Followers

Pages

Thursday, February 12, 2009

Elak Sambut Valentine ( 2 )

Saya tertarik artikel yang tersiar dalam Harian Metro terbitan Rabu, 11 Februari 2009. Justeru itu, saya ingin berkongsi bersama para pengunjung blog ini... Dunia arab juga tidak terkecuali dalam meraikan sambutan hari kekasih ini... apa nak jadi? Sila ikuti artikel berikut...

TERPENGARUH... budaya sambutan Hari Kekasih turut melanda dunia arab

Dalam era penuh cabaran masa kini, umat Islam diserang pelbagai gejala yang cukup menggawatkan. Anak muda semakin hanyut dibuai budaya barat yang semakin parah dan tiada menunjukkan graf penurunan.

Mengambil contoh sambutan Hari Kekasih atau Valentine's Day yang akan diraikan beberapa hari lagi, ia bukti bertambahnya penghakisan peradapan Melayu.

Nampaknya bagi sesetengah pihak, apa saja daripada budaya barat dianggap moden dan seharusnya dijadikan ikutan tanpa melihat mengenai hukum halal dan haramnya.

Saban tahun ulama dan cerdik pandai Islam memperingatkan umat Islam supaya menghindari daripada turut merayakan Hari Kekasih, tetapi ternyata, seruan itu seakan-akan tidak diendahkan langsung bagai mencurah air ke daun keladi.

Kita sedih melihat anak muda Islam beria-ia menyambutnya penuh bangga, malah sentiasa menunggunya setiap tahun.

Satu per satu budaya 'jahiliyah moden' barat menjadi budaya anak muda. Sambutan Hari Kekasih yang diraikan pada 14 Febuari setiap tahun berakar umbi sejarahnya daripada sumber Kristian.

Jadi, ia sangat bercanggah dengan islam dan tidak sesuai diraikan. Kita seharusnya melihat kembali sejarah wujudnya Hari Kekasih agar kita tidak mudah terjemurus dalam situasi yang boleh menggugat iman.

Sejarah Hari Kekasih ada beberapa versi sumbernya dan disini diceritakan semula supaya kita dapat memahami secara jelas betapa terpesongnya anak muda jika turut sama meraikannya.

Mengikut sejarah, Valentine seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di Sepanyol. Kedudukannya dikatakan kedua selepas paderi besar Pope.

Dikisahkan Valentine memainkan peranan ketika menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol.

Jasanya dianggap tidak mungkin dilupakan dan harus dihargai. Justeru, tarikh 14 Febuari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun.

Berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari kekasih, jelaslah ia satu tradisi dalam agama Kristian dan sangat diraikan penganut agama berkenaan.

Persoalannya, kenapa pula anak muda Islam di Malaysia beria-ia meraikannya?

Inilah akibatnya apabila mengikut budaya asing secara membuta tuli tanpa mengkaji sejarah.

Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w bermaksud: "Sesiapa melakukan perbuatan menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk bersama golongan itu." ( Hadith )

Sekarang kita tinjau beberapa fatwa berkenaan sambutan Hari Kekasih. fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2005 menyatakan: "Amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang Islam. Oleh itu, umat Islam dilarang membabitkan diri meraikan hari itu."

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang pada 20~21 Syawal 1426H bersamaan 22~24 November 2005 di Kuching, Sarawak, menetapkan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang meraikannya.

Jelas, dua fatwa berkenaan menegah sama sekali umat Islam merayakan Hari Kekasih.

Marilah kembali kepada kehidupan selari dengan kehendak Islam dan jangan lagi membiarkan diri dijajah budaya asing yang memesongkan akidah.

Sepatutnya budaya positif dari barat wajar diteladani seperti aspek kebersihan, dedikasi bekerja dan budaya cintakan ilmu pengetahuan.

Budaya 'berseronok' seperti menyambut Hari Kekasih tidak patut dimasukkan dalam takwim perayaan kita. Jangan biarkan diri terus menjauhi dengan budaya Melayu dan nilai agama. Kesannya sangat buruk kepada keperibadian dan identiti negara.

Saidina Umar Al-khattab pernah menyatakan: "Kita adalah satu bangsa golongan yang dimuliakan Allah apabila kita berpegang kepada ajaran Islam. tetapi sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada cara Islam, sudah tentu Allah akan menimpakan kepada kita kehinaan."

Generasi muda sepatutnya sedar dan insaf beramal dan mengikut budaya selain Islam, terutama dalam meraikan hari tertentu boleh menjejaskan akidah dan menghakis keluhuran budaya tempatan.

Ingatlah firman allah dalam Surah Faathir ayat 8 : "maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik."

Sesungguhnya generasi muda Malaysia akan mengalami kerencatan pada masa hadapan jika mereka dibuai dan dihanyutkan dalam budaya yang tidak mendatangkan manfaat.

Mereka mesti bangkit menjadi benteng kukuh untuk kemajuan negara dengan keteguhan iman, akhlak mulia dan intelek unggul.

Adunan 3 elemen itu akan melahirkan warga muda yang dapat memacu negara kearah kegemilangan.

Menurut Hasan Al-Bana: "Generasi muda adalah rahsia kehidupan bangsa dan sumber kebangkitan."

Kata sasterawan negara, Arenawati menerusi novel Sukma Angin: "Keimanan manusia, intelek dan citarasa manusiawi itu bergantung jadi tenaga dalam diri individu memilih dan membina tamadun."

Sumber: Harian metro

4 comments:

Dj Epoi said...

Walaweiiiiiiiii...

Bagus x3 Entry Kou.....!!!

Tapi hari tersebut Gua kna gak celebrate.......
Tapi bukan celebrate velentine...!!

Gua sambut anniversary Gua yang ke8 ......
Yeszaaaaaaaaaa!!!!!

Shabas untuk Gua....,8 tahun beb!!!ltr

Tai said...

Ha, pelik kan encik? Asal barat, semua bagus, elok, cantik. Walhal itulah barang dari yahudi celaka dan bangsat tu. yang bagus, bolehlah kita ambik, tapi, nilah orang kita, tak bagus tulah yang depa nak ambik.

Hari-hari boleh hari kekasih. Bodoh punya orang tu sambut hari kekasih. kasih-sayang adalah 24 jam.

amirul said...

Salam Dj Epoi,
Selamat annivesary... yg ke 7 ke 8? kejap 7 kejap 8 mane satu daa?

Taniah dapat baby lelaki 3.1kg.

Sedingin salju,
Terima kasih encik turut menyokong Islam... Insyaallah satu hari nanti pintu hati anda terbuka...

Tai said...

Sama-sama amirul. Yang baik, perlu disokong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...