
Apakah erti sebuah perkahwinan... seandainya perhubungan itu tidak disulami dengan kasih sayang... cinta... keikhlasan dan kejujuran? Apakah erti sebuah perkahwinan... seandainya perhubungan itu dicalitkan dengan kegelapan yang menebal bagai tiada lilin yang menerangi?
Masih adakah erti sebuah perkahwinan... sekirannya salah seorang daripada pasangan membuat perangai... atau erti kata lain curang? Sebagai hamba Allah yang kerdil... kita tidak mampu untuk menduga apa yang bakal terjadi dimasa hadapan... kita hanya mampu berdoa agar perjalanan hidup ini dipermudahkan olehNya tanpa sebarang kerumitan yang besar... kita hanya mampu merancang... Allah jua yang menentukan...
Apa yang bakal ku coretkan disini... adalah kisah kehidupan kakak kandungku sendiri... yang diabaikan suaminya... tujuan aku... bukanlah untuk menagih simpati... apatah lagi mahu mengaibkan mana-mana pihak tertentu... kisah benar ini dikongsikan untuk renungan kita bersama... dan memperbaiki kehidupan sebagai suami isteri...
Perkahwinan kakak aku telah pun menjangkau 23 tahun... dan dikurniakan 7 orang cahaya mata... 4 perempuan dan 3 lelaki... 4 orang anak buahku telah pun bekerja dan mampu berdikari walaupun tidak berpendidikan tinggi... 3 orang daripadanya masih bersekolah...
Diawal perkahwinan kakak aku tiada sebarang masalah... hubungan sebagai suami isteri cukup sempurna dan bahagia... sehinggalah dilanda gelora yang tak diduga... rumahtangga yang dibina atas dasar cinta mula bergoncang sejak 12 tahun yang lepas hinggalah ke hari ini... Pada ketika itu... kakak aku baru sahaja melahirkan anak bongsu... suaminya pula sibuk berkahwin dengan orang seberang tanpa pengetahuan kakak aku... sehinggalah rahsianya terbongkar...
Hati manakah tidak terguris... melihat suami memperlakukan isteri sedemikian rupa? Isteri manakah suka dimadu? Sebagai seorang adik... akulah tempatnya untuk mengadu dan meluahkan perasaan yang terbuku dihati... InsyaAllah aku akan menjadi seorang pendengar yang baik... dan aku tidak mampu membuat apa-apa selain memberi kata semangat serta dorongan yang membina kekuatannya untuk terus menjalani kehidupan demi anak-anak...
Apa yang aku kesali dan tidak menyangka... rupa-rupanya sejak 12 tahun kebelakangan ini kakak aku menderita dan dizalimi oleh suaminya secara emosi dan fizikal... hancur luluh hatiku bila mendengar luahan kakak aku... selama ini aku sangkakan mereka hidup bahagia... rupa-rupanya ada udang disebalik batu...
Setiap kali kakak aku mempertahankan haknya sebagai isteri... setiap kali itu jugalah dia akan disepak terajang... dimaki hamun... dan dihalau keluar berkali-kali dari rumahnya seperti anjing... begitu juga bila berhadapan dengan keluarga suami... dia akan diburuk-burukan dan dikutuk oleh suaminya sendiri... sebaliknya memuji-muji isteri seberangnya... kakak aku hanya mampu menebalkan muka dan menangis...
Sungguhpun keadaan rumahtangganya berkocak... makan...minum... pakai dan segala keperluan masih diberi suami... malah kasih sayang terhadap anak-anaknya tetap sama... tidak berubah... cuma kasih sayangnya terhadap kakak aku sudah tiada... kehidupan kakak aku ketika ini seolah-olah sebuah patung boneka yang hanya diarah bila diperlukan sahaja...
Walaubagaimanapun... kakak aku masih mampu bertahan dan bersabar demi anak-anaknya yang masih kecil... sungguhpun perasaan cinta dan sayang terhadap suaminya sudah tawar... katanya... selagi suaminya tidak menjatuhkan talak... selagi itulah dia akan bertahan demi kepentingan anak-anak... terutamanya yang masih bersekolah... sambil menangis teresak-esak meluahkan perasaan kepada ku... namun apakan daya? Aku hanya mampu memberi kata-kata semangat dan mendoakannya... selain dari itu... luar kemampuan ku...
Seringkali juga... kakak aku berkata kepada ku... aku beruntung kerana mempunyai seorang suami seperti amirul... Iya! Memang aku tidak menafikannya... aku bersyukur kepada Allah kerana mengetemukan jodohku dengan suami tercinta... namun aku tidak pasti bagaimana pula nasib hidupku di masa akan datang? Aku hanya mampu mendoakan kebahagian rumahtangga kami... selainnya Allah jua penentu... Wallahualam...
P/S: Kepada kakak yang ku sayang... maafkan adikmu diatas coretan ini... Sebagai adik... aku akan sentiasa mendoakan kebahagian rumahtanggamu... semoga kau tabah dan sabar menempuhi dugaan yang melanda... aku harap dirimu perbanyakan memohon petunjuk dariNya... Sesungguhnya... Allah adalah sebaik-baik pendengar...