Followers

Pages

Sunday, October 25, 2009

Happy Birthday To Mylove...



Salam...

Setelah berehat panjang sempena cuti raya ( raya kan sebulan?! )... kini aku kembali mencoret sepatah dua didada blog aku yang sudah berkarat... hehehe...

Tanggal 25 October saban tahun... merupakan hari penting bagiku... ulangtahun isteri kesayanganku... dengan kesempatan ini... aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN kepada isteri kesayangan dan tercintaku... semoga dimurahkan rezeki... dipanjangkan usia... dan sentiasa berada dalam perlindunganNya...

Terima kasih sayang diatas ketabahan dan kesabaranmu dalam menempuhi kehidupan ini yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran bersama... Dengan berkat dan keredhaanNya... InsyaAllah kita mampu melakukan yang terbaik...

LOVE & MISS U FOREVER... THANKS TO BE A PART OF MY LIFE...

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri...

Kad raya Pictures, Images and Photos



Salam...

Alhamdulillah... sesudah hampir sebulan kita berpuasa... kini Syawal yang mulia bakal menjelma... Ini bermakna... seluruh umat Islam didunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri... Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta'ala menerima baik segala amal ibadah yang kita lakukan disepanjang bulan Ramadhan... marilah kita berdoa dan bersyukur keatas nikmat yang diberikanNya... Semoga kita dipanjangkan umur... diberikan kesihatan yang baik... diberikan peluang lagi untuk bertemu bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dimasa-masa akan datang... InsyaAllah...

Dikesempatan ini... saya dan isteri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Minal Aidin wal Faizin buat seluruh warga pengunjung blog ini secara amnya... tidak lupa juga... rakan-rakan blogger secara khususnya... Mudah-mudahan talian persahabatan yang dibina ini kekal abadi ke alam akhirat kelak... InsyaAllah...

Dengan ini... kami menyusun sepuluh jari... memohon ampun dan maaf keatas segala ketidak sempurnaan pada penulisan atau kata-kata yang pernah menyinggung perasaan kalian barangkali... Sebagai manusia biasa... kami juga tidak lari dari membuat kesilapan... untuk itu... marilah kita saling bermaaf-maafan di hari yang mulia ini...

Kepada rakan-rakan yang bakal pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya... kami mengucapkan selamat berangkat pulang dan kembali dengan selamat... Berhati-hati diatas jalanraya... ingatlah orang tersayang... wallahualam...

P/S: Menyambutlah Hari Kemenangan ini dengan penuh rasa bersyukur... memadai dengan menyambutnya dalam kesederhanaan... mudah-mudahan kita tidak tergolong dari orang-orang yang suka membazir...

Monday, September 14, 2009

Dugaan Bulan Puasa...

Salam...

Belum redha lagi kesedihan kami atas kehilangan Suki... kini kami diuji dengan suatu insiden yang maha berat... Ya Allah... kami mohon keampunan dariMu... Ya Allah... Berikanlah kami petunjuk dan lindungilah kami dari segala kejahatan manusia mahupun syaitan...

Seingat ku... dalam minggu kedua kita berpuasa... TV29" yang ku bayar secara ansuran selama 2 tahun habis dilangsaikan... dan 2 hari kemudiannya... TV tersebut disambar petir walaupun tiada tanda-tanda hujan lebat... lebih menyedihkan... TV tersebut tidak dipasang pun... cuma terlupa nak cabut plag... termasuk kali ini... sudah 2 kali TV ini disambar petir... dibulan puasa tahun lepas dan ini... sekali repair mahu telan +-RM550... maka tersadailah TV ini selamanya...

Perkara kedua yang datang menguji... sebahagian kucing-kucing kami didatangi penyakit misteri... muntah-muntah dan demam panas... setelah dirawat... sebahagiannya kembali pulih... dan sebahagiannya mati... Jumlah kucing kami mati minggu lepas adalah 7 ekor... termasuklah mangsa terakhir setakat ini iaitu... teman rapat isteriku yang bernama Suki... sehingga ke hari ini... kami masih terasa kehilangan yang amat besar... isteriku pula asyik menangis apabila terkenangkan Suki... Namun kami tetap redha dengan kehendak Illahi...

Dan hari ini... rumah kami dimasuki pencuri sewaktu ketiadaan kami dirumah... anggaran masa kecurian berlaku... lebih kurang pukul 11.30pm~12.30am... habis segala barang-barang kami dibilik tidur diselongkar... rasa-rasanya... mereka yang menceroboh ini sudah lama perhatikan kami... maksudnya... bila masa kami tiada dirumah dan sebagai... selalunya aku tidur agak lewat malam... lebih-lebih lagi hujung minggu... aku akan jaga sampai ke subuh... jadi tiadalah peluang untuk si pencuri ini buat onar... mungkin disebabkan itu juga... mereka mengambil kesempatan untuk mencuri lebih awal...

Setelah diselidik dengan teliti... didapati duit tabungku sudah dikebas... dengan tabung-tabung itupun dia orang kebas... aku hanya suka menabung duit syiling RM0.20 & RM0.50... anggaran duit syiling dalam tabung tersebut... RM85... boleh digunapakai waktu kecemasan... selain itu wang kertas RM10 yang ku tinggalkan dalam laci meja komputer untuk isteri turut disapu penyangak laknatullah ini...

Syukur Alhamdulillah... barangan lain seperti komputer... printer... motorsikal... tv dan sebagainya belum sempat dikebas mereka... kerana kami keluar rumah tidak lama kemudian dah pulang... kain pelekat yang ku tutup komputer pun sudah diselak... mungkin ada hajat untuk mengebasnya... TV yang baru dibeli secara ansuran sebagai pengganti TV rosak pun nampak mempunyai banyak kesan calar... hmmm.... aku terkedu... Astaghfirullahalazhim...

