Followers

Pages

Thursday, February 24, 2011

Bahaya Telefon Bimbit!

Telefon bimbit boleh mengundang barah?!

Sumber: Google

24 Feb 2011

LONDON: Satu penyeledikan menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebenarnya memberi kesan kepada otak manusia, lapor pakar perubatan, semalam.

Telefon bimbit juga meningkatkan kebarangkalian untuk seseorang mendapat pelbagai penyakit contohnya seperti barah. Penyelidikan santifik terhadap beratus-ratus pengguna telefon bimbit yang terdedah kepada signal dari alat itu ketika menggunakannya boleh menyebabkan peningkatan perubahan bahan kimia di dalam otak sebanyak tujuh peratus. ‘Metabolisme otak’ ini berlaku di bahagian paling hampir dengan antena telefon bimbit - yang biasanya dipegang rapat ke kepala atau mengenai muka ketika membuat atau menerima panggilan.

Kajian menunjukkan radiasi telefon bimbit boleh merangsang sel otak. Sesetengah pakar perubatan mengatakan anda tidak sepatutnya meletakkan telefon bimbit berdekatan dengan kepala ketika tidur dan syarikat telefon bimbit juga mencadangkan supaya pengguna memakai fon kepala ketika menggunakan telefon bimbit. Penyelidikan terbaru yang dilakukan saintis ternama Amerika Syarikat, Nora Volkow itu mungkin mendorong beribu-ribu pengguna kini lebih berhati-hati ketika menggunakan alat berteknologi tinggi itu.

Pakar penyelidik di Britain menggesa lebih banyak penyelidikan dilakukan mengenai penemuan terbaru itu. Ahli sains neuro, Profesor Patrick Haggard daripada Universiti College London, berkata: “Sekiranya penyelidikan lebih lanjut mengesahkan bahawa signal telefon bimbit memberi kesan kepada metabolisme otak, amat penting untuk mengkaji sama ada ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.”

(petikan dari akhbar Harian Metro)

Artikel sebegini telah berkali-kali saya terbaca di dada akhbar mahupun di ruang siber... sejauhmanakah kesahihannya? Saya kurang pasti... Dan sejauhmana pula keprihatinan pengguna telefon bimbit itu sendiri untuk mengambil langkah inisiatif untuk mengurangkan risiko terbabit... sekirannya ada kebetulan?

Zaman hari ini adalah zaman teknologi... telefon bimbit memainkan peranan penting untuk pengguna berhubung atas pelbagai urusan... telefon bimbit menjadi keperluan penting untuk mereka yang memerlukan... tanpa telefon bimbit... sesorang itu bakal naik hantu! Ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk memiliki sesebuah telefon bimbit yang canggih...

Apapun alasan anda... jadilah pengguna bijak... bezakan mana yang baik dan buruk untuk diri sendiri... wallahualam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...