Followers

Pages

Saturday, November 20, 2010

Skim Rumah Pertamaku...

Salam...

Tanggal 15 Oktober lalu, Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan bajet 2011... antara banyak-banyak strategi yang disebut... hanya strategi Mensejahterakan Hidup Rakyat sahaja yang ingin saya mengulas sedikit... saya mengakui bahawa saya bukanlah pakar ekonomi atau pakar penganalisis yang bertauliah sepertimana yang selalunya diundang stesen-stesen televisyen untuk mengulas perkara tersebut... namun sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak... saya juga ingin bersuara... 

Bajet 2011 yang bertemakan "Tranformasi ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi"  Perdana Menteri ada mengumumkan Skim Rumah Pertamaku untuk golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang dari RM3000 sebulan untuk memiliki rumah... Dimana skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3000 sebulan. Dalam erti kata lain... pembeli rumah akan dapat pinjaman 100% tanpa perlu mengeluarkan 10% wang pendahuluan seperti mana yang lazimnya urusniaga hartanah itu dilakukan masa kini... Harus diingat skim ini hanya untuk rumah yang kosnya dibawah RM220,000 sahaja...

Pada hemat saya... mereka yang sebelum ini bergelar golongan muda (macam saya)... kini sudah bergelar tua (macam saya juga) pun masih belum mampu memliki rumah sendiri... Mengapa fenomena ini berlaku?! Terdapat beberapa faktor yang perlu diambilkira... apakah gaji seseorang pekerja itu dinaikkan saban tahun mengikut kos sara hidup semasa?! Sedangkan harga barangan keperluan melonjak seolah-olah tiada kawalan... apatah lagi dengan harga hartanah?! Makin hari makin melampau-lampau lonjakan harga rumah...

Kebetulan malam tadi... semasa menonton berita dikaca televisyen... terkeluar isu yang sama ingin saya mengulas sebelum ini... bingkisan berita tersebut memaparkan tentang kos rumah yang mahal disekitar lembah klang yang melonjak lebih 20% dari harga biasa dibeberapa kawasan bersesuaian sehingga membantutkan lagi hasrat golongan seperti  saya untuk memiliki sebuah rumah idaman... bukan rumah mewah yang saya cari... cukup sekadar ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapat berlindung dengan selesa sudah memadai... apalah sangat rumah sebegini jika dibandingkan dengan seri perdana?!

Rumah Contoh

Berbalik kepada Skim Rumah Pertamaku... Sejauh manakah skim ini dapat membantu?! Mampukah mereka yang bergantung dengan gaji bulanan dibawah RM3000 semata-mata dapat memiliki rumah?! Dengan kos sara hidup yang tidak setaraf dengan pendapatan... komitmen dengan pinjaman sewabeli kenderaan, pinjaman peribadi, dan lain-lain perbelanjaan yang berat mampukah individu terbabit mendapat kelulusan pinjaman skim ini dari institusi perbankan?! Walaupun tiada 10% wang pendahuluan dikenakan... komitmen bayaran balik bulanan pinjaman rumah sudah semestinya tinggi... Samalah seperti mereka yang membeli kereta 0% wang pendahuluan... bayaran balik bulanan adalah tinggi... pendek kata... hutang kereta bulanan +-RM500 selama 9 tahun, hutang pinjaman peribadi +-RM400 selama 5 tahun, hutang kad kredit +-RM300 untuk tempoh tertentu barangkali... jumlah tersebut sudah mencecah RM1200... belum termasuk lain-lain perbelanjaan isi rumah... dengan jaminan apakah bank akan memberi pinjaman untuk skim tersebut?!

Harapan saya pihak yang bertanggungjawab tolonglah pantau harga rumah terbabit... jika tidak ditangani masalah ini dengan segera... mungkin golongan seperti saya tidak akan dapat memiliki rumah sampai bila-bila... dan matlamat kerajaan yang mensasarkan setiap rakyat memiliki sebuah rumah selesa akan gagal akhirnya...

Kepada kerajaan Malaysia... terima kasih kerana mewujudkan skim ini walaupun tidak banyak membantu sebenarnya... mungkin perlu mencari kaedah atau jalan penyelesaian lain yang lebih baik untuk membantu golongan pertengahan dan rendah seperti kami... Wallahualam...