Dengan ini... aku menyumpah sesiapa yang melakukan kerja ini... dilanggar mampus oleh lori... hidup menyusahkan orang lain tiada maknanya... yang aku pasti sangat... ini adalah kerja mat pit2 yang berhampiran dikawasan kampungku... keluar masuk penjara berkali-kali pun tak serik-serik... binawe punya orang...

Apa yang berlaku disepanjang bulan puasa ini sedikit sebanyak mengajar kami erti kehidupan... InsyaAllah kami mampu mengharunginya dengan hati yang terbuka dan redha... kami hanya mampu berdoa supaya Allah melindungi kami dari segala kejahatan manusia mahupun syaitan... ameen..

Inilah rupa tingkap dapur yang diceroboh... telah ditutup dengan zink sementara

Berselerak

CPU dah dibuka kainnya

Almari diselongkar


P/S: Nasib baik penyangak-penyangak itu tidak mengebas tempahan kuih raya yang telah siap... kalau tidak... mahu mampus aku untuk buat semula.... :(

Friday, September 11, 2009

Tinggal Kenangan...

Salam...

Setelah beberapa hari bertarung nyawa... akhirnya kau sudah pergi meninggalkan kami selama-lamanya... Dibulan yang mulia... dihari yang baik... kau sudah meninggalkan kami... kami redha dengan keadaan... namun kami amat merasakan kehilanganmu dan sangat-sangat merinduimu diketika ini sayang... didoakan rohmu aman tenteram disana... InsyaAllah kita akan bersua kembali di hari pembalasan kelak...

Untuk pengetahuan rakan-rakan blogger... kucing kesayangan kami yang bernama Suki... telah mati akibat penyakit misteri... sebenarnya... 7 ekor kucing kami mati secara berturut-turut... Suki merupakan mangsa terbaru setakat ini... kami sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya... namun gagal... ternyata Allah lebih menyayanginya...

Kami amat menyenangi dengan kehadiran Suki dalam kehidupan kami... walaupun dianya seekor kucing... dianya tetap makhluk Allah yang memerlukan kasih sayang... perhatian dan sebagainya... kami menganggap kesemua kucing peliharaan kami adalah sebahagian daripada anggota keluarga kami...

Maafkan aku wahai rakan-rakan... aku tak mampu nak meneruskan penulisan ini... kerana terlalu sedih... apapun... terima kasih bebanyak kerana sudi membaca...

P/S: Kerja-kerja pembikinan tempahan kuih raya tergendala untuk hari ini... akibat terlampau sedih... lebih-lebih lagi isteriku... kerana dia kehilangan seorang teman... sahabat... kawan sepermainan yang manja dan baik... InsyaAllah kerja selanjutnya akan diteruskan pada keesokan hari...

Monday, September 7, 2009

Harga Biskut Raya...

Senarai Harga Biskut Raya mengikut jenis dan kuantiti... Harap maklum...

Biskut Tat Nenas
50 biji = RM20
100 biji = RM39

Biskut Conflake Honey
50 biji = RM15
100 biji = RM29

Biskut Conflake Coklat Honey
50 biji = RM18
100 biji = RM35

P/S: Kepada mereka yang sudah membuat tempahan... terima kasih daun keladi... kepada mereka yang belum berbuat demikian... anda masih ada peluang... Tempahan masih diterima sehingga hujung minggu ini... Harap Maklum... Sekian Terima kasih...

Sunday, September 6, 2009

Biskut Raya...

Salam...

Memandangkan Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi... mesti ramai diantara kita yang sibuk melakukan segala macam persiapan untuk menyambutnya... antaranya buat biskut raya... cerita pasal biskut raya... ramai yang suka membeli daripada buat sendiri... aku sendiri pun beli juga pada tahun-tahun yang lepas... nasiblah... kalau dapat yang sedap... syukur... kalau tak... sendiri mahu ingatlah...

Tahun ini... mimpi apa entah?! Isteri aku nak buat sendirilah pula...Antara biskut pilihannya... seperti biskut tat nenas dan conflake... kalau beli kat luar sama je rasa katanya... cuma harga saja yang berbeza-beza... hehehe... apapun aku layan sajalah kerenah isteriku... nak dijadikan cerita... malam tadi bermulalah operasi membancuh... menguli dan sebagainya... sepanjang hari semalam buat biskut je kerjanya... sampai diriku pun terheret sekali untuk menjadi tukang bakar... sekarang ini dah lebam biji mata tak cukup tidur... hehe...

Nampak macam tak sedap je biskut-biskut ini?! kata hati kecilku... jahatnya aku... sepatutnya aku berbangga sebab isteriku cuba membuat biskut kegemaranku... iaitu biskut tat nenas... bila sudah siap dibakar... aku pun dengan pantasnya menyambar 2 ketul masuk ke mulutku... nyum...nyum... uiks sedap pula rasanya... tanganku menyambar lagi beberapa ketul... hehe...

Genap tat yg ke sepuluh masuk ke mulut... datang pula ilham di kepala aku ini... apalagi?! Bolehlah aku buat bisnes kuih raya... masalahnya sempat lagi ke? Tinggal lebih kurang 2 minggu nak sambut raya... InsyaAllah sempat...

Alhamdulillah... ini pun aku baru dapat tempahan untuk biskut tat 200 biji... dan biskut conflake 300 biji... tempahan pertama dari sepupu isteriku... Terima kasih Nurul aka Cici... harga boleh dirunding nanti... yang penting... hang kena keluar dari hospital secepat mungkin... apapun doa kami sentiasa mengiringi... semoga tiada apa-apa yang serius...

oklah geng... panjang lebar pula aku membebel... korang layanlah gambar-gambar biskut yang sempat aku snap... kalau ada yang nak buat tempahan... sila-silalah... usah malu-malu... tempahan masih dibuka... seelok-eloknya mereka yang tinggal di sekitar lembah Kelang...

