Followers

Pages

Tuesday, February 3, 2009

Cuti

Hari ini saya kembali bertugas seperti biasa setelah bercuti panjang selama seminggu yang lepas iaitu 24 Jan 09 ~ 02 Feb 09. Wah? Panjangnya cuti? Sebenarnya 24 Jan 09 hari Sabtu adalah giliran saya bercuti, lepas itu cuti hari Ahad macam biasa… sambung pula cuti Tahun Baru Cina 2 hari… sepatutnya hari Rabu 28 Jan 09 sudah mula bertugas… memandangkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan operasi syarikat yang tidak begitu aktif… seluruh kakitangan syarikat tersebut telah diminta ambil cuti wajib (Compulsory Leave ) sebanyak 4 hari lagi oleh majikan… sehingga 31 Jan 09. Kemudiannya 01 Feb 09 Hari Wilayah jatuh pula pada hari Ahad… ganti kepada hari Isnin… cuti lagi… :)

Setelah sekian lama cuti, rasa janggal dan malas pula nak bekerja… bosan pun ada… namun apa boleh buat? Saya masih waras dan sedar… Ditatkala ramai pekerja yang sering dibuang atau diberhentikan kerja susulan ekonomi global yang agak lembab… saya masih diberi peluang untuk terus mencari rezeki yang halal… Alhamdulillah…

Kepada mereka yang bekerja… hargailah kerjaya yang anda miliki dan syukurilah nikmat yang diberi. Bekerjalah seikhlas hati untuk mencari rezeki… tingkatkan lagi prestasi dan kualiti kerja anda… lebih-lebih lagi dalam keadaan kegawatan ekonomi… Berdoalah kepada Allah yang maha esa… supaya ekonomi global kembali pulih dan orang ramai tidak hilang punca mata pencarian... dan yang telah diberhentikan atau dibuang pula kembali bekerja semula... ameen...

7 comments:

Dj Epoi said...

Salam..Balas Amirul....

Terima kasih singgah blog Gua....
Okessss kawan...skank kta jadi kawan k..!!!

tu lah pasai.....bila dah cuti banyak dah malaihh nak masuk kerja balik hahahahh.....

Gua sokong.......skank dalam keadaan camnih kita patut lebih BERSHUKUR...
pasal kita masih lagik mempunyai Majikan.......tak dapat bonuihhh pon tak pa.....janji jangan potong gaji heheheh..

amirul said...

Salam Dj Epoi,
Tima kasih komen sulung lu!
Baik skarang kita kawan :)Alhamdulillah aku dpat bonus hari tu sebelum raya cina. Syukur walaupun xbanyak... cuma gaji tahun ini xnaik :( xpe, aku faham, aku pekerja baik... hahaha.

Dj Epoi said...

Hahhahah ok lah tu....yang penting MASHUUUUUUUK!!!

Sedingin Salju said...

Ha, kerja kilangkah?

amirul said...

Encik? Nak kata kilang xmcm kilang... nak kata opis xmcm opis... 50-50 kot?

hysMan.. said...

"Nak kata kilang xmcm kilang... nak kata opis xmcm opis... 50-50 kot?"..
abis tu ape bro?? PISang???wawawa..

amirul said...

Salam Man,
Pisang tanduk barangkali...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...