Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW... Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya... Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi... Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh Tuhan pada hari Jumaat...
Amalan Sunat Hari Jumaat
Pada subuh hari Jumaat... maka setiap muslim digalakkan mandi... kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah... Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut... mencukur kumis... memotong kuku dan menggosok gigi...
Sesudah itu bersegeralah ke masjid... Sabda Rasulullah SAW:
" Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid... maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang...
Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali... Dalam sebuah hadis dinyatakan:
"Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah... Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam... Al-Kahfi atau Yasin... Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat... kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan...
Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi... Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata... jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya... Apabila selesai dari sembahyang Jumaat... maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas... Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat...
P/S: Petikan ini diambil dari internet untuk renungan bersama... Semoga apa yang baik dijadikan amalan... Wallahualam...
11 comments:
Bro,
Sebenarnya agak mudah utk melihat/dianugerahi syurga (smbhyg sunat 4 rakaat plus 50x qul)on this penghulu hari.
Question : Why do we still feel reluctant to do the stuff as guided (walaupun x perlu bersabung nyawa)?
Thanks for sharing manfaat sebegini.
P/S: How's your wifee doing today?My regards to her.
salam bro,
insyaAllah bro..
kadang2 suma ni kita da tau da da diajar sejak dr kecik lg tapi masih alpa dan rasa berat ati nak buat@amalkan..
itu suma hasutan ablasa..
kita kena lawan..
cewahh..poyo je aku..
huhuu..
sama2lah kita renungkan..
:p
Salam......Sunat Malam Jumaat!!!!
Ehem...Ehemmmmm..
Terima kasih daun keladi....best ah...Entry nih!!!!
Gua sker....ahhhhhh
Mulia nyer Hari Jumaat Nih....
P/S Gua ...Robocop & BEN10 dilahirkan pada hari Jumaat
( BEN 10 ) Nama timang2an Baby Baru Gua...ok ker eik....?
Salam Amirul...
hari ni aku berazam dtg seawal yg mungkin... seekor unta tu beb!!!
Man.. tu komen ker entry? hehehe... ;p
Bro....
Saya dah dedikasikan award kucing tu untuk bro...
Amik yer...
Suka kucing kan?
:)
Takde yang benar melainkan benar belaka..
Sapa cakap salah, meh sini gua lastik kepala dia..
salam sohabat, entry untuk pengisian minda dan jiwa yang menarik dan amat2 terkesan di hati.
Kita semakin hari semakin berusia. Seboleh mungkin kita cuba sembangkan ilmu dunia dan akhirat. Alhamdulillah, inilah tugas IMAM MASJID yang kita bina.
Salam Sis Maria,
Answer: Selalunya yg senang lah sukar dilaksanakan...
Sama2...
P/S: Alhamdulillah... more better...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Walaikumsalam Man,
Huiyoh Hasutan Ablasa... bior bona...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Walaikumsalam Bro Epoi,
Tang Ehem...Ehemmm ramai yg ingat erk? Walaupun sunat... :)
P/S: Bertuah org yg lahir pada penghulu hari nih... Robocop... spongebob... Ben10... ok ler tuh... elok gunakan nama betul je... walaupun singkat... bukankah nama tu doa?
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Walaikumsalam Naz,
Mengejar utk melakukan kebaikan tiada halangan... :)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Salam Nurul,
Alhamdulillah... dapat award lagi... InsyaAllah nanti saya ambil... Thks a lot... :)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Salam Bro Cerpelai,
Huiyoh... Ganas tuh... hehe...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Walaikumsalam Sahabat Fly,
InsyaAllah begitulah hendaknya... sekadar berkongsi... :)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Salam Kak Syabar,
InsyaAllah Kak... sama2lah kita sebarkan apa yang patut utk renungan bersama... :)
Naz,
kembo siam yg dilahirkan kat parsi..
:p
Man..
dasat la lu bro.. dlm komen ada entry. cayos... ;)
Post a Comment