Followers

Pages

Friday, February 13, 2009

Sembahyang Jumaat

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya degan pakaian hitam… tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa senapang... lalu salah seorang lelaki tu bertempik:-

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri ditempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:-

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah...

Bagaimana... adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas?

Selain terhibur… cuba anda renung-renungkan dan fikir-fikirkan…

"Lawak? Dari 1,000 org yg mengaku dia Islam… tetapi hanya 20 yang betul-betul beriman... "

"Lawak? Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa senapang... dia tak kata pun nak membunuh… Itulah generasi sekarang… amat lemah… baru kena ugut terus lari lintang pukang… lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak? Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja…tu pun bila masa sembahyang jumaat… tunjuk muka dekat orang kampung… ada juga yang lebih dasyat… setahun 2 kali sahaja… bila tiba masa sembahyang raya…"

"Lawak? Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran..."

"Lawak? Berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara… akhirat jua tempat yang kekal abadi… tetapi masih berlumba-lumba mengejar dunia…”

"Lawak? Kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam lamanya… tetapi hendak berdoa kepada ALLAH… tak cukup masa…”

"Lebih lawak? Sementara kita boleh post sebanyak mana artikel yang berunsur lawak jenaka… lucah… dan sebagainya… tetapi terasa berat untuk berkongsi artikel yang berunsur keagamaan…”

Sekadar berkongsi...

4 comments:

hysman said...

Salam bro mirul..
itulah die saudara Islam kita skrg.. Dlm kad pgenalan iye2 tulis Islam tp dlm diri habok pon tara.. pndai ckp org je ye..hehe..saya pon akan cuba mmberanikn diri mnegakkn agama Allah swt.. InsyaAllah..

p/s: agak2 bro, lari tak klu dlm kedaan mcm tu??hehee..

amirul said...

Salam Man,
Kemungkinan besar lari... Coz I'm realize who am I... :( Insyaallah akan perbaiki segala kelemahan yang ada untuk menegakkan agama Allah... Hidup Islam!

hysman said...

salam bro..
aik lari jugak??hehee..
InsyaAllah..sama2 la kita..
:p

amirul said...

W'salam Man,
Sama2 lah kita memperbaiki segala kelemahan yang ada... Insyaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...