lagi untuk menghukum ? Biarlah Allah sahaja menentukan balasan yang setimpal buat mereka... bukan niat dihati mendoakan... Bukankah Allah itu Maha Adil ? Insaflah wahai hamba-hamba Allah yang leka... segera bertaubatlah kalian sebelum pintu taubat ditutup rapat... wallahualam...

P/S: Coretan ini dihasilkan bukan tujuan untuk menagih simpati mana-mana pihak yang membacanya... hanya sekadar berkongsi dan meringankan tekanan yang dihadapi... sekian...

Monday, March 16, 2009

Kuning Dirawat

Akhirnya aku dapat tangkap si kuning nih... susah betul nak tangkap dia nih... umpan ngan friskies pun buat tak layan plak... hampeh... Ini pun sebab sempat kejar... kesian lar... makin teruk plak kurap dia nih...


Aku tengah sapukan minyak masak terpakai... mengiaw-ngiaw tak berhenti si kuning nih... sakit barangkali...


Main tarik-tarik plak si kuning nih...


Hah! Dok senyap macam tuh kan senang? Mudah kerja aku...


P/S: Hari ini nampak ada perubahan berlaku keatas si kuning... kurapnya dah mula gugur... Semoga sembuh cepat... Nanti saya cuba update entry baru mengenainya... InsyaAllah...

Sunday, March 15, 2009

Sambut Birthday

Hari ini genap sudah usia aku mencapai 32 tahun... semakin hari semakin tua...kenapa tidak semakin muda erk? Aku berharap pemikiran dan kematanganku seiring dengan usia aku... begitu jugalah dengan amal ibadahku yang masih banyak kekurangan... yang perlu aku mengejar selangkah demi selangkah... semoga Allah permudahkan segala urusanku didunia mahupun diakhirat... InsyaAllah...

"Selamat ulangtahun ke 32 buat suamiku... Semoga abg sihat sejahtera selalu... dimurahkan rezeki... Dikuatkan iman... Semoga bahagia selalu amin....p/s. Ayang sangat3x sayang + cinta + kasih + rindu selalu pada abg... INGAT! :-)"... begitulah antara kata-kata semangat yang aku terima melalui SMS pagi ini... Teima kasih buat isteri tersayang dan tercinta... InsyaAllah sama-sama kita mengharungi suka duka dalam melayari bahtera hidup ini...

Hari ini aku malas nak tulis panjang-panjang... Aku masih kenyang melantak semasa menyambut birthday kat STATION KOPITIAM tadi... apapun korang layanlah gambar-gambar yang sempat di snap tadi... Layanzzz...

Aku banyak dapat kad birthday oooh... ada percayakah? Cuba korang lihat disebalik kad ini... berlambak... kihikihkih...


Inilah rupa kek birthday aku... orang rumah pilih + belanja... Chocolate Rice Cake namanya... tapi aku yang bayar...huhu...


Majlis meniup lilin dan memotong kek... kuikuikui... rasa macam bebudak plak aku nih... hahaha...

Aiks?! Tumpang sekaki nampak?! Sama je... 2x5... macam bebudak tadika... kakaka... Lepaskan geram le tuh...

Sesi Bergambo ngan kek daa... Mai...mai... jemput makan... Hanya kek ini je yang ada... hehe...





Sesi bergambo ala-ala romantis... hihihi... Selepas ini kami nak keluar jalan-jalan cari makan... sempena orang rumah aku cuti memasak... hehe... alasannya... sambut birthday abang...toing3x...

Jalan punya jalan... akhirnya kami membuat keputusan untuk celebrate kat Station Kopitiam ini... korang perasan tak? Tak ada orang kan? Kenapa erk? Jawapannya... aku booking satu kedai ini... nak privacy... iyeke? Boleh cayakah? Layan je la...

Tengah menunggu makanan yang diorder sampai... kami layan kopi cawan dulu... Jom kengkawan... join sekali... hehe...


Ini menu yang aku order... Thai Sizzling Seafood namanya... first time makan arrr... ntah sedap ke tak?

Yang ini... orang rumah aku yang order... Namanya Chicken Steak... hari itu pernah try makan sekali... katanya sedap... layan je la... mai lah rasa...