Sebarang pertanyaan... bolehlah menghubungi saya melalui blog ini atau e-mail saya amirsu8518@gmail.com ... Sekian... Terima Kasih...

Tat Nenas sebelum dibakar

Tat Nenas sesudah dibakar

Biskut Conflake Coklat Honey & Tat Nenas

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka

Enter Fleedy.com

Salam...

Terlebih dahulu ku meminta maaf dari kalian... kerana dah lama hilang entah kemana... semenjak dua ini aku dah jarang-jarang mengintai blog kesayanganku ini... apatah lagi dengan blog teman-teman? apakah aku dah bosan dengan dunia blog? Oh tidak! Cuma ingin merehatkan diri dari menulis secara kerap mungkin... blog ini tetap akan beroperasi seperti biasa... harap maklum...

Kepada rakan-rakan blogger yang meninggalkan komen... terima kasih daun keladi... tanpa sokongan kalian semua... apalah ertinya blog ini diwujudkan? Kepada pengikut dan pembaca senyap (silent readers)... terima kasih juga... kerana sudi memeriahkan suasana blog ini... tanpa kehadiran kalian semua... mungkin blog ini akan berbicara dalam kebisuan... tanpa sebarang maklumbalas...

Apapun... sempena Negara menyambut hari keMERDEKAan yang ke 52... kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam keMERDEKAan... sebagai anak Malaysia... kita wajib bersyukur keatas nikmat yang kita kecapi hari ini... sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia amat bertuah kerana dapat hidup dalam keadaan aman... damai... dan harmoni... mudah-mudahan sikap bertoleransi sesama kaum dan sikap perpaduan jitu dapat mempertingkatkan lagi kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat... oleh itu... marilah kita sama-sama memanjatkan doa... supaya negara tercintaku... bumi Malaysia ini sentiasa dalam keadaan terpelihara... rakyat jelatanya terus hidup dalam suasana aman dan tenang... InsyaAllah...

MERDEKA!... MERDEKA!... MERDEKA!...

P/S: Berbanggalah kita sebagai anak Malaysia... bertuahlah kita sebagai anak Malaysia... Bersyukurlah kita sebagai anak Malaysia...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadan

Free Orkut and MySpace ramadan mubarak Graphics Glitters

Salam...

Dikesempatan yang diberi... saya dan isteri ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh pengikut blog ini yang beragama Islam... Semoga segala amal ibadat yang dilakukan disepanjang bulan Ramadan ini diberkati dan dirahmati Allah... ameen

Selamat bersahur... berpuasa dan berbuka... InsyaAllah...

Friday, August 7, 2009

Keterlaluankah Aku?!

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi... aku mengamuk tak tentu pasal dengan seorang mamat motor ditengah jalan... adakah tindakan aku ini amat keterlaluan?!

Al-kisahnya... dalam kesesakan jalanraya yang luar biasa pagi tadi... disebabkan ada sebuah kereta yang rosak ditengah jalan... maka semua kenderaan yang berada atas jalanraya masing-masing selok sana... selok sini... semuanya nak cepat... kejar masa barangkali... termasuklah diriku sendiri...

Dalam situasi beginilah... sesi himpit-menghimpit yang agak keterlaluan akan berlaku... terutamanya mereka yang menunggang motosikal... masing-masing tidak mahu mengalah... dalam keasyikan menyelok kanan dan kiri jalan... tiba-tiba ada seekor mamat motor yang terover excited sehingga menyondol belakang motor aku sambil menjerit owh! Aku yang sememangnya bad mood diawal-awal pagi... apalagi?! Mengamuk tak tentu pasal... sambil mengucapkan kata-kata indah lalu terajang motor mamat itu secara spontan... sejurus itu aku meneruskan perjalanan...

Sesampainya aku ditempat kerja... aku mengenang kembali insiden yang berlaku sebentar tadi... difikir-fikir... rasa ada yang tak kena pada diri aku... macam samseng jalanan pun ada aku ini... Haih! Apa nak jadi?! Bagaimana sekirannya mamat motor itu balas tindakan aku pagi tadi?! sudah pasti satu pergaduhan akan berlaku... dan bagaimana pula nasib isteri aku sekiranya berlaku sesuatu kepadaku?! nauzubillah...

P/S: Astaghfirullah al-Azim 3x... Ya Allah... Kau ampunkanlah dosa hambaMu ini... menyesal tak sudah aku... :(

Thursday, August 6, 2009

Itu Apa?!


Salam...

Sewaktu sedang bersiap sedia mahu ke tempat kerja pagi tadi... seperti kebiasaan... aku akan terlebih dahulu memanaskan enjin motosikal modenasku... apa tidaknya... takut kalau-kalau ianya meragam ditengah jalan... kang menjadi satu hal aku nak menolaknya... sedang aku duduk bertenggek atas motor sambil bersembang-sembang dengan isteri... anak mata kecilku terpandang kearah wayar telefon rumah... dan aku berkata... ayang tengok tu banyaknya semut!! Isteri aku memandang sambil mengerut-ngerutkan dahinya... macam ada something wrong je? Tersalah cakapkah aku ni... sampai isteriku buat memek muka camtu? Bisik hati kecilku...

