Followers

Pages

Wednesday, January 28, 2009

Beberapa Hari Tanpa Internet

Saya memang seorang kaki internet. Saya tidak akan dapat meng 'access' internet untuk beberapa hari yang akan datang... gara-gara hendak menamatkan perkhidmatan internet yang sedia ada. Huh! macam patah kaki sebelah...Hmmm... apa boleh buat?! sabar sajalah... Buat masa sekarang, saya menggunakan MAXIS broadband untuk melayari internet. Oleh kerana sudah 'fed up' terhadap perkhidmatan ini, saya tak sabar-sabar nak menamatkan perkhidmatan tersebut... sungguh mengecewakan... kelajuan 'access' internet yang agak mengecewakan... Wow! 3.6Mbps?! biar betul?! Hanya retorik semata-mata. Jikalau kawasan anda tidak meliputi HSDPA( High Speed Data Packet Access ) maka lupakan sajalah hasrat untuk menggunakan perkhidmatan ini… Yes! Jangan disebut langsung penggunaan broadband! Kalau tidak, anda akan sakit hati yang teramat sangat seperti saya… nasib baik belum makan hati…

Sebenarnya, sebelum melanggan perkhidmatan MAXIS broadband, saya telah membuat sedikit pemantauan terhadap produk tersebut. Rata-ratanya memang ramai yang 'complaint'. tetapi saya diyakinkan kawasan yang diliputi 3G tidak ada masalah untuk menggunakannya... jadi tanpa fikir panjang, saya pun melanggan perkhidmatan tersebut... saya memang tidak puas hati sejak hari pertama menggunakannya... lalu saya telah menghubungi pihak MAXIS untuk tindakan lanjut... sebaliknya saya difahamkan perlu membayar RM200 untuk menamatkan perkhidmatan sekiranya usia melanggan perkhidmatan terbabit tidak sampai 12 bulan. Huh! apa ke jadahnya?! Akan tetapi, setelah diperjelaskan mengapa saya mahu menamatkan perkhidmatan tersebut... maka pihak MAXIS bersetuju untuk mengabaikan RM200 sebagai gantirugi... syukur masih ada yang memahami...

Oleh yang demikian... saya menyeru kepada diri sendiri dan seluruh pembaca blog berhati-hati ketika membeli sesuatu... jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis yang dilafazkan si penjual... mereka hanya mementingkan komisen sahaja... yang akan merana dibelakang hari hanyalah si pembeli... sebagai seorang pengguna yang bijak... buatlah pilihan yang bijak ketika membeli.

Apapun, saya sudah memohon perkhidmatan Streamyx. Kini hanya menunggu perkhidmatan ini dipasang. InsyaAllah dalam minggu hadapan Barangkali… ini kerana saya memohon perkhidmatan talian telefon tetap dan Streamyx serentak. Perkhidmatan telefon sudah pun dipasang minggu lalu. Kini menunggu pengaktifan talian. Harap-harap perkhidmatan internet ini tidak buat hal pula!

Nota kaki: Saya akan merindui perkhidmatan MAXIS broadband... ini kerana sedikit sebanyak ianya telah meninggalkan kenangan pahit dan manis buat saya... cuma perkhidmatan ini tidak sesuai digunakan dikawasan saya... dikawasan lain mungkin perkhidmatan ini lebih bagus... 'Anyway' selamat tinggal buat MAXIS broadband... Dikala ada kesempatan, kita berjumpa lagi... InsyaAllah...

7 comments:

Tai said...

Encik, encik kena tune jugak dengan streamyx ni. Kalau tak, nanti depa akan melengah-lengah pulak.

amirul said...

Salam Encik... terima kasih keatas nasihat encik... hari ini pun saya call mereka untuk tindakan yg selajut... Insyaallah beres.

Tai said...

Tulah, kita dah masak dah.

Satu lagi, jangan ingat, 1 MBPS tu, laju. Streamyx ni, selalu saja tak sihat.

amirul said...

Salam encik, buat masa ini itu je la yg buleh harap... yg lain ntah? no komen...

Tai said...

ya betul tu encik. Itu sajalah yang boleh diharap setakat ni.

raininghell said...

streamyx it's more batter but tk ley bawak ke mana2..now kalau kat umah saya guna p1W1max..speed die lagi laju n boleh beat dengan streamyx..raser lagi laj dari streamyx selepas buat perbandingan dengan jiran..kalau keluar rumah pakai celcom broadband..ok jer..maxis ramai org complain la bro

amirul said...

Salam rainigheaven,
P1Wimax? berapa langganan sebulan tu? Lagipun area sini belum ada liputan.
Bukan ke sekarang ni ada streamyx broadband? xpasti plak camne pakainye. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...