P/S: Peruntukan 65 juta untuk ubahsuai Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri adalah amat tidak wajar... Setiap kali bertukar Perdana Menteri... pasti ada pengubahsuaian yang dilakukan... apakah yang rosak sebenarnya... sampai berjuta-juta?! Apa salahnya jika wang sebanyak itu digunakan untuk kebajikan rakyat yang lebih utama?! Ataupun tolong bayarkan wang pendahuluan 10% untuk mereka yang mahu beli rumah... huhu... :p

13 comments:

Anonymous said...

Saya sokong... kalau nak buat skim biarlah golongan pertengahan pun dapat habuan nya... Tapi selalu nya golongan yang ada duit lebih ni yang dapat dulu.. Harap-harap jangan di abuse skim tersebut oleh yang tidak bertanggugjawab...

IMANSHAH said...

risau juga rumah makin naik harga..tapi belum memiliki rumah

Hazlin Nazri said...

beli je.. buat aset.. memang kena ikat perut sikit.. tp berbaloi baloi

IxoR@ said...

Kalau difikir-fikir... entah bila la nk ada rumah idaman...

kat malaysia ni, serba-serbi... menghimpit...

sudahnya, yg menguntungkan hanya pihak2 yg berkenaan sahaja...

MariaFaizal said...

To me,Skim Rumah PertamaKu dilancarkan utk menunjukkan our Government ada people-centric policies. However, ada tendency akan dimanipulate oleh golongan lebih dari Household income lebih RM3k per month memandangkan LAW enforcement (for purchasing residential properties)agak lemah.Sigh..

And,if you tengok data fr SPNB,harga rumah esp in KL dah increase up to 35%(to illustrate this price kat kota d'sara for 1,300 square feet is RM450k rising fr RM280k) instead of just 20% from last year's figure.So, if you want RM220 K home,memang ada but mungkin kat Bukit Beruntung ker or Rawang or Puncak Alam ker, where bila you dah beli rumah kat area jauh dr tmpt kerja, cost of living bertambah for travelling expenses pulak..huhuhu

If ada yg suggest utk beli jer property because of benefits yg berbaloi2,I don't quite agree bcoz 1st thing 1st, property bukan aset yg paling liquid utk investment.If anything happens to you, to liquidate a property (that belum kira if it's free from encumbrances or not - means dah fully settle loan bank),it takes hell a long of time - to get buyer,to apply caveat or strata title bergantung pd jns property and land title.

And byk lagi complicated issues involving property market yg too speculative that causes prices to spiral uncontrollably,Pej tnh ,lawyer birocracy etc..

So, sebenarnya kalau x cukup wealthy,focus utk dptkan rumah pertama (rumah ku syurga ku )dulu :)
as jika nak terus beli property without proper consideration & kajian (dr segi cost,demand,hidden cost like maintenance fee if u purchase non-landed property etc)
sebenarnya TIDAK lah berbaloi :D

Just my 2 cents :)
Take care Amirul & jom pi Japang next year? he he he

MariaFaizal said...
This comment has been removed by the author.
hysman said...

sgala yg gomen usulkn ade pro n kontra...
sbnarnya kita bkerja utk keungtungan org2 kat 'atas'..
sbb tu yg kaya trus disanjung wlupn bnda tu salah..
dan org bwh slalu ditindas kerana takde 'duit' nk suap...

takat 65juta bro,itu yg kita tahu tp ntah2 lebih....biasalah kerajaan.

takmo ckp lbh......

amirul said...

Anonymous,
Itulah pasal... dah adat dunia... yang kaya terus kaya... yg miskin terus ditindas... x balance... :(

amirul said...

Imanshah,
Samalah kita... :p

amirul said...

Kak Lin,
Tengah pikior lagi nih...

amirul said...

Ixora,
hmmm... selalunya dimanipulasi oleh golongan tertentu... :(

amirul said...

Sis Maria,

I like u're comment... tak kiralah 2 sen ke berapa sen... itu adalah fakta dan realiti sebenar yang perlu kita ambilkira... Thanks a lots... :)

P/S: Pi Japang no money le... :(

amirul said...

Man,
hmmm... tau takpe... jadi mari kita berusaha menjadi tokey daripada mengkayakan mereka lagi... ada berani? hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...