Isteri aku pun mula bertanya padaku... sambil menunjuk ke arah tadi... Abang?! Itu apa?... aku membalas... semut le... bisik hatiku lagi... bukannya aku tak tahu itu apa? Cuma terlupa namanya... almaklum sajalah... pepagi otak aku bengap lagi... tak berhenti disitu... isteri aku menyoal lagi... abang?! Itu apa? Aku dengan selamba menjawab... serangga! Abang! itu kerengga bukan serangga la... balasnya sambil gelak guling-guling kat aku... Ciss! Terkenakah aku?! Hampeh betul! Nasib baik tiada sesiapa ketika itu melainkan kami berdua... malu den kalau bebudak mendengarnya... pasti mereka perli aku... apalah pakcik ni... kerengga pun tak tahu... hahaha... kalaulah aku boleh agak isteriku nak kenakan aku... pasti aku tak menjawab...

P/S: Teringat plak iklan raya tahun lepas... Itu apa?! Murai... Itu apa?! Murai... hehehe...

Monday, August 3, 2009

Musim Cempedak Lak Plak...

Cempedak yang sudah siap digaul dengan tepung

Cempedak yang sudah siap digoreng

Salam...

Semenjak dua ini asyik terjumpa peniaga kecil yang menjaja cempedak goreng... sekali singgah mahu aku beli dalam RM3... dapatlah 9 ketul cempedak untuk dijamah... sekali rasa sedap pula... dua kali rasa dah habis dibalun... maknanya 9 ketul itu tak cukup lerrr... mana taknya... sekali makan... aku sumbat 6 ketul... 3 ketul lagi aku tinggalkan untuk isteri... kesian... kesian...

Kebetulan pula... semalam hari membeli stok barangan dapur untuk sebulan... kami selalunya singgah pasaraya Tesco membeli-belah... dalam keasyikan memilih barang keperluan... tetiba bau cempedak menusuk ke hidung... isteri aku apalagi? Terus diterkamnya buah cempedak yang ada disitu... hampir 10 minit dipilh-pilih... akhirnya yang hitam legam menjadi pujaan hatinya... aku menempelak dengan kata-kata... " elok ke buah cempedak ini? Dah le hitam legam kulitnya... bau kuat pula tue? " Balas isteri aku... " Don't judge a book by it's cover "... Lalu aku terdiam terus...

Sesampainya aku dirumah petang tadi... isteri aku tengah menggoreng buah cempedak yang dibeli semalam... Lalu aku bersuara lagi... " elok ke buah cempedak itu? Tak busuk ke? " Isteri aku pun balas... " itulah abang! Lain kali jangan hanya tengok luaran yang hodoh saja... hitam-hitam cempedak yang ayang pilih ni... seulas pun tak busuk tau?! " Adoiyai... aku terkena lagi...

Akhirnya... kami menjamah cempedak goreng dengan air nescafe o disediakan... owh! betapa nikmatnya ketika menjamah cempedak goreng dan air yang masih panas... sambil-sambil makan... aku berseloroh mengata... " Ayang! apa kata kita jual cempedak goreng dibulan puasa nanti? " Isteri aku balas... " Boleh... boleh... blah... ada hati nak jual cempedak goreng konon... nak jumpa orang pun malu! Pigidaa... Baik abang layan bisnes mengebun di Facebook je! Waduh! Dah kali ke berapa aku terkena ini? Hampeh...

Friday, July 31, 2009

Tarikh Penting



31/July/2009

Happy 51st Birthday To MAMA

We love you so much forever...
Mama... Kami sentiasa mendoakan dirimu walaupun dari kejauhan ini... Semoga dirimu Mama... Dilimpahi dengan keberkatan dan sentiasa sihat walafiat di samping Papa tercinta...

P/S: Mama... Dirimu sentiasa mekar dihati kami!

Saturday, July 25, 2009

Kisah Hari Sabtu...


Salam...

Yes! Yes!! Yes!!! Hari ini tiba giliran aku bercuti! Sebenarnya aku bercuti selang seminggu pada setiap hari Sabtu... Jadi aku dapatlah berehat sepuas-puasnya bersama isteri... syukur Alhamdulillah... Nak kemana hari ini?! Hmmm... tak ada perancangan pula?! Belum tahu lagi arr... mana nak melantak nanti! Cuti masak le nampaknya... Dah bini aku asyik dengan cerita hindustan di kaca tv... al-maklum sajalah... hari ini kan hari Sabtu... selepas tv2... layan pula tv3... hehe... biasa arr orang pompuan ni... kalau dah depan tv layan hindustan tu... jangan dikacau! Mengamuk nanti... keh3x... nasib baik aku tak pasang astro... kalau tidak... 24 jam geleng-geleng angguk-angguk kepala le jawabnya... silap haribulan menari sekali... keh3x...

Errr... cadangnya pepagi tadi nak servis si jantung hatiku yang satu ini... Haiya! Lu jangan pikir yang bukan-bukan owh! Yang aku maksudkan itu... komputer kesayanganku! hehehe... jangan mare arr... alah penyelenggaraan biasa... ikut jadual... buang habuk... sawang-mawang... tahi bermacam tahi... tahi cicak... tahi lelabah... tahi lipas... tahi biawak... macam-macam arr... keh2x... Fikir punya fikir... hari sudah pun masuk petang ketika ini... malas le pula nak buka! Ini bermakna... tangguh lagi le sesi pembedahan jantung komputer jawabnya... InsyaAllah pagi esok kut...

Tak boleh tunggu lama-lama... takut nanti meletup komputer aku ini! Macam komputer rakan sekerja yang meletup! tempoh hari di pejabat... sebab utamanya... habuk dah penuh dalam CPU(central processing unit)... tahu tak apo yang den koba ni? CPU itu macam jantung komputer ler... rajin-rajin le tanya pakcik google kalau masih tak reti...

