Followers

Pages

Saturday, February 7, 2009

Haiwan Peliharaan

Anda pencinta? Penggemar haiwan peliharaan? Terutamanya kucing... jika ya... sila baca risalah yang dilampirkan dibawah... mungkin anda berpeluang untuk memenagi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dengan berkongsi sedikit pengalaman bersama kucing peliharaan anda...

Sebenarnya saya dan isteri amat menggemari haiwan peliharaan yang bernama kucing ini... dirumah kami mempunyai sebanyak 28 ekor kucing kesemuanya... tapi sayang... kami tak mampu menjalani ujibakat yang dianjurkan Friskies kerana mempunyai sifat segan dan malu yang tinggi. Ujibakat yang dijalankan merangkumi segala aspek... dari segi penjagaan kucing dan hinggalah pemakanan... rakaman ujibakat terpilih bakal ditayangkan di saluran TV3 bermula bulan Mac 2009 nanti...

Kepada mereka yang berminat... sila dapatkan risalah seperti dibawah ini dikedai-kedai berhampiran yang ada menjual Friskies ataupun kunjungi terus ke lokasi-lokasi sepertimana yang tertera dalam risalah tersebut... tapi kena berani ditemuramah dan dirakam untuk masuk TV...:) ataupun layari http://www.friskies.com.my/ untuk maklumat lebih lanjut...

front page
back page

Dibawah ini adalah risalah sedikit pengetahuan mengenai kucing peliharaan... risalah ini boleh didapati di lokasi-lokasi yang tertera didalam risalah diatas tadi... risalah ini dikeluarkan oleh SPCA ( SOCIETY FOR THE PREVENTION OF CRUELTY TO ANIMALS ) Sila layari http://www.spca.org.my/ untuk maklumat lebih lanjut... Di roadshow ini, pihak SPCA membawa beberapa ekor kucing buangan dalam jagaan mereka untuk dijadikan anak angkat oleh pengunjung... jika anda berminat... bolehlah berbuat demikian... disamping itu juga... ada pelbagai barangan berasaskan corak dan grafik kucing dijual untuk mengutip derma... kami telah memberi sedikit sumbangan dan membeli beberapa jenis barangan tersebut... jika anda seorang yang prihatin... kami menyeru anda untuk membantu haiwan-haiwan terbuang ini... Cuma kita mengharap pihak penganjur jujur dan amanah dalam melaksanakan usaha murni ini...
front page
back page

Risalah yang ini pula sedikit pengetahuan dan panduan untuk mengkasikan haiwan peliharaan tersebut... supaya tidak membiak sebanyak mungkin... maklumat seterusnya sila baca risalah tersebut...
front page
back page
P/S: Kepada mereka yang membunuh haiwan dengan kejam... Hentikanlah perbuatan terkutuk ini... tolonglah jadi manusia yang prihatin dan berperikemanusian... jika ya pun... ada banyak cara lagi yang lebih sesuai untuk berbuat demikian... Jika anda ditakdirkan menjadi haiwan... bagaimana perasaan anda? Fikir-fikirkanlah...

3 comments:

MariaFaizal said...

A very good morning to you Amirul & I'm enlightened by your entry this time around :)

And YES, I'm a cat lover! Thanks for sharing very valuable info on cat care & stuff.

I used to have 2 persian/birman cats & loved them very2 dearly (still in my heart they both are).When they were put to sleep by our vet due to kidney failure (aging) & leukimia, I was heartbroken. Till todate, I just feed stray cats (@ home or on the street).

Cheers bro!

Sedingin Salju said...

Chek amat suka kucing.

amirul said...

Salam sis,
Cheers too!

I'm feel sorry and sad to hear it...

Dirumah saya ada 28ekor kucing semuanya ketika ini... kalu tidak... mungkin lebih banyak lagi... Yes! sebab ada yang dah mati sebab sakit seperti Sis utarakan... sedih sekali kan? apa nak buat... setiap yang bernyawa... pasti akan mati... kita perlu redha... cuma kita perlu menyayagi dan membelai mereka ketika masih hidup... life kucing biasanya short... antara 10years...

selagi boleh berkongsi maklumat... insyaallah saya akan berkongsi... thanks to be cat lover... :)

Sedingin Salju,
Encik... manyak tima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...