Anonymous : "Helo? Ini McDonald's ke? Saya nak order...bla... bla... bla..."
Saya : "Helo? Awak 'wrong number' la..."
Anonymous : "Ops sorry!"
Saya : "It's ok..."
Itu antara perbualan saya dengan anonymous yang sesat dari mana entah? Ini sudah masuk kali kedua saya menerima panggilan sedemikian rupa... Padahal saya baru saja menggunakan perkhidmatan TM... Tidak cukup sebulan pun? Kenapa ini sering berlaku ya? Adakah kemungkinan nombor telefon yang didaftarkan itu milik Mcdonald's sebelum ini? Adakah nombor ini dikitar semula? Itulah persoalan yang menghantui fikiran saya... Lalu tanpa melengahkan masa... saya pun buat pemantauan di internet...
Aduhai... pantau punya pantau jumpa pula nombor yang didaftarkan ini adalah milik McDonald's Cawangan ???... Nampak gayanya saya kena bersiap sedia untuk menerima lebih banyak panggilan anonymous selepas ini... :(
Kes 2 ( Talian Telefon Bimbit )
Anonymous : "Helo? Selamat pagi... boleh saya bercakap dengan puan Norizan Binti Yang?"
Saya : "Err... wrong number..."
Anonymous : "oh! sorry..."
Saya : "Ok"
Yang ini pula dah masuk kali ke berapa entah saya menerima panggilan yang sama... Walaupun sudah berkali-kali saya memberitahu "wrong number." Anonymous ini macam tak reti bahasa... Selang beberapa hari pasti akan telefon kembali... Huh! Boringnya... Nombor telefon bimbit yang saya gunakan ini pula baru masuk bulan ke 3.
Untuk makluman anda semua... saya menggunakan talian prabayar sebelum ini selama bertahun-tahun... tidak ada masalah apapun... sejak menukar ke pascabayar... macam-macam...
dengan spam SMS la... SMS promosi la... menyemak betul!
Anda pernah manghadapi situasi yang sama? Bagaimana dan apa tindakan yang sesuai diambil untuk mengatasi masalah ini? Tanpa menamatkan perkhidmatan talian tertentu... Anda mempunyai sebarang cadangan?
3 comments:
salam bro..
ala biasa la tuh..lama2 takde la wrong number lagi..hehehehe
sabar separuh dari iman
Ha, cerita pasai rong number, saya selalu terkena. kadang dia telefon lepas terus cari orang itu dan ini. Cina. Last sekali, dek kerana bm aku memang sebiji macam orang melayu, aku kata lagu ni. "Encik telefon mana, ni salah nombor." "Aiyo, ini mana tempat?" Dia tanya. "Ini rumah melayu." Aku bohong kat dia. "Ai yaa, soly ha?" Terus cut the line. ha, aku senang. menggunakan kelebihan yang ada. kadang tu, dia call dan terus cakap mandarin. Aku biar. Sampai satu peringkat, bila dia dah stop, aku kata, "Encik, tadi encik cakap apa?" "Ha, you tak boleh faham mandarinkah?" Dia terkejut. "Saya tak fahamlah." Aku jawab. "Oh you bukan cina ha, solly." Dia terus cut the line.
Ha, best o menggunakan kelebihan ni. Dah beberapa oranglah terperangkap dengan cara aku ni. Cara ni saja kena perangkap mereka ni.
Salam Mat Topeng,
Tengah bersabar la ni...
Sedingin Salju,
Encik? Itulah kelebihan kita sebagai rakyat malaysia... Berbagai bahsa dan budaya... syukur.
Post a Comment