Kepada mereka yang memiliki komputer... harus membuat jadual penyelenggaran yang bersesuaian untuk menjaga peralatan yang dimiliki itu dapat berkhidmat kepada kita dengan lebih lama... tidak cukup sekadar membersihkan luaran komputer saja setiap hari... sesekali harus buka CPU untuk membuang habuk-habuk yang mungkin terkumpul didalamnya... secara tak langsung... habuk yang melekat dibahagian komponen-komponen tertentu akan mempengaruhi kelembapan komputer itu sendiri... al-maklum saja le komputer itu terlalu sensitif dengan habuk... walaupun sebesar kuman... kepada mereka yang menggunakan lappy... aku tak tahu cara penyelenggaraannya... mungkin lebih senang dijaga kut...

Kalau anda sayangkan komputer dan mahu ianya berkidmat lebih lama... maka anda wajib menjaganya dengan sebaik mungkin... aku bukannya orang yang berkemampuan... nak beli satu komputer pun kena simpan duit bertahun... baru dapat beli... Lu pikirlah sendiri! kalau orang lain aku tak tahu lerrr... mungkin rosak satu... dah boleh beli yang baru sebagai pengganti... wallahualam...

P/S: Eden bukannya oghang kayo! Tapi kayap!! Aku masih lagi mampu hidup dalam kesederhanaan jika dibandingkan dengan mereka yang kurang berkemampuan... syukur Alhamdulillah...

Wednesday, July 22, 2009

Cuti-Cuti Malaysia...


Salam...

Boring! boring!!! Sesekali mahu juga aku melepaskan tekanan... Kalau lah aku ni kayo - rayo... mahunya aku terbang mengelilingi dunia mencari ketenangan... hehe... Bosa juga impianku ini... keh3x... 1Malaysia pun tak habis dipusing... ada hati nak kelilingi dunia! Berangan lebih je aku ni... orait! kengkawan mari kita layan kisah ini... jangan pula sesudah membaca tak mahu pergi bercuti erkk?! hehehe...

Ceritanya begini...

Ada sepasang suami isteri... Namanya Khairul dan Salmiah... mereka ini baru 2 hari berkahwin... Pada suatu hari mereka telah pergi berbulan madu di pantai perkelahan di Port Dickson... Bagi mereka... pantai itu memang sangat indah serta cantik pemandangannya...

Setelah berada di pantai perkelahan itu... mereka menyewa bilik di sebuah hotel berdekatan... Walaupun bayarannya agak mahal namun Khairul tidak kisah... Dia benar-benar mahu menggembirakan hati isterinya itu... Wajah pasangan baru itu amat ceria dan senang hati... mereka selama ini tidak pernah tinggal di bilik yang seindah seperti itu...

Suasana di luar hotel itu sungguh tenang dan nyaman... Cuacanya amat baik ketika itu... Keadaan laut pun begitu juga... Khairul mengajak isterinya mandi dan berenang... Namun Salmiah menolak... Miah nak rehat di sini... Bang! "Kata Salmiah"... Khairul berasa hampa...

Akhirnya... Khairul pergi ke pantai seorang diri... ramai orang berada di pantai ketika itu... mereka juga sedang mandi - manda dan berenang... Semuanya kelihatan gembira... Salmiah tidak ikut sama... dia tidak takut tinggal sendirian dalam bilik itu... lagipun badannya amat letih...
Semasa berehat di katil... Salmiah sedang membaca majalah yang baru dibelinya... fikirannya sangat tenang ketika itu... dia yakin... tiada apa-apa yang menakutkan di situ... sebentar kemudian Salmiah barasa tidak senang hati... dia terdengar suatu suara seperti orang sedang mengilai... dadanya berdebar-debar... "Tentu pemuda nakal... kata Salmiah dalam hati"... Siapa itu?! Jangan cuba menakut-nakutkan saya! "kata Salmiah dengan kerasnya"... suara mengilai tadi pun tidak kedengaran lagi... Salmiah bertambah yakin... memang ada pemuda nakal hendak menakut-nakutkan dirinya... Salmiah juga berharap kejadian seumpama ini tidak akan berulang lagi...

Sejam kemudian... Khairul pun pulang dari pantai... dia berasa puas sangat kerana dapat mandi dan berenang... bagaimanapun... dia terperanjat beruk... apabila isterinya memberitahunya tentang kejadian tadi... disini pun ada pemuda nakal yang suka menggangu perempuan rupanya... "kata Khairul" dia juga amat kesal dengan apa yang terjadi...

Sejak kejadian itu... Salmiah tidak berani lagi tinggal seorang diri dalam bilik... dia bimbang kalau -kalau pemuda nakal itu akan mengusiknya lagi... kalau suaminya keluar... Salmiah akan ikut bersama... kini Salmiah merasakan bulan madu mereka tidak menyeronokan lagi kerana ada gangguan...

Pada suatu petang... semasa hari hampir menjelang senja... Khairul tertidur kerana badannya amat letih... dia baring di atas katil... isterinya pula asyik membaca majalah keluaran terbaru... tiba - tiba... Salmiah terdengar bunyi sesuatu yang mencurigakan... dalam bilik air seperti ada orang... "Siapa pula itu?! Hanya aku dan suamiku yang tinggal dalam bilik sewa ini!! tanya Salmiah kepada dirinya..." dadanya berasa berdebar-debar... Salmiah mengejutkan suaminya dan memberitahu apa yang didengarnya tadi... Bingkas... Khairul pun pergi melihatnya... tidak ada sesiapa pun di dalam bilik air...