Ini pula namanya Spicy Fried Rice... tambahan daa... ini nak makan ke melantak nih? Patut pun makin tembam aku nih... hahaha...





Itulah antara gambo-gambo kami yang sedang melantak... weih kengkawan... makanan boleh tahan oooh... sampai terkuyu-kuyu mata aku sedang melantak... kakaka...

Huiyoh... Sampai licin pinggan dikerjakan... nasib baik aku tak telan pinggan itu sekali.. kalu buleh dah lama aku telan pinggannya... hahaha...

Gambo-gambo bawah ini... sesi makan malam plak... sepanjang hari ini kita orang melantak je arrr... layanzzz...


Sambil-sambil menunggu makanan orang rumah aku sampai... aku melanguk keatas buat apa erk? Layan TV daa... Tengok buletin utama...

Aku melantak dululah bihun goreng nih erk? Aku dah tak sabo... makanan bini aku lambat sangat daa...

Apa nih? Pandang-pandang jeling-jeling? Nak tumpang sekaki ke? Maklum le... makanannya belum muncul tiba... hehehe... sabo ye sayang...

Aduhyai... Sampai bertafakur orang rumah aku menunggu makanan... aku dah habis melantak dah... mana Chicken Chop nih?

Hah itu dia... Chicken Chop yang diorder sudah sampai... silalah makan sayang... pinggan aku dah licin dah? Buleh tumpang sekaki? kihkihkih... Bini aku layan Western Food sepanjang hari ini... ala-ala mat salleh plak...

Saturday, March 14, 2009

Award From Sis Nurul aka Tukang Cerita

Salam Tukang Cerita... Terima kasih keatas award yang diberi... Semoga anda dimurahkan rezeki... supaya mendapat lebih banyak award dikemudian hari... InsyaAllah... lepas tuh buleh le... pas-pas mai kat sini... hehe... Didoakan juga baby Najihah cepat sembuh dari demam campak... kirim salam kat Mr. Muz please....

Kepada mereka yang selalu berkunjung ke teratak yang tak seberapa ini... hari ini saya berbesar hati memanjangkan award ini kepada kalian... sila ambil award ini dan tempeklah kat blog masing-masing... saya sengaja tidak mahu sebut nama secara khususnya... takut nanti ada yang tertinggal... dan kecil hati pula... hihi... jadi anda rasa mahukan award ini... maka cilok sajalah... hehe...

Thursday, March 12, 2009

Mimpi Seorang Gadis

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya... Dari raut wajahnya... anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat... Lalu Rasulullah menegurnya...

"Wahai anakku... kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya... "Ya Rasulullah... sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu... Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini..." Balas gadis tadi..."

"Jika tidak jadi keberatan... ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku..."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut..."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka...Keadaannya amat menyedihkan... Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata..." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak...

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil... Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya... Lantas aku bertanya ibuku... kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?"

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil... Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja...

Lalu aku terus mencari ayahku... Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi...

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal... Lalu aku bertanya kepada ayahku... "Wahai ayah... ibu sedang kehausan dan menanggung azab dineraka... Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama..."

Lalu dijawab oleh ayahnya... Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia...

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku... aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka... Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku... api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur... Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk...

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah... Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi...

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan... berdoa memohon petunjuk dari Allah... Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam...

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh... Rasulullah lantas berkata... "Wahai anakku... pulanglah..."

"Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu... Mudah-mudahan segala dosanya terampun... INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KEPADA SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA"

Sekadar Berkongsi... Wallahualam...

Wednesday, March 11, 2009

Asam Pedas Tumis (Ayam)

Bahan-bahannya:-
  1. 1/2 ekor Ayam => ( potong sedang )
  2. 2 biji Bawang Besar
  3. 1 inci Halia => ( Bahan 2&3 dikisar )
  4. 2 biji Tomato => ( potong 4 )
  5. 2 batang Bunga Kantan ( potong 4 )
  6. 2 batang Serai ( dititik )
  7. 4 sudu makan Cili Kering ( kisar )
  8. 2 keping Asam Keping
  9. 1/2 inci Belacan
  10. Daun Kesom ( ikut anggaran )
  11. Minyak Masak ( untuk menumis )
  12. Air Putih... Garam dan Perisa...

