Followers

Pages

Tuesday, February 24, 2009

Terkena Kat Aku Plak? ( Tagged From Lilies )

Salam semua... pusing kesana kesini... kehulu kehilir... akhirnya aku pulak yang terkena... Aduhai... siapalah yang memulakan kerja "TAG" menge "TAG" ini ya? Memandangkan ini kali pertama aku di "TAG"... aku cuba menjawab sebaik mungkin ya? Apapun harap Lilies berpuashati dengan jawapan jujur dari aku... :)

*************************************************************************************
~Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah... (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)~

*************************************************************************************
1) Anak Kunci
Kegunaan asal - untuk kunci pintu, laci dan apa2 yg berkunci
Kegunaan yang ada dalam fikiran Amirul - Sebelum ini guna untuk menggores kad prepaid... semenjak tukar ke post paid... anak kunci ini dah dibuang kerja... Jobless... hahaha... Mungkin dilantik jadi asst. penutup pen secara sambilan... hihihi...

2) Penutup Pen
Kegunaan asal - tutup pen, x nak kasi dakwat kering
Kegunaan yang ada dalam fikiran Amirul - Buat korek taik telinga bila tiba rasa boring yang teramat sangat ketika berada di opis... tapi kebanyakan pen aku kat opis semuanya jenis tekan... mudah dan senang...

3) Botol Mineral
Kegunaan asal - tempat simpan air
Kegunaan yang ada dalam fikiran Amirul - Buat bekas letak alat-alat tulis... seperti pen...pensil...pen marker dan sebagainya... Jimat beb! Cubalah...

4) Paper Lama
Kegunaan asal - leh digunakan utk buat draft paper
Kegunaan yang ada dalam fikiran Amirul - Buat tempat alas kucing-kucing betina aku yang nak beranak... kekadang alas almari simpan lauk...

5) Seluar Dalam Lama
Kegunaan asal - pakai kat dalam bukan di luar
Kegunaan yang ada dalam fikiran Amirul - Hahaha... seluar dalam pun nak tau gak?! Hampeh! Aku jenis tak kisah sangat dengan seluar dalam... walaupun dah belubang sana-sini... macam roti canai... aku tetap setia memakainya... sampailah orang rumah aku campak atau buang tanpa aku sedari... hehehe...

6) Lesung batu
Kegunaan asal - menumbuk belacan, dsb
Kegunaan yang ada dalam fikiran Amirul - Buat menumbuk tulang ikan atau ayam supaya hancur rata... senang digaul dengan nasi untuk kucing-kucing aku... kesian dia orang... kang tercekik camne? huhu...

7) Langsir
Kegunaan asal - kehiasaan umah/keceriaan umah
Kegunaan yang ada dalam fikiran Amirul - Buat alas tempat tidur kucing-kucing kesayangan aku... seronok tengok dia orang tidur nyenyak... terutamanya waktu hujan... sejuk katakan...

8) Komputer ofis
Kegunaan asal - buat keja rasmi
Kegunaan yang ada dalam fikiran Amirul - Tengok blog... e-mail dan sebagainya... kekadang update blog... berbalas komen blog dan e-mail... waktu lunch ok?!

9) Duit Syiling
Kegunaan asal - nak lengkapkan duit kertas
Kegunaan yang ada dalam fikiran Amirul - Masuk kat tabung pos merah yang cute kat rumah... tapi tak penuh2 gak? Dah asyik gatal tangan korek balik... hmmm...

10) Laman Blog
Kegunaan asal - menulis dan mencari sahabat lama dan baru, tukar2 pendapat
Kegunaan yang ada dalam fikiran Amirul - Sekadar berkongsi pengalaman hidup dan yang sewaktu dengannya... dan juga berhasrat menemui kembali rakan2 lama yang sudah hilang contact... InsyaAllah...
************************************************************************************* Baik! Langsailah sudah hutang aku dengan rakan blogger Lilies... Semoga anda berpuashati dengan semua jawapan jujur dari aku... hehehe...

Memandangan rakan-rakan blogger aku tak ramai... ada yang sudah di "TAG" oleh rakan blogger lain... Jadi aku lupakan sajalah hasrat nak menge "TAG" mereka... Nampak gayanya ada 3 mangsa yang boleh dikenakan "TAG" ... hehe...

Maka dengan bangganya diumumkan... Sis Maria, Sedingin Salju dan Bro Wafa... anda bertiga sudah kena "TAG" dari aku... Silakan menjawab ya?! Jangan mare erk?! Cuma nak tau jawapan masing2 je...

6 comments:

Dj Epoi said...

Elok sagat lah tuh!!!!

Ni HysMan nyer kerja lah nih....!!!

Inshallah ..akan Gua buatkan beb!!!

MariaFaizal said...

Amirul,
I've completed the TAG :D
*Click to the "card" to enlarge*
hehe..
Have one great day today! (it rains heavily in S.Alam at the time I'm typing this:)

hysMan.. said...

hehehe...

Salam bro Mirul,
penggunaan anak kunci utk gores kad prepaid sama lor..haha..
sumanya istimewa utk si manja kucing ye...selesa bebeno la die.. hahaa..
ingat nak tag bro aritu tapi takut bro taknak jawab..akhirnya terjawab sudah..hehe..

p/s: to Bro Dj Epoii,aiik ade suara2 tak puas ati nampak..hehe..

Sedingin Salju said...

Yang ni banyak dah aku kena tapi aku tak layan.

lillies said...

salam..
hehehe..jangala marah2....budak ni cuma menjalankan tugas...hehehe..marah kat org yang mulakan tu ek..hehehe...

amirul said...

Salam Dj,
Maksud Gua org 1st yg mulakan permainan ini sejak blog diperkenalkan... :)

Salam sis,
Thanks Sis... coz sudi menjawab TAG... kreatif la... boleh ajar?

Salam Man,
Tak pe ar... manusia ada akal fikiran yg sempurna... boleh buat apa yg kita suka... tapi haiwan? Pesalahnya kita prihatin terhadap makhluk Allah ni? ye tak?

Don't judge the book by cover... xkisahlah Man... pusing sana-sini terkena gak aku... huhu

Sedingin Salju,
Tiada paksaan... Thks.

Salam Lilies,
Xmarah pun... suka sangat... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...