"Bang! Miah takutlah... mungkin bilik sewa ini berhantu... jelas Salmiah" Dia mengajak suaminya itu menyewa bilik yang lain pada ketika itu juga... Khairul serba - salah lalu berkata... esok kita pindah... sekarang tak boleh... Miah jangan takut! Abang selalu ada bersama... "kata Khairul"

Malam itu... pasangan pengantin baru itu tidur lewat kerana mereka bersiar - siar ditepi pantai... semasa mereka mahu melelapkan mata... jarum jam besar dalam bilik itu menunjukkan pukul 2 pagi... Salmiah yang sedang tidur nyenyak tiba - tiba terjaga kerana terdengar ada orang masuk ke dalam bilik itu... lalu Salmiah terperanjat besar dan cemas...

Dia melihat bukan orang yang masuk... tetapi suatu lembaga putih berambut panjang yang sungguh menakutkan... jelas kedengaran... lembaga itu mengilai panjang... matanya merah... gigi dan taringnya tajam serta kukunya sungguh panjang... "Bang! bangun bang!! ada pontianak!!
jerit Salmiah"... namun suaminya tidak terjaga...

Pontianak itu mengilai... Ia macam hendak mencekik Salmiah... Salmiah menjadi cemas dan takut tidak terkata... mukanya terlalu pucat... "Bang! Cepat bangun!! Miah takut... dalam bilik ini ada pontianak!! jerit Salmiah dengan sekuat hati"...

Akhirnya... Khairul terjaga juga... dia terdengar isterinya memberitahu tentang pontianak... Mana pontianak Miah? "tanya Khairul" sudah tak ada lagi... bang!! Tadi dia ada di situ!! "kata Salmiah sambil menunjuk ke satu arah"...

Akhirnya... teka - teki itu terjawab juga apabila mereka diberitahu cerita sebenar yang pernah berlaku dibilik itu suatu ketika dulu... sebelum ini pun... memang ada orang ternampak pontianak dibilik sewa yang diduduki Khairul dan Salmiah... Menurut cerita... ada seorang perempuan mengandung mati dibunuh disitu... mungkin roh si mati itu masih merayau - rayau dikawasan bilik tersebut...

Sekian... Terima Kasih... hehehe...

Monday, July 20, 2009

DJ Hot Pilihan!

Dj Rocky

Salam...

DJ Hot! Mana satu pilihan hati anda? Gambar-gambar dibawah ini disiarkan hanya sekadar untuk menghiburkan hati kengkawan... Hanya rekaan semata-mata... tiada kena mengena dengan mereka yang hidup dan mati... Usah diambil serius ya? Sekadar hiburan semata-mata... Dengan ini... saya juga memohon beribu ampun atas penyiaran gambar-gambar ini... kerana mencilok gambar-gambar ini tanpa kebenaran kalian... apapun... Jom layan...

Dj Dave

Dj Epoi & Geng

Dj Rosli

Dj Cat

Dj Kitty

Dj Rap

P/S: Jangan mare arr... hehehe...

Sunday, July 19, 2009

Pulut Durian

Salam...

Hari Minggu merupakan hari yang liat untuk aku bangun... mana tak nya? Setelah penat bekerja selama 6 hari seminggu... Ahad adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk merehatkan diri secukupnya... namun kadang-kala tersasar jua...

Pepagi lagi... aku terhidu bau durian yang kuat entah datang dari arah mana... sehingga aku terjaga dari tidur yang lena... ingatkan tengah mengigau mimpikan durian... Haih! takan la... sambil menukar posisi tidurku... baru terperasan isteri aku tiada... lalu aku pun bingkas bangun untuk mengintai mana biniku hilang? Langkahku terus ke dapur... seolah-olah ada daya tarikan... hehe... alahai... rupa-rupanya isteri aku yang tengah memasak pulut durian pepagi buta ni... Assalamualaikum tegurku... terkejut badak bini aku... nasib baik dia tak ketuk kepalaku dengan senduk yang dipegangnya... haha...

Aik! Demam ke kena sampuk bini aku ni? kata hati kecil ku... aku tak bersuara... takut nanti merajuk pula dia... mana tak nya? Tetiba je bangun pagi memasak? Selalunya hari minggu camni... bini aku cuti masak... sarapan + makan tengahari + malam dibereskan kat luar... entah hari ini terlebih rajin pula buat sarapan... bagus-bagus... jimat duit aku... kalau tidak... mamak restoran tu juga yang kaya nanti... hehe...

Jom kengkawan... makan bersama... yummmm!!! Jangan jeles arrr... kui3x...


Inilah rupa pulut durian yang dimaksudkan

P/S: Kuah durian selalunya dimakan dengan pulut... sedap juga dimakan bersama roti... Selamat bersarapan pagi... sila-sila... :)

Friday, July 17, 2009

Musim Raja Buah...

Salam...

Musim Durian datang lagi... kemana saja kita pergi pasti ada saja peniaga yang menjaja durian ditepi jalan... kaki jalan... tengah jalan... pasar malam... pasar pagi... pasar tani... dan sebagainya... Durian... durian... durian...

Mudah sangat untuk mendapatkan durian ketika ini... ada yang 2 biji RM10... 3 biji RM10... 4 biji RM10... 7 biji RM10... satu bakul RM10 pun ada... dari durian kampung hinggalah yang bergrade... yang aku tahu... cuma makan... lantak pi lah grade apa sekali pun... janji puas dimakan...

Aku juga tidak terlepas pandang dari daya tarikan Raja buah ini... untuk memenuhi keinginan menjamahnya... lalu aku pun membeli dengan rasa penuh keinginan... Cis! aku ini macam orang mengidam pula! hehehe...

Walaubagaimanapun... aku mengaku... aku tidaklah pandai memilih buah yang elok... cuma pandai melantak je... Dari luaran buah durian kelihatan bersih dan cantik tidak menjamin isinya juga elok... betul ke kengkawan? Ini berdasarkan dari pengalaman aku... lain orang... aku tak pasti... ada tak apa-apa tips yang digunapakai untuk memilih buah durian? Kalau ada... kongsi-kongsikan ya kengkawan?

