Followers

Pages

Wednesday, February 11, 2009

Streamyx

Sepatutnya pendaftaran streamyx yang dilakukan bulan lepas sudah selamat sampai ke tangan saya... Janji tinggal janji... Semasa pendaftaran dibuat... saya difahamkan setiap perkhidmatan mengambil masa 7 hari bekerja... untuk perkhidmatan talian telefon... nampaknya tidak ada sebarang masalah... berjalan lancar mengikut masa... walaupun terlajak 2 hingga 3 hari... masih boleh diterima...

Perkhidmatan streamyx pula dijanjikan akan dihantar kepada saya sebaik sahaja telefon berfungsi dengan baik dan berkesan selama 2 hari bekerja... namun kini... sudah seminggu yang lalu... streamyx yang dijanjikan masih belum dihantar... janji hanya tinggal janji!

Untuk mengenalpasti keadaan sebenar... saya cuba menghubungi pihak TM untuk mendapatkan maklumat lanjut... namun kecewa dan hampa... berulangkali panggilan dibuat tetapi tidak dijawab... hanya suara rakaman berkomputer sahaja yang kedengaran... " Ini dah melampau! " " Aku dah naik angin taufan ni! "

Semalam saya berkesempatan menyerbu terus ke TMPoint yang berhampiran... untuk mengenalpasti status permohonan saya... semak punya semak... didapati akaun streamyx saya telah pun diaktifkan sehari sebelumnya... jadi soalan saya kepada mereka... " kalau akaun dah diaktifkan... mengapa pakej yang dimohon masih belum diterima? " Jawapan yang diberi mereka pula... " Belum dihantar lagi ke modem awak tu? ( macam terkejut badak ) kami kurang pasti... ada tak sesiapa call atau sms? Mungkin terlupa kot? Sebab kami sentiasa sibuk... " ketika itu... saya hanya menggelengkan kepala sahaja... malas nak bertekak... jawapan terlupa kot dan sibuk langsung tidak boleh diterima sekali... sebagai suatu badan organisasi yang profesional... mereka harus peka dan mengenalpasti segala kemungkinan... sentiasa utamakan kepuasan pelanggan... bukannya bersikap sambil lewa... apa nak jadi entah? :(

Tidak lama kemudian... mereka pun memberikan pakej streamyx yang dipohon dan meminta maaf keatas segala kesulitan... dan memberi sedikit panduan bagaimana untuk memasang perkhidmatan tersebut... " nasib baik pihaknya meminta maaf... sejuk hati sikit... " Kalau tidak... Hmmm...

4 comments:

MariaFaizal said...

Bro Amirul,
Is streamyx that good (connection wise?).But svc so bad....

Sorry that u have to experience that. Anyhow dah settle kan?

I'm using P1 Wimax(Green Packet), for RM89 per month,speed is superb!

Since it's still new, not sure if it covers ur area or not ;)

Cheers bro!

amirul said...

Salam Sis Maria,
Don't know how good the streamyx actually... but more better than Maxis BB.

Yes! settle already... for the moment quite satisfied with the pakcage subcribed. ( streamy in-box IMbps ) download may achieve over than 1.5Mbps...

already survey the P1 Wimax... :)since my area don't have coverage... have to forget it! Wow cheaper then streamyx? Download ok? My streamyx package RM110/month...

Thanks for the info... Have a nice day...

hysman said...

salam bro..
streamyx laju ke bro??
awat mahal sangat??
110??
tiap2 bulan dok gi bayo bil kat TMPoint,kaunternye mmg lambat skit..somtime smpai pelangan bising..hmm..kdg2,mesin nombor pon rosak tpakse lar brator..

Bro, P1 Wimax ni same dgn broadband ke atau guna fix lined ek??

amirul said...

W'salam Man,
Streamyx ada 5 pakej... 384kbps(RM60/mth), 512kbps(RM99/mth) 1Mbps(RM110), 2Mbps(RM140/mth) dan 4Mbps(RM160/mth). Setakat 2hari pakai ini rasa ok je? Download pun laju... 10Mb dlm 5mnit siap... ok ar tu... drpd Maxis bb (RM138/mth) download plak hampeh... pastu asyik disconnect je? :(
P1 Wimax tu broadband ar... xde pakai line... ikut kawasan... ada coverage bru ble pakai... dengar citer laju... biasa ar bende baru kurang org pakai... lama2 tak tau plak?
awat xbayaq pakai online? lagi senang... kalu g tm... berjam2 le menunggu. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...