Followers

Pages

Saturday, January 31, 2009

Apa Dah Jadi?

Sepatutnya aku dah pulangkan MAXIS BROADBAND ke pusat MAXIS hari ini... Disaat-saat akhir aku berubah fikiran... aku membuat keputusan untuk melanjutkan perkhidmatan MAXIS BROADBAND ini sehingga penghujung bulan Febuari... Apa dah jadi?!

Memandangkan perkhidmatan STREAMYX masih dalam proses pemasangan... entah bila lagi harus dinanti? Tiada satu tarikh khusus yang diberikan pihak tertentu... bukankah penantian itu satu penyeksaan? Untuk tempoh itu jugalah kerja-kerja online aku akan tergendala... lagipun sehari tak melayari internet... aku seolah-olah macam kena sawan...

Lantaklah...walaupun terputus-putus...terhegeh-hegeh nak membuka sesuatu laman web... aku terpaksa juga layan... janji tak putus hubungan aku dengan alam cyber... janji kerja-kerja online aku beres walaupun lambat...

Untuk MAXIS BROADBAND... kau layanlah aku dengan sebaik mungkin dalam tempoh sebulan ini... kurangkanlah kerenah hampeh kau itu dan gembirakanlah hati tuan kau seketika... boleh? Harap kau tiada masalah dengan permintaan aku...

Friday, January 30, 2009

Salam Perpisahan

Pakej Power Mobile

Kandungan dalam pakej

Hari ini merupakan hari terakhir MAXIS BROADBAND bersama saya. Selepas matahari terbit nanti, akan saya membawanya ke tempat tinggal asalnya. Semoga ianya sihat sejahtera disana nanti. Dan selamat berjumpa dan berkenalan dengan tuan baru nanti... Diharapkan juga tuan baru akan menjaganya lebih baik dari saya...

Wahai MAXIS BROADBAND?! Walaupun engkau seringkali menyusahkan aku... menyeksa aku... menghampakan aku dan mengecewakan aku... aku tetap redha dan sabar... Yes! aku tahu tiada gunanya aku melepaskan geram terhadap engkau... lagipun bukan salah engkau 100%... Aku pun ada silapnya barangkali... Untuk itu, aku memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki... Semoga engkau maafkan aku ya? Apapun... aku berharap engkau selesa dan berpuashati dalam penjagaan aku selama ini... andaikata ada cacat celanya diminta halalkan ya? Bukan niat dihati sebenarnya...

Sebagai kenang-kenangan, akan aku abadikan rupa wajahmu yang tampan lagi bergaya dilaman coretan aku ini... supaya ditatkala aku merinduimu nanti... bolehlah aku menatap wajahmu yang tampan lagi bergaya itu.

Akhir kata dari aku... jangan mengewakan atau menghampakan tuan baru engkau nanti... Berikanlah komitmen yang sepenuhnya... supaya engkau tidak dimaki hamun... diseksa mahupun didera... terpulanglah kepada engkau untuk menerima nasihat aku ini ataupun tidak... aku cuma kesiankan engkau... takut-takut sekali lagi engkau akan dihantar pulang oleh tuan baru nanti... apapun aku mengucapkan selamat maju jaya kepada engkau... jangan lupakan aku ya?

Thursday, January 29, 2009

Panduan Qunut Nazilah

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk I'tidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I'tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:

1. Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

2. Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


DOA QUNUT NAZILAH


Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Sumber: JAKIM (JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA)

Boycott the Products

Please click the icon below to appear all the products should be boycott! Which listed by PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). For more information, please click link http://www.muslimconsumer.org.my/

Why Pig Fat is Not Mentioned but Code(s) are Printed??

In nearly all the western countries including Europe, the PRIMARY choice for meat is PIG. There are a lot of farms in these countries to Abreed this animal. In France alone, Pig Farms account for more than 42,000.

PIGS have the highest quantity of FAT in their body than any other animal. But Europeans and Americans try to avoid fats.


Thus, where does the FAT from these PIGS go? All pigs are cut inslaughter houses under the control of the department of food and it was the headache of the department of food to dispose of the fat removed from these pigs.