Dalam kekecewaan menjamah buah durian... mana tak nya? Setiap biji yang dikopek pasti ada yang busuk... Hampeh! Namun terubat juga hati aku dengan isteri bila melihat keletah kucing kami yang tumpang sekaki melantak durian... hehehe... biasanya kucing terhidu durian... akan lari jauh... tapi si puteh ini pula... mengiau-ngiau minta buahnya... bukan sekadar makan isi buahnya saja... biji durian pun dia gigit dan telan... SubhanaAllah...

Orait! Jom kita layan klip video yang sempat aku rakam... si puteh yang tengah kusyuk makan durian... Harap maaf! Visual video yang agak kurang memuaskan... layan je lah...


video

Monday, July 13, 2009

Mandi-Manda Di Sungai Congkak...

Salam...

Wow! Lebih sebulan sudah aku meninggalkan rumah aku ini kekosongan... nasib baik barang-barang dalam rumah tak hilang... masing-masing ditempat seperti yang ditinggalkan... cuma dah penuh dengan sawang bapak spider... mak spider pun ada sekali... hehehe... jangan mare arr kengkawan....

Sebenarnya... aku sengaja menyepikan diri dari dunia blog buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja yang lebih penting untuk dibereskan... Kerja didahulukan... blogging diutamakan... hehehe... slogan mana aku ciplak nie? Apapun... aku sudah selamat kembali untuk berkongsi cerita-cerita yang menarik bersama kengkawan... Menarik ke tertarik? Perasan lebih je aku nie... hahaha...

Tidak lupa juga... buat teman-teman yang sudi melayari teratak ini walaupun tiada entri baru disiarkan... terima kasih daun keladi... terima kasih juga kepada mereka yang sudi meninggalkan jejak walaupun entri yang disiarkan sudah basi... tanpa anda semua sebagai pembaca setia... apalah gunanya kewujudan blog ini... ya tak? Ok... tak mau cerita panjang-panjang... nanti bosan pula... jom dengar cerita aku...

Pada hujung minggu yang lalu... aku... isteri dan ipar duai belah isteri telah berkelah di Sungai Congkak Hulu Langat Selangor... rasanya sudah lama juga aku tidak pergi mana-mana untuk bercuti bersama isteri tersayang... al-maklum sajalah... kerja... kerja... dan kerja... lagipun nak pergi bercuti pun kena ada modal juga kan? Nasib baik... ipar duai belah isteri aku berpakat buat rancangan pergi berkelah beramai-ramai Sabtu lalu... janji masing-masing membawa bekalan makanan... alah buat cara potluck... aku dengan isteri apalagi? On je lah ngan program yang dirancang itu...

Hari yang dijanjikan telah pun tiba... pepagi buta lagi isteri aku sudah bangkit untuk memasak lauk sambal udang petai... jam menunjukkan 4 pagi... aku masih liat nak bangun untuk menolong... habis isteri aku yang menyediakan apa yang patut untuk dibawa bersama... aku hanya bangun lebih kurang pukul 5 pagi... tengok-tengok tinggal nak cedok sambal udang petai dari kuali ke bekas yang disediakan... sesudah beres semua... kami pun bersiap sedia untuk solat subuh... dan sempat bersarapan bersama seketika...

Tepat pukul 7 pagi... kami bertolak dari rumah menuju ke Hulu Langat... yang lain pun akan terus menuju ke Sungai Congkak... masing-masing akan berjumpa disana nanti... rumah kakak ipar aku yang ke 3 juga tidak jauh dari destinasi yang kami mahu berkelah... kami sampai Sungai Congkak kira-kira pukul 9.00 pagi... yang lain masih tidak kelihatan kecuali keluarga kakak ipar sulung aku...

Seronok juga sesekali beriadah beramai-ramai bersama keluarga dan menyelam dalam air sungai sambil meredhakan kemarahan kerana menunggu yang lain sampai lambat... hehehe... mana tak nya? Adakah patut sampai pukul 10.30 pagi?

Apapun... kesudahan hari berkelah itu amat menyeronokan kerana air sungai yang sejuk dan menyegarkan... walaupun kepenatan... cukup berbaloi berkelah disini... InsyaAllah dimasa akan datang... kami bercadang bermandi-manda di Sungai Gabai pula... kerana disitu ada air terjun... lagi menyeronokan...

Orait... sudah panjang lebar cerita dongeng ini... sebagai penutup... layan je gambar-gambar yang sempat diambil sebagai kenangan.... Jom... layanzzz...


Inilah teratak yang disewa untuk kami beriadah

Sesi pembakaran ikan... sotong... udang dan lain-lain

Ikan itu dah masak belum? Tanya si penunggu sungai

Inilah antara lauk bakar yang disediakan

Sambil-sambil mengumpat

Sambil-sambil termenung menunggu ikan bakar

Sesi mandi-manda

Sesi fotografi

Main bola baling

Sebahagian dari anak sedara

Sesi berendam dan menyelam

Sesi makan durian dusun

Inilah penunggu sungai yang jinak

Tuesday, June 16, 2009

Modem Rosaklah Plak!

Salam...

Ketiadaan akses internet selama 2 hari seolah-olah 2 tahun lama rasanya... maafkan aku kengkawan... modem aku buat hal plak... rosak! Baru hari ini diganti dengan modem baru... sejauhmana kehebatan modem baru ini... aku tak pasti... apapun harap ianya dapat berkhidmat kepada aku dengan lebih lama dan cekap... InsyaAllah...

