Followers

Pages

Thursday, February 24, 2011

Bahaya Telefon Bimbit!

Telefon bimbit boleh mengundang barah?!

Sumber: Google

24 Feb 2011

LONDON: Satu penyeledikan menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebenarnya memberi kesan kepada otak manusia, lapor pakar perubatan, semalam.

Telefon bimbit juga meningkatkan kebarangkalian untuk seseorang mendapat pelbagai penyakit contohnya seperti barah. Penyelidikan santifik terhadap beratus-ratus pengguna telefon bimbit yang terdedah kepada signal dari alat itu ketika menggunakannya boleh menyebabkan peningkatan perubahan bahan kimia di dalam otak sebanyak tujuh peratus. ‘Metabolisme otak’ ini berlaku di bahagian paling hampir dengan antena telefon bimbit - yang biasanya dipegang rapat ke kepala atau mengenai muka ketika membuat atau menerima panggilan.

Kajian menunjukkan radiasi telefon bimbit boleh merangsang sel otak. Sesetengah pakar perubatan mengatakan anda tidak sepatutnya meletakkan telefon bimbit berdekatan dengan kepala ketika tidur dan syarikat telefon bimbit juga mencadangkan supaya pengguna memakai fon kepala ketika menggunakan telefon bimbit. Penyelidikan terbaru yang dilakukan saintis ternama Amerika Syarikat, Nora Volkow itu mungkin mendorong beribu-ribu pengguna kini lebih berhati-hati ketika menggunakan alat berteknologi tinggi itu.

Pakar penyelidik di Britain menggesa lebih banyak penyelidikan dilakukan mengenai penemuan terbaru itu. Ahli sains neuro, Profesor Patrick Haggard daripada Universiti College London, berkata: “Sekiranya penyelidikan lebih lanjut mengesahkan bahawa signal telefon bimbit memberi kesan kepada metabolisme otak, amat penting untuk mengkaji sama ada ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.”

(petikan dari akhbar Harian Metro)

Artikel sebegini telah berkali-kali saya terbaca di dada akhbar mahupun di ruang siber... sejauhmanakah kesahihannya? Saya kurang pasti... Dan sejauhmana pula keprihatinan pengguna telefon bimbit itu sendiri untuk mengambil langkah inisiatif untuk mengurangkan risiko terbabit... sekirannya ada kebetulan?

Zaman hari ini adalah zaman teknologi... telefon bimbit memainkan peranan penting untuk pengguna berhubung atas pelbagai urusan... telefon bimbit menjadi keperluan penting untuk mereka yang memerlukan... tanpa telefon bimbit... sesorang itu bakal naik hantu! Ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk memiliki sesebuah telefon bimbit yang canggih...

Apapun alasan anda... jadilah pengguna bijak... bezakan mana yang baik dan buruk untuk diri sendiri... wallahualam...

Kematian!

Saban hari kita melihat dan mendengar kes kematian dari pelbagai sumber... antaranya media cetak... elektronik dan sebagainya... tidak dinafikan sesuatu kelahiran itu pasti akan diakhiri dengan kematian... persoalannya... kematian bagaimanakah yang bakal kita alami apabila tiba masanya?

Sumber: Google

Kadangkala... terasa simpati dan sedih atas kematian seseorang yang agak mengerikan dan mengaibkan... itu adalah suratan takdir... kita sebagai hambaNya wajib merima keadaan dan reda... mungkin itu adalah cara terbaik untuk si mati terbabit... Allah lebih mengetahui...

Saya percaya ramai dikalangan kita semua mengharapkan kematian dalam keadaan iman.. baik dan sempurna... maksudnya... tiada sebarang cacat cela yang ingin dibawa ke alam barzakh dan seterusnya...  begitu juga dengan saya... apapun... cuba kita muhasabah diri... adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian? Wallahualam... 

P/S: Al-Fatihah... buat mereka yang telah mendahului kita... semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan para solihin dan dicucuri rahmat... InsyaAllah...

Tuesday, February 22, 2011

Pemerhati...

Lebih kurang pukul 7:10 petang tadi... dalam perjalanan pulang dari pejabat... terserempak beberapa anggota polis bersama kereta peronda dan 2 orang warga India... salah seorang daripadanya telah mati ditembak... manakala seorang lagi sedang meraung meratapi kematian kawannya barangkali... turut kelihatan sebuah motosikal terbalik berhampiran mereka di tengah jalan... mungkin mangsa dikejar polis sebelum ditembak? 

Kita sebagai pemerhati, hanya mampu membuat pelbagai andaian dan tafsiran keatas sesuatu insiden seumpana itu... namun hanya mereka yang terbabit sahaja tahu apa punca kes sebenar...