Formally, it was burnt (about 60 years ago). Then they thought of utilizing it. First, they experimented it in the making of SOAPS and it worked.


Then, a full network was formed and this FAT was chemically Processed, Packed and Marketed, while the other manufacturing companies bought it. In the meantime, all European States made it a rule that every Food, Medical and Personal Hygiene product should have the ingredients listed on its cover. so, this ingredient was listed as PIG FAT.


Those who are living in Europe for the past 40 years know about this. But, these products came under a ban by the ISLAMIC COUNTRIES at that time, which resulted in a trade deficit.


Going back in time, if you are somehow related to South East Asia, you might know about the provoking factors of the 1857 CIVIL WAR. At that time, Rifle Bullets were made in Europe and transported to the sub-continent through the Sea.It took months to reach there and the gun powder in it was ruined due to the exposure to sea.

Then, they got the idea of coating the Bullets with fat, which was PIG FAT. The fat layer had to be scratched by teeth before using them. When the word spread, the soldiers, mostly Muslim and some Vegetarians, refused to fight.Which eventually lead to the Civil War. The Europeans recognized these facts, and instead of writing PIG FAT, they started writing ANIMAL FAT.All those living in Europe since 1970's know this fact. When the companies were asked by authorities from the MUSLIM COUNTRIES, what animal fat is it, they were told it was COW and SHEEP Fat. Here again a question raised, if it was COW or SHEEP Fat, still it is HARAAM to MUSLIMS, as these animal were not SLAUGHTERED as per the ISLAMIC LAW. Thus, they were again banned. Now, these multinational companies were again facing a severe drought of money as 75% of their income comes from selling their goods to Muslim Countries, and these earn BILLIONS OF DOLLARS of Profit from their exports to the MUSLIM WORLD.

Finally they decided to start a coding language, so that only their Departments of Food Administration should know what they are using, and the common man is left lurking in the dark.Thus, they started E-CODES. These E- INGREDIENTS are present in a majority of products of multinational firms including, but not limited to -

TOOTH PASTE, SHAVING CREAM CHEWING GUM, CHOCOLATE, SWEETS, BISCUITS, CORN FLAKES, TOFFEES, CANNED FOODS, FRUIT TINS,

Some medication Multi-vitamins Since these goods are being used in all MUSLIM Countries indiscrimately, our society is facing problems like shamelessness, rudeness and sexual promiscuity.

So, I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES. If any of the ingredients listed below is found, try to avoid it, as it has got PIG FAT;

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Courtesy Dr. M. Amjad Khan Medical Research Institute United States
Dr M Liaqat (PhD Food Biochemistry)MA CONSULTING UK

please share this with your friends

Sumber dari Blogger Sedingin Salju...

P/S: Anda sebagai pengguna bijak... Buatlah pilihan bijak ketika memilih dan membeli sesuatu... semoga kita umat islam sentiasa dilindungi Allah yang maha esa... ameen...

Wednesday, January 28, 2009

Beberapa Hari Tanpa Internet

Saya memang seorang kaki internet. Saya tidak akan dapat meng 'access' internet untuk beberapa hari yang akan datang... gara-gara hendak menamatkan perkhidmatan internet yang sedia ada. Huh! macam patah kaki sebelah...Hmmm... apa boleh buat?! sabar sajalah... Buat masa sekarang, saya menggunakan MAXIS broadband untuk melayari internet. Oleh kerana sudah 'fed up' terhadap perkhidmatan ini, saya tak sabar-sabar nak menamatkan perkhidmatan tersebut... sungguh mengecewakan... kelajuan 'access' internet yang agak mengecewakan... Wow! 3.6Mbps?! biar betul?! Hanya retorik semata-mata. Jikalau kawasan anda tidak meliputi HSDPA( High Speed Data Packet Access ) maka lupakan sajalah hasrat untuk menggunakan perkhidmatan ini… Yes! Jangan disebut langsung penggunaan broadband! Kalau tidak, anda akan sakit hati yang teramat sangat seperti saya… nasib baik belum makan hati…

