Followers

Pages

Tuesday, December 21, 2010

Utamakan Keselamatan ANDA!

Utamakanlah keselamatan nyawa anda... hidup ini hanya untuk sekali... bukannya berkali-kali... hargailah nyawa anda... prihatin dan kasihanilah diri anda sendiri sebelum orang lain... ingatlah mereka disekeliling yang menyayangi anda... janganlah hampa dan hancurkan harapan tinggi mereka terhadap anda! Peringatan ini tidak lupa ditujukan untuk diri saya dan seluruh warga penunggang dan pembonceng motosikal khususnya...

Saban hari ulang-alik dari tempat kerja... sering terjumpa dengan mereka yang kurang peka atau memang saja dan degil tidak ambil kisah tentang keselamatan diri mereka... apa yang ingin saya kongsikan disini adalah mengenai pemakaian topi keledar... Ya! Pemakaian topi keledar yang betul dan selamat mungkin boleh menyelamat nyawa anda... 

Saya difahamkan pemakaian topi keledar separa... telah diharamkan di Malaysia... sejauh mana pelaksanaan dan kebenarannya... saya kurang pasti... sekiranya ada dikalangan anda yang tahu... sila maklum dan kongsi bersama... 

Topi Keledar Separa

Sebenarnya... berlaku satu insiden semasa saya pulang dari tempat kerja petang tadi... penunggang motosikal dihadapan saya memakai topi keledar separa... mungkin disebabkan angin dan tidak ikat tali dengan betul... tiba-tiba topi keledar tersebut terbang dan hampir mengena saya... mujur saya sempat mengelak... bagaimana sekiranya terkena saya atau pengguna jalanraya yang lain... bukankah ianya menyusahkan dan membahayakan keselamatan orang lain? Oleh kerana tidak mahu memanjangkan perkara... saya hanya menjerit Hoi! dan mengangkat tangan menunjuk tanda amaran... dan beredar...

Harapan saya... si penunggang motosikal terbabit dapat mesej yang ingin saya sampaikan... kepada pembaca blog ini... sekiranya ada diantara anda yang memakai topi keledar separa... tolong tukar kepada topi keledar yang lebih selamat... jangan pertaruhkan nyawa anda dengan topi keledar yang tidak seberapa itu...

Topi Keledar yang lebih Selamat 
Tetapi jangan pula pakai sampai macam kucing ini pakai sudahlah ya... wallahualam...

Sumber Kesemua Gambar : Google


P/S: Takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam nahas jalanraya yang membabitkan bas 2 tingkat  di Simpang Pulai... semakin menjadi-jadi kemalangan bas ini... Hanya kebetulan? Fikir-fikirkanlah...

3 comments:

DanieL AdiE said...

yup2..penting tu..

ingatla org yg tersyg..


Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/u-can-never.html

IMANSHAH said...

salam Amirul

Saya dulu gila motor, tapi sejak dua menjak ni saya dah jarang naik motor.Entah kenapa mood untuk menunggang motorsikal tiba-tiba hilang. Hanya berulang alik naik kereta walau minyak dah naik harga

Tukang cerita said...

saya dah tak berani dah menunggang atau membonceng motor, wpun zaman study dulu, minah rempit...muahmuahmuah......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...