Followers

Pages

Monday, November 1, 2010

Kemalangan Jalanraya...

Hampir setiap hari kita disajikan peristiwa kemalangan jalanraya di media cetak mahupun elektronik... kebanyakan kes yang berlaku boleh diklasifikasikan adalah berpunca dari kecuaian pemandu itu sendiri... ini tidak bermakna saya menolak ketentuan takdir secara keseluruhannya... kemalangan yang melibatkan ramai nyawa hilang adalah amat menyayat hati dan dikesali... contohnya kemalangan yang melibatkan bas ekspess di Simpang Ampat Melaka tempoh hari... yang mana megorbankan 13 mangsa dengan begitu tragis sekali...  tidak sampai sebulan... disusuli pula kes terbaru yang juga membabitkan sebuah bas terbalik di Genting Sempah Pahang... turut mengorbankan 7 mangsa dan 39 lagi cedera...

Kemalangan Ngeri

Seolah-olah tidak ada kesudahan kemalangan ngeri yang  melibatkan kematian... dimanakah silapnya?! Berbagai kempen sudah dijalankan... ribuan ringgit juga pasti sudah lebur... tapi kesannya... 0! Menurut kajian Institut Penyelidikan Jalanraya (MIROS) mendapati sebanyak 67% kemalangan jalanraya berpunca daripada faktor manusia... diikuti 28% berpunca daripada keadaan jalanraya... dan 5% lagi berpunca daripada masalah mekanikal kenderaan... secara peribadinya... saya amat bersetuju kebanyakan kemalangan berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada kecuaian diri sendiri... dan berkemungkinan besar kemalangan itu tadi boleh dielakkan...

Dari pengamatan saya sebagai salah seorang pengguna jalanraya tegar... berbagai sikap dan kerenah pemandu dan penunggang boleh disaksikan di atas jalanraya... berSMS dan cakap telepon... memotong barisan... memecut laju... tidak mematuhi undang-undang jalanraya adalah sebahagiannya... itu lumrah manusia biasa... selagi belum terkena... selagi itulah tak ingat... bila dah kemalangan... pelbagai alasan pula diberi... jalan licinlah... berek tak makanlah... tayar botaklah... macam-macam lagi... itu antara alasan mereka yang tak mati... yang mati?! Sendiri mau ingatlah...

Kadang-kala saya sendiri pun tidak terlepas dari membuat kesilapan... akibatnya saya terbabit dalam kemalangan jalanraya pada  6 Sept 2010 bersamaan 27 Ramadhan 1431 yang lalu... bahu kanan patah dan luka-luka dibahagian muka dan bibir... kini beransur-ansur pulih... punca kemalangan boleh dikategorikan dalam 67% itu... Lu pikirlah sendiri... Alhamdulillah tidak ada perkara yang memudaratkan...

Kesimpulannya... Kemalangan yang berlaku di Malaysia khususnya boleh dikurangkan sekiranya pengguna jalanraya itu sendiri berubah sikap... buang sikap mementingkan diri sendiri dan mematuhi undang-undang jalanraya... dan saya menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan lebih dedikasi... kurangkan bercakap dan terjemahkan dari tindakan...

P/S: Bersemangat pula nak kemaskini blog yang kira-kira sudah 8 bulan ditinggalkan tanpa sebarang khabar berita... harap semangat ini berpanjangan untuk menyajikan tampalan seterusnya... :p

2 comments:

Idalara said...

Salam amirul..
maaf kerana dah agak lama tak singgah di sini..tak tahu pun mirul kemalangan..teruk gak kalau 67% tu..mudah2an mirul dah benar2 sembuh..dan jgn lakukan keja2 berat yg menggunakan tangan sebelah bahu yg patah..

sampaikan salam akak pd isteri ye..

amirul said...

Walaikumsalam kak Ida,

It's ok... lagipun lama juga saya menyepi dari menulis... InsyaAllah lepas mahu terus menulis walaupu tidak setiap hari...

Alhamdulillah setakat ini bahu kanan ok... cuma tak pulih sepenuhnya... apapun terima kasih kerana sudi singgah... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...