Sebenarnya, sebelum melanggan perkhidmatan MAXIS broadband, saya telah membuat sedikit pemantauan terhadap produk tersebut. Rata-ratanya memang ramai yang 'complaint'. tetapi saya diyakinkan kawasan yang diliputi 3G tidak ada masalah untuk menggunakannya... jadi tanpa fikir panjang, saya pun melanggan perkhidmatan tersebut... saya memang tidak puas hati sejak hari pertama menggunakannya... lalu saya telah menghubungi pihak MAXIS untuk tindakan lanjut... sebaliknya saya difahamkan perlu membayar RM200 untuk menamatkan perkhidmatan sekiranya usia melanggan perkhidmatan terbabit tidak sampai 12 bulan. Huh! apa ke jadahnya?! Akan tetapi, setelah diperjelaskan mengapa saya mahu menamatkan perkhidmatan tersebut... maka pihak MAXIS bersetuju untuk mengabaikan RM200 sebagai gantirugi... syukur masih ada yang memahami...

Oleh yang demikian... saya menyeru kepada diri sendiri dan seluruh pembaca blog berhati-hati ketika membeli sesuatu... jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis yang dilafazkan si penjual... mereka hanya mementingkan komisen sahaja... yang akan merana dibelakang hari hanyalah si pembeli... sebagai seorang pengguna yang bijak... buatlah pilihan yang bijak ketika membeli.

Apapun, saya sudah memohon perkhidmatan Streamyx. Kini hanya menunggu perkhidmatan ini dipasang. InsyaAllah dalam minggu hadapan Barangkali… ini kerana saya memohon perkhidmatan talian telefon tetap dan Streamyx serentak. Perkhidmatan telefon sudah pun dipasang minggu lalu. Kini menunggu pengaktifan talian. Harap-harap perkhidmatan internet ini tidak buat hal pula!

Nota kaki: Saya akan merindui perkhidmatan MAXIS broadband... ini kerana sedikit sebanyak ianya telah meninggalkan kenangan pahit dan manis buat saya... cuma perkhidmatan ini tidak sesuai digunakan dikawasan saya... dikawasan lain mungkin perkhidmatan ini lebih bagus... 'Anyway' selamat tinggal buat MAXIS broadband... Dikala ada kesempatan, kita berjumpa lagi... InsyaAllah...

Bulan-Bulan Islam

AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :

1. BULAN MUHARRAM

  • Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
  • Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
  • Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin.
  • Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga.
  • Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka.
  • Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat.
  • Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
  • Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya.

2. BULAN SAFAR
3. BULAN RABIUL AWWAL
4. BULAN RABIUL AKHIR
5. BULAN JAMADIL AWWAL
6. BULAN JAMADIL AKHIR
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

7. REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

  • Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah.
  • Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari seksa akhirat dan fitnah dajjal.
  • Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.
  • Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya.
  • Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya.
  • Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda.
  • Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
  • Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
  • Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.
8. BULAN SYAABAN
Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

  • Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
  • Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
  • Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
  • Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
9. BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
  • Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.
  • Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.
  • Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
  • Banyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain.
  • Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
  • Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
  • Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya.

10. BULAN SYAWAL

Amalan sunat di bulan Syawal :

  • Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
  1. Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri.
  2. Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.
  3. Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya.
  4. Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid.
  5. Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.
  6. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid.
  7. Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah terbenam matahari pada hari raya tersebut.
  • Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."
11. BULAN ZULKAEDAH
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

12. BULAN ZULHIJJAH
Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadhilat di bulan Zulhijjah iaitu :

  • Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah.
  • Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
  • Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.
  • Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
  • Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur.
  • Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat.
  • Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahanam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya.
  • Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah.
  • Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut telah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).
  • Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

  1. Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
  2. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
  3. Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.
  4. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid.
  5. Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  • Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.
P/S: Sedikit informasi tentang Kemuliaan dan Keistimewaan Bulan-Bulan Islam. Selamat Beramal...