Sebagai orang awam... kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi dikawasan sekitar... amat membimbangkan... kebanyakannya melibatkan golongan remaja... apakah ianya satu budaya peredaran zaman yang WAJIB dikuti golongan muda? Janganlah rosakkan masa depan anda dengan perkara sia-sia...

Salah TETAP salah... Jenayah membawa Padah!

Wednesday, January 12, 2011

Durian Runtuh?

Betapa untungnya menjadi pemain bola sepak kebangsaan Malaysia... Harimau Malaya nama diberi... Kemenangan agregat 4-2 yang memihak kepada pasukan bola sepak Malaysia dalam menentang pasukan Indonesia tempoh hari sekaligus menjuarai piala AFF Suzuki buat julung kalinya...

Sumber : Google

Bagaikan durian runtuh... itulah ungkapan sesuai diberi... apabila pemain-pemain terbabit dipuji dan puja sehingga menggunung ke langit... tidak kurang juga pelbagai tawaran hadiah dan saguhati yang dihulurkan pelbagai pihak... saya bukanlah iri hati dengan rezeki pemain-pemain terbabit... cuma rasa ada sedikit kejanggalan dan rimas dengan senario ini apabila dikaitkan dengan politik... Seolah-olah mereka sedang bersaing untuk menunjukkan siapa hebat dalam mempersembahkan hadiah tersebut...

Yang terbaru... kerajaan Malaysia mengumumkan pemberian insentif unit Amanah Saham Wawasan 2020 sebanyak RM50,000 dan RM15,000 imbuhan wang tunai setiap seorang... Bagaimanapun... saya melihat RM5,000 yang disumbangkan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan daripada Majlis Sukan Negara adalah WAJIB... Dan RM10,000 yang selebihnya disumbangkan oleh kerajaan adalah agak membazir... KERANA itu adalah sebahagian duit cukai yang dibayar oleh rakyat seperti saya... 25 X RM10,000 = 250,000... bukan amaun yang sedikit! Bagi sesetengah orang itu adalah amaun yang mudah dicari... tetapi tidak bagi rakyat seperti saya... Adalah lebih baik digunakan wang sebanyak itu untuk mempertingkatkan lagi kebajikan rakyat... Jangan hanya pandai menyarankan rakyat jelata menjimatkan itu dan ini... sehingga mencadangkan menanam sayuran sendiri dan menggunakan satu camca gula sehari... logiklah sedikit! Jangan hanya pandai bermain kata-kata sahaja... wallahualam...

Wednesday, January 5, 2011

Naik Lagi!

Berkuatkuasa tengah malam ini... Harga minyak RON97 dan minyak tanah naik 10 sen seliter... sekaligus melonjakan harga sebelum... RM2.30 ke RM2.40 dan RM2.40 ke RM2.50 masing-masing... maklumat lanjut sila rujuk sini... dan sini... Malas nak berhujah panjang berkenaan isu ini... Isu yang tiada kesudahan...

 Sumber: Google

Yang pasti akan kedengaran suara-suara sumbang yang berbunyi... " harga minyak negara kita masih rendah berbanding negara jiran yang lain seperti Singapura, Jepun, Amerika, England dan lain-lain... " Fikiran kelas mentaliti tersorot! Kenapa tidak dibandingkan dengan negara Brunei yang mempunyai telaga minyak seperti negara kita... dan mampu menjual minyak dengan harga yang berpatutan untuk rakyatnya? Bila bicara tentang kemajuan negara... tahu pula mereka membandingkan dengan negara yang kurang maju... untuk menujukkan negara kita jauh ke hadapan... pandai juga mereka yang berkenaan berputar belit... cuma satu saja permintaan saya... sila bandingan pendapatan rakyat kita di Malaysia dengan negara-negara maju diatas tadi... sebelum membandingkan dengan harga minyak!

Jaminan harga kekal untuk RON95 iaitu RM1.90, Diesel RM1.80 dan LPG RM1.90... kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenarannya? Jaminan sebelum ini pun tidak terjamin... apatah lagi jaminan demi jaminan yang diberi? Lihat bukti dibawah...

Sumber: Google

P/S: Tidak cukup dengan isu minyak petrol... kini timbul pula isu minyak masak! Tanda-tanda untuk menaikan hargakah itu? Jaminan tidak kukuh! Tunggu dan lihat sandiwara negara! 

Tuesday, January 4, 2011

Salam Tahun 2011

Sumber: Google

Kesibukan yang melampau melanda diri... sampai tidak terkemaskini blog ini untuk seketika... InsyaAllah akan kembali mencoret sehari dua lagi... Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 buat seluruh pengunjung dan pembaca blog ini... Azam tahun lepas tercapai? Bagaimana pula dengan azam tahun ini? Azam saya tahun lepas dibawa ke tahun ini... :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...