Followers

Pages

Friday, February 20, 2009

Cemburu

Definasi: Cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai... seperti suami isteri atau kekasih.... Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya... Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata "cemburu tandanya sayang" yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan... Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya...

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung... Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap "possesive" seseorang terhadap pasangannya... Dimana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain... Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap "cemburu buta" amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan "mudah dikebas orang". Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif...

Bila berbicara tentang cemburu juga... ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya... Dalam soal ini... sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu... Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal...

Dalam hubungan suami isteri... sifat cemburu wajib dikawal... Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai)... Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk... Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya... Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan... seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya... hendaklah bertindak segera agar tidak merebak... Ikutilah tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu...

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu... Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan... Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya...

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita... Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati...

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya... Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya... Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai...

4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya... berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain...

5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya... Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya... kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan...

"Sedangkan lidah lagi tergigit... inikan pula suami isteri" Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga... Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri... Yang penting adalah kesederhanaan...

Maksudnya seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada-pada... Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong... Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau memperbetulkan diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan... Contohnya... bagi seorang isteri mahupun suami... adakah penampilan atau layanan yang selama ini diberikan memuaskan atau tidak... Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan... Dengan sikap ini.. kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain...

Akhirnya... tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya... Dengan itu cinta dan cemburu hendaklah diambil "sesedap rasa" sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga... Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat... Kata orang... "tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa". Ingatlah... sesungguhnya "ALLAH SWT Maha Cemburu". Maksudnya? Ya... bukankah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya? Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah "TERTAWAN DENGAN "CINTA YANG LAIN"!

4 comments:

MariaFaizal said...

Bro Amirul,
Another interesting piece from you. I believe 'cemburu' is allowed in Islam, if it motivates us to excell in what we're doing (only the kind things fr my perspective). On the other hand, 'hasad' or 'dengki' is not at all allowed in our life as this might ruin lives & further consequences.

And, I definitely agree that 'cemburu' as a sign we care about the person (moderately & rasionally).Tak best kan if partner kita langsung tak cemburu, rite? If that happens, mesti I rasa I must look 'buruk' giler...hehe..

Pleasant weekend!

hysMan.. said...

Salam bro..

Yezzz,suma manusia mesti ade perasaan cemburu..laki ke pompuan ke suma sama..cuma cara handle je yg lain..positif n negatif..

Somtime kita cemburu mnyebabkn timbulnya PhD(perasaan hasad dengi) dan melakukan perkara negatif..so janganlah perasaan -ve yg menguasai diri biar la akal yg mendahului...

4 me,cemburu mmg perlu tp berpada2.. :p

Sedingin Salju said...

Aha Amirul, cemburu itu adalah sifat semulajadi manusia.

amirul said...

Salam Sis, Man & Salam sejahtera Sedingin Salju,

Cemburu itu sebahagian dari sifat manusia... yg penting sifat cemburu itu perlu ada batasannya supaya tidak menimbulkan masalah dlm rumahtangga dsbnya... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...