Cara membuatnya:-

- Tumis serai + bawang + halia + belacan hingga kekuningan... Masukkan cili kering + asam keping... tumis sehingga pecah minyak... sesudah itu... masukkan air ( ikut anggaran )... masukkan bunga kantan + daun kesom + ayam + garam + perasa ( secukup rasa )... Kacau dan biarkan mendidih sehingga ayam itu masak... Akhir sekali... masukkan tomato... kacau rata... bolehlah diangkat dan dihidangkan...

P/S: Entry ini sepatutnya dipublish semalam... oleh kerana tak larat... lepas melantak 3x tambah... terus tidur mati... kui3x...

Monday, March 9, 2009

Birthday Cake

Inilah rupa kek ulangtahun aku... hahaha... sekadar sepotong dua cukuplah... hehehe... lagipun aku tak beberapa minat makan kek... Orang rumah aku ya... pantang nampak kek... tapi dia lebih suka kek seperti diatas tuh... kek berperisa Chocolate Coffee Sponge namanya... Nasib baik bini aku tak gemuk makan kek... dia hantu kek... pantang nampak ada kedai kek... pasti dia serbu untuk membelinya... tak kiralah... dapat sepotong dua pun jadilah... janji dapat menjamahnya... hahaha... itulah bini aku... hohoho...

P/S: Sebenarnya ini kek bini aku nak makan daa... ulangtahun aku lambat lagi... hujung minggu depan... kuang3x...

Qur'an

Why do we read Qur'an... even if we can't understand a single Arabic word?

An old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson.... Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could...

One day the grandson asked... 'Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it... and what I do understand I forget as soon as I close the book... What good does reading the Qur'an do?' The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied... 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water...'

The boy did as he was told... but all the water leaked out before he got back to the house... The grandfather laughed and said... 'You'll have to move a little faster next time...' and sent him back to the river with the basket to try again... This time the boy ran faster... but again the basket was empty before he returned home... Out of breath... he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket... and he went to get a bucket instead... The old man said... 'I don't want a bucket of water... I want a basket of water... You're just not trying hard enough...' and he went out the door to watch the boy try again...

At this point... the boy knew it was impossible... but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could... the water would Leak out before he got back to the house... The boy again dipped the basket into river and ran hard... but when he reached his grandfather the basket was again empty... Out of breath... he said... 'See Grandpa... it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said... 'Look at the basket...'

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different... It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean... inside and out...

'Son... that's what happens when you read the Qur'an... You might not understand or remember everything... but when you read it... you will be changed... inside and out... That is the work of Allah in our lives...'

If you feel this email is worth reading... please forward to your contacts or friends... Prophet Muhammad (saw) says: 'The one who guides to good will be rewarded equally'

Wallahualam...

Sunday, March 8, 2009

Maulud Nabi

Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :-

"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw)memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung."
Al-Araf: 157


Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem.

Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki, perempuan, dan kanak-kanak akan diadakan di bandar dan kampung sambil menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan untuk meriahkan hari Maulud mulia ini. Jamuan makan juga dianjurkan oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin.

Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.

Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :-

Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?"

Jawab mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan."

Maka Nabi S.A.W. berkata:-
"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."
Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:-

Umat Islam dibolehkan bahkan menganjurkan dan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain. Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Wallahualam...

Saturday, March 7, 2009

Si Kuning


Si Kuning ni dah lama hilang ntah ke mana? Tiba-tiba muncul dalam keadaan begini... kesiannya... tergaru-garu sana-sini... berdarah plak tuh... asyik miaw3x... sakit barangkali... sebenarnya kucing ini bukan kami yang punya... tetapi jiran yang punya... yang dok sederet rumah kami... Si Kuning ni agak manja gak dengan kami... selalu datang ke rumah kami semasa memberi makan kepada kucing2 kami yang lain... alah tumpang sekaki... pesalahnya ye tak? Tapi tiba-tiba hilang camtu je... agak lama gak le... beberapa bulan kot? tak beberapa pasti...

Hari ini... saya cuba dapatkan Si Kuning ini... nak sapukan minyak masak yang telah digunapakai untuk goreng ikan... alah... minyak recycle la... belum sempat saya nak pegang... Si Kuning ni lari lintang pukang ntah kemana... Jadi liar plak... apa kes? Sakit kot... kesian-kesian... Minta tuannya ambil sebarang inisiatif... sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...