Sunday, January 25, 2009

Nasi Lemak Basi


Pagi ini saya telah singgah di pasar tani di kawasan saya untuk membeli stok barangan dapur untuk seminggu yang akan datang... sambil-sambil itu saya telah membeli nasi lemak bungkus di salah sebuah gerai yang menjual berbagai jenis juadah sarapan pagi…

Sampai dirumah, saya simpanlah dulu sayur-sayuran yang telah dibeli dalam peti ais, then bersedia untuk bersarapan… Astaghfirullah al-azhim… itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut selepas membuka bungkusan nasi lemak yang dibeli tadi… ( cuba anda perhatikan gambar diatas ) dah lah isi dalam bungkusan begitu, pastu basi pula… langsung hilang selera nak makan… minum nescafe je la pagi ini… apa nak jadi dengan peniaga-peniaga hari ini? Masing-masing hanya memikirkan untung sahaja! Kualiti hampeh! Kalau beginilah gaya orang melayu berniaga… hancur leburlah perniagaannya… bukan saya mendoakan… tapi anda lihatlah sendiri… mungkin juga ini salah satu sebab mengapa orang ramai lebih suka mengunjung kedai mamak…

Sepatutnya peniaga-peniaga ini lebih prihatin dalam kebersihan dan kualiti makanan yang dijual… supaya perniagaannya kekal bertahan lama… kalau makanan berkualiti dan bersih… insyaallah pembeli sendiri akan mencari gerai terbabit… Hakikatnya, berapa ramaikah peniaga yang betul-betul mengutamakan aspek kebersihan dan kualiti? Tepuk dada… tanya iman… kebanyakannya hanya memikirkan keuntungan semata-mata… janji makanan dapat dijual… sedap tak sedap belakang cerita… tak habis jual… recycle balik untuk keesokan hari... apa nak jadi?!

Nota Kaki: Ini bukanlah kali pertama saya mengalami perkara seumpana ini, sudah berkali-kali… sebelum ini pun terkena seperti kes yang sama digerai yang lain dan gerai yang satu lagi pula dengan ayam goreng berempah basi… MasyaAllah… apa nak jadi ntah?! Dunia –dunia...

Saturday, January 24, 2009

Gong Xi Fa Cai


Wishing HAPPY CHINESE YEAR to all my friends especially those Tiong Hua friends… either my office mates and blog readers… Hope this year of the ox brings you guys more shining luck… flourishing prosperity… and greater success in all your endeavors… GONG XI FA CAI

For those invited me… thanks a lot… if God willing… I will have a visit… but please prepare the Ang Pau first… Thanks again… :)

For those not celebrate CNY, please have a long holidays… have a visit to your friends if got free time… Don’t forget to bring your complete body to work after CNY… Be more careful on the road…

Holidays : 24 Jan 2009 to 03 Feb 2009… What to do?! Any Idea anybody?!

Friday, January 23, 2009

Nasi Lemak Sambal Udang


Baru – baru ini, saya telah mengunjungi salah sebuah restoran mamak yang beroperasi di sekitar kawasan Sungai Buloh, Selangor. Nawaitu pagi itu adalah untuk bersarapan. Oleh kerana sudah muak dengan roti canai, maka saya pun pesan nasi lemak dan nescafe ais. Sejurus itu saya pun tambah sambal udang. Saya ambil 5 ekor udang. Yes! saya pasti sangat! Saya hanya ambil 5 ekor udang sahaja! Ini kerana, saya cerewet sedikit dan amat teliti dalam bab – bab makan. Selepas habis bersarapan, apa yang perlu dilakukan?! Sudah tentu kena bayar bukan?! Jadi ikuti kisah selanjutnya di bawah:-

Me: Mamak?! Kira!

Mamak: Mulutnya mengomel sambil buat pengiraan… suma RM5.20!

Me: Huh! Mengeluh saya sambil mata terbeliak! Betulkah u kira? Soal saya.