Yang Ini Dah Rosak

Yang Ini Baru

Maafkan aku juga kerana masih belum berkesempatan untuk berkunjung blog rakan-rakan... InsyaAllah akan ku menyusul kemudian... Ampun beribu ampun...

P/S: Alhamdulillah... Pendek beransur pulih... cuma masih dalam kesakitan... InsyaAllah petang esok tiub yang dipasang pada alat sulitnya perlu ditanggalkan... Doakan kesejahteraannya ya kengkawan...

Saturday, June 13, 2009

Kasihan Pendek

Salam...

Yang pertama... saya minta maaf bebanyak kerana terlepas untuk memberi komen balas di beberapa entri dibawah... dan juga tidak dapat meluangkan masa untuk berkunjung ke blog rakan-rakan... ini kerana... masa membataskan segalanya... sibuk dalam urusan harian dan menguruskan kucing-kucing aku yang sakit seekor-ekor... apapun terima kasih bebanyak kepada semua yang meluangkan masa membaca entri dan memberi komen... anda amat ku hargai...

Pendek dalam keadaan sakit

Hari ini aku terpaksa ambil cuti kecemasan untuk membawa salah seekor kucing kami yang bernama baby atau adik... baby dan adik itu panggilan isteri aku... dan aku pula memanggilnya pendek... walaupun panggilan nama berbeza... kucing itu tetap memberi maklum balas atas setiap panggilan...

Pendek mengalami masalah tidak boleh membuang air kecil sejak malam hari Rabu yang lepas... oleh kerana hanya terperasan keseriusannya pada pagi keesokan hari... aku bercadang untuk membawanya ke klinik haiwan yang selalu ku kunjung disebelah petang selepas waktu kerja... malangnya klinik tersebut tutup...

Aku mengambil keputusan untuk menghubungi doktor haiwan tersebut dan memaklumkan keadaan pendek... lalu doktor itu menyarankan supaya segera membawanya ke Veterinary Medical Center (24 jam ) yang berpusat di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur dengan kadar segera untuk rawatan... tambahnya lagi... kes seperti ini tidak boleh ditunggu-tunggu... boleh membahayakan nyawa pendek... kata doktor itu lagi... kliniknya ditutup awal hari ini kerana ada urusan penting... dan akan beroperasi seperti biasa pada keesokan harinya... aku hanya mengiyakan setiap perbualan itu sehingga menamatkan panggilan...

Memandangkan aku tidak begitu arif dengan jalan di Kuala Lumpur... dan juga mengambil kira setiap perkara yang bakal dilalui... seperti jalan sesak... perlu berulang-alik sekiranya pendek dimasukkan ke wad dan sebagainya... akhirnya aku dan isteri membuat keputusan supaya membawa pendek ke klinik haiwan pada keesokan pagi...dan berharap pendek mampu bertahan...

Seperti dirancang... pagi Jumaat ini... kami membawa pendek ke klinik haiwan yang selalu kami kunjung... sesampai ke klinik... doktor pun memeriksa keadaan pendek dan memaklumkan bahawa sudah 3~4 hari dia tidak membuang air kecil berdasarkan perutnya yang dah keras... peluang untuk pendek hidup dianggarkan tipis... 50~50... kalau melakukan rawatan... mungkin nyawanya akan hilang... kalau tidak melakukan rawatan... pundi kencingnya bakal meletup bila-bila masa dan akan mati juga... jadi doktor suruh membuat keputusan bahawa mahu atau tidak menanggung risiko 50~50...

Setelah berfikir panjang... akhirnya kami membuat keputusan untuk menanggung risiko dengan melakukan rawatan... doktor pula menyarankan supaya menandatangani dokumen perjanjian supaya tidak menyalahkannya sekiranya berlaku kematian... isteri aku apa lagi? Dah mula berderai air matanya sambil memeluk erat pendek... aku hanya mampu menenangkannya dengan berkata... soal ajal maut... Allah jua penentunya... doktor hanya memberitahu berdasarkan pengalamannya... jadi usah bersedih... sebaliknya bebanyakkan berdoa... bersabar dan berserah kepadaNya... InsyaAllah ada harapan pendek... lalu kami pergi meninggalkan pendek di wad setelah membayar deposit dan menandatangi dokumen tertentu...

Lebih kurang pukul 4.53 petang tadi... doktor menghubungi aku dan memaklumkan bahawa pendek telah selamat dimasukkan tiub di saluran kencing dan masih dalam keadaan bius... sedar tanpa sedar... jika mahu datang mengambilnya... datang sebelum pukul 8 malam... aku dan isteri amat bersyukur ke hadrat illahi apabila mendengar penjelasan doktor... tanpa melengahkan masa... kami ke klinik untuk mendapatkan pendek...

Air dimasukkan tujuan pembersihan sistem kencing

Dalam keadaan bius

Tiub dipasang pada alat sulit tujuan memudahkan pembuangan air kecil

Kepada doktor yang merawat... terima kasih diucapkan... diatas segala nasihat... tunjuk ajar yang diberi... Hanya Allah sahaja mampu membalas jasamu... dan kini kami hanya mengharapkan pendek sembuh secepat mungkin dan bermain seperti sediakala...

P/S: Kepada penggemar kucing sekalian... punca utama pendek tidak dapat membuang air kecil disebabkan faktor pemakanan... makanan kucing yang sedia ada di pasaran adalah tidak selamat diberi makan kepada kucing... kerana kualiti yang rendah serta boleh membentuk batu karang dalam sistem saluran kencing itu sendiri pada jangka masa yang panjang... jika anda sayangkan haiwan peliharaan... maka berhijrahlah ke makanan yang dijual di klinik-klinik haiwan... wallahualam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...