Mamak: Ya! betul la abang! ( ceh! Ada ke patut si mamak ini panggil saya abang?! pada hal dia tu lebih tua dari saya. Hmmm macam-macam )

Me: Dengan tidak puas hati, saya pun menyoal harga segelas nescafe ais dan nasi lemak. Eh mamak! Ini nescafe ais berapa? Nasi lemak berapa?

Mamak: Nescafe ais RM1.70, itu nasi lemak taruk udang RM3.50. suma RM5.20 la.

Me: Nasi lemak biasa berapa? Soal saya lagi.

Mamak: Nasi lemak saja RM1.50. kasi taruk itu udang RM3.50.

Me: Huiyoh mamak?! Ini udang ambil 5 ekor RM2.00 kah? Soal saya lagi.

Mamak: Sekarang udang banyak mahal lah abang! balasnya selamba.

Me: Eh mamak! Lu ingat saya bodoh kah? Saya selalu makan udang jugak la. 100gram udang baru RM0.89 ~ RM1.19. Lu tau kah itu 100gram berapa ekor udang boleh dapat?!

Mamak: Terpinga – pinga. Muka berkerut –kerut pulak! Sekeliling orang dah mula memandang. Malu barangkali.

Me: Tanpa banyak soal lagi, saya pun terus buat pembayaran walaupun kurang puas hati. Sebab saya tahu kalau soal banyak pun tidak ada hasilnya. Buang karan je! Lagipun benda dah berlaku. Anggapnya sebagai satu dugaan.

Nota kaki: Itulah 1st and last saya mengunjungi restoran mamak terbabit. Selepas ini, insyaallah tidak akan masuk lagi premis terbabit! Kalau ya pun, carilah restoran yang murah, halal dan bersih.

Thursday, January 22, 2009

Kesedaran Sivik


Sejauh manakah tahap kesedaran sivik seseorang ketika berada di atas jalan raya? Sikap pengguna jalanraya yang kurang prihatin bakal mengundang pelbagai masalah… Mungkin anda juga pernah mengalami apa yang saya alami… Ingin saya kongsikan serba sedikit tentang kerenah atau perangai buruk mereka yang berada atas jalanraya…

Hari ini ketika menunggang motosikal ke tempat kerja, tiba-tiba saya diludah oleh seorang pemandu lori 1 tan. Astaghfirullah al-azhim… tak pasal-pasal kena ludah diawal pagi… nasib baik kena dekat pelindung topi keledar ( wiser helmet ). Kalau tidak sudah pasti melekap kat muka! MasyaAllah… alasannya tak sengaja… tak nampak… Huh! Keluh saya… Pemandu lori tersebut masih mampu tersengih-sengih… Pernah juga dibuang puntung rokok yang masih menyala…

Itulah antara sikap buruk pemandu diatas jalanraya, kurang prihatin terhadap penunggang motosikal khususnya dan pengguna jalanraya yang lain amnya… mereka yang memandu kenderaan besar mengganggap motosikal sebagai semut barangkali…Tidakkah mereka terfikir mereka dilindungi badan ( body ) kenderaan yang mereka pandu? Penunggang motosikal adalah disebaliknya… kerana mereka melindungi motosikal… Tidakkah pemandu – pemandu ini terfikir perkara sekecil ini mampu mengundang kemalangan?

Pelbagai kempen telah dianjurkan… Beribu-ribu…berjuta-juta…berbilion-bilion barangkali dihabiskan semata-mata untuk menyedarkan pengguna jalanraya… namun apakah kesudahannya? Saban hari kita masih menerima atau membaca berita kemalangan jalanraya… tepuk dada tanya selera…

P/S: Kepada penunggang – penunggang motosikal, jangan sesekali mendekati kenderaan secara dekat. Sentiasa berwaspada diatas jalanraya. Prihatinlah kepada nyawa diri anda sendiri.

Pelajar Akhir Zaman


Bermula dengan adegan berpegangan tangan dan aksi ‘ringan-ringan’ sepasang kekasih mengambil kesempatan melakukan perkara tidak senonoh di sebuah kompleks perniagaan kraftangan terkemuka di sini, petang kelmarin.

Pasangan yang kedua-duanya berusia 18 tahun itu mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu berhampiran tangga di kompleks kraftangan berkenaan berikutan keadaan lengang pada waktu petang.

Mereka yang berlagak seperti pengunjung ke pusat terbabit kemudian hilang sebelum dikesan detektif kompleks itu ‘melepak’ di tangga melakukan aksi ringan-ringan.

Tanpa menyedari aksi mereka sedang diperhatikan puluhan kamera litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan aksi remaja terbabit semakin panas apabila asyik berpelukan dan bercium.

Difahamkan, detektif yang bertugas di bilik kawalan CCTV pusat berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada beberapa pengawal keselamatan yang kemudian memerhati perlakuan sumbang pasangan remaja terbabit sebelum ia bertukar kepada aksi lebih berani.

Tidak sanggup melihat aksi jijik remaja itu, detektif berkenaan bersama tiga lagi rakan sekerjanya mengepung kawasan terbabit sebelum menahan pasangan itu, kira-kira jam 4 petang sebelum membawa mereka ke bilik kawalan untuk tindakan lanjut.

Kedua-dua tangan pelajar lelaki dikatakan dimasukkan dalam baju kekasihnya, malah baju pelajar perempuan terbabit sudah disingkap hingga paras leher.

Tidak sanggup melihat aksi jijik remaja itu, detektif berkenaan bersama tiga lagi rakan sekerjanya mengepung kawasan terbabit sebelum menahan pasangan itu, kira-kira jam 4 petang sebelum membawa mereka ke bilik kawalan untuk tindakan lanjut.

sumber: Harian Metro

Nota Kaki: Anak siapalah yang bertuah ini?! Mudah-mudahan mereka yang terlibat ini kembali ke pangkal jalan. Bertaubat kepada Allah dan memohon maaf kepada kedua orang tua mereka.

Wednesday, January 21, 2009

Harga Gula Naik?!

1. Harga gula berkemungkinan akan dinaikkan selepas Tahun Baru Cina ini seiring dengan perjanjian baru antara kerajaan dengan pembekal bahan itu,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

2. Kenaikan harga gula mungkin hanya diantara RM0.10~RM0.20 sahaja. kata menteri terbabit lagi. Saya ulangi, hanya diantara RM0.10~RM0.20 sahaja. Bagi menteri terbabit, itu hanya satu jumlah yang kecil sahaja. Tidak terfikirkah impak yang bakal diterima golongan yang kurang berkemampuan?

3. Kenaikan tersebut tidak akan dinaikan secara mendadak dan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat supaya tidak membebankan pengguna. Apa bezanya? Kenaikan tetap akan berlaku!

4. Alasan untuk menaikkan bahan tersebut tidak munasabah, iaitu berdasarkan kontrak baru kerana perjanjian yang ditandatangani sebelum ini sudah tamat hujung tahun lalu.

5. Apakah perlunya ada kenaikan bahan tersebut setiap kali ada pembaharuan kontrak? Dimanakah logiknya?

6. Kerajaan terpaksa tanggung subsidi yang tinggi sekiranya tidak menaikkan harga gula tersebut. Alasan yang cukup bijak!

7. Sejurus kenaikan ini, setiap gelas minuman yang mengandungi gula turut bakal naik harga! Alasan gula mahal.

8. Oleh yang demikian, anda sebagai pengguna yang bijak, buatlah pilihan bijak. Boikotkan saja gula! Tak makan gula pun tak mati! Kurangkan juga memesan minuman yang mengandungi gula dikedai makan, warung dan sebagainya.

Tipu dan Menipu

Saban hari ada saja yang kena tipu dan menipu... dalam ertikata lain kena kelentong mahupun mengelentong orang lain... mengapa ini berlaku? Anda pernah menipu atau ditipu? Secara jujur... Saya pun pernah menipu dan ditipu... mengapa manusia suka menipu? Mungkin terdesak barangkali... Masing-masing mempunyai alasan tersendiri... Mungkin juga anda ada jawapan yang lebih kukuh... Ayuh! Kongsikan bersama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...