Dari jauh… lampu lalulintas di satu persimpangan kelihatan masih menyala hijau… Harun segera menekan pedal minyak keretanya dan memecut untuk mengejar lampu hijau tersebut… Dia tidak mahu terlambat lagi… Apatah lagi dia tahu penempatan di situ cukup padat… sehingga lampu merah akan menyala agak lama…
Kebetulan hari itu… jalan di depannya agak lengang… tidak banyak kenderaan… lampu hijau tadi sudah berganti kuning… hati Harun berdebar dan berharap dia akan melepasi persimpangan itu dengan kadar yang segera…
Beberapa meter sebelum garis berhenti… lampu kuning sudah bersilih ganti ke lampu merah… Harun mula bingung… terlintas dalam kotak fikirannya… samaada perlu meneruskan perjalanan atau sebaliknya… “ Argh! Aku dah tak sempat nak pijak pedal berhenti secara mengejut. ” Lalu dia terus memecut melanggar lampu merah lalulintas…
Preeet! Bunyi wisel kedengaran… Diseberang jalan ada seorang pegawai polis yang melambai tangan memintanya berhenti... Harun pun memberhentikan keretanya dibahu jalan sambil mengumpat di dalam hati…
Dari cermin pandang sisi dia memerhatikan pegawai polis itu… Wajah si polis itu tidak terlalu asing baginya… “ Hei! U ni Usof kan? ” teman sepermainannya semasa di sekolah menengah dahulu… Hati Harun amat lega… Dia kemudiannya lompat keluar dari kereta sambil membuka kedua tangannya sebagai tanda menyambut…
“ Hai! Usof… Gembira sangat dapat bertemu dengan kau. ”
“ Hai! Harun... ” Balas Usof tanpa senyum…
“ Alamak aku ni sebenarnya nak cepat sangat ni… aku memang agak terburu-buru tadi… bini aku sedang menunggu kat rumah… ”
“ Oh ya ke? ” Usof kelihatan agak ragu-ragu…
“ Iyalah Sof… Bini aku menyambut ulangtahun kelahiran… dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya… tentu aku tidak boleh terlambat… kawan-kawannya juga sedang menunggu… ”
“ Aku faham… tapi… sebenarnya kami sering memperhatikan kamu sentiasa melintasi lampu merah di persimpangan ini… ”
Ooo… seperti harapan tidak tercapai… kali ini Harun cuba mencari strategi lain… “ Jadi? Kau nak menyaman aku ke? Sebenarnya aku tidak melanggar lampu merah tadi… semasa aku jalan… lampu kuning masih bernyala… ” Harun mengharapkan sedikit pembohongan akan membantunya…
“ Ok Run! Sebenarnya aku melihatnya dengan jelas… Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan… ”
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk kedalam kereta dan menutup kaca tingkapnya… Sementara itu… Usof menulis sesuatu di dalam buku catatannya… Beberapa saat kemudian… Usof mengetuk kaca tingkap kereta… Harun memandang wajah Usof dengan penuh kecewa… dibukanya tingkap kereta itu sedikit… “ Argh! Satu inci cukup untuk masukkan surat saman tu… ” katanya dalam hati…
Tanpa sebarang kata-kata… Usof beredar dari situ dan meneruskan tugasnya… Harun mengambil surat saman yang diselitkan Usof di celah-celah tingkap kereta… “ Apa ini?... yang pasti lesen memandu dan kad pengenalan telah dikembalikan bersama… ” “ Sekeping nota? Kenapa dia tak menyaman aku? ” Ini nota apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang beisi coretan tangan Usof…
“ Run? Tahukah kau bahawa dahulu aku mempunyai seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik…? Sayang… mereka sudah meninggal dunia… dilanggar pemandu yang tidak mempedulikan lampu merah persimpangan ini… Pemandu itu dihukum penjara 3 bulan… sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga-tiga anaknya lagi… Sedangkan anak dan isteri aku sudah tiada… hari ini aku sendirian menyesali peristiwa hitam itu… yang pergi tidak akan kembali… Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu… tetapi sukar sangat… Begitu juga kali ini sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu… Maafkan aku Run… Doakan agar aku memperoleh ganti untuk semuanya… Berhati-hati ketika memandu Run… ” – Usof
Harun terkelu seketika… dengan segera dia keluar dari kereta dan mencari Usof… Namun… Usof sudah meninggalkan tempat dia bertugas tadi… Disepanjang jalan pulang… Harun memandu secara perlahan dengan hati yang tidak menentu… sambil mengharap kesalahan yang dilakukan dimaafkan…
Tidak semua pengertian kita harus sama dengan pengertian orang lain… Boleh jadi suka kita tidak lebih dari duka rakan kita… Hidup ini sangat berharga… menempuhilah perjalanan hidup ini dengan tabah dan sabar… mengerti perasan orang lain dan bertimbangrasa…
P/S: Semoga mengambil iktibar dari kisah ini… yang baik jadikan teladan… yang buruk jadikan sempadan…
9 comments:
pernah sekali kena saman. Saman tak letak tiket parking..
Salam Bro
Salam Jengah kembali....
Sorry ....tak sempat nak pick up HP
Jangan ler marah Bro.....hahahahah
Tq for your comment.....
Dah kja POLIS...macam tu lah kan...?
ya Allah...sedihnye...ye la, mana nak sangka tragedi macam tu...
anyway n anyhow...berhati2 semasa memandu..patuhi undang2 jalanraya k supaya x di samana..
banyak tu nak kena bayar....huhuhu...
Salam Cikgu a.k.a Kak Lin,
Tima kasih atas komen sulung... dulu saya pun bnyk kene saman. :(
Salam Dj Epoi,
Selamat kembali! Bile masa gua tepon lu bro? Salah org kah? Anyway taniah dpt org bru dlm keluarga.
Salam Lilies,
Ya! kita mengharapkan pengguna jalanraya sentiasa mematuhi undang2
jalanraya... sekali saman xlari RM300. :(
salam bro..
tapi kalu kene saman stil boleh merayu mintak d kurangkn kan??
ok la dr kita merasuah polis tu 2-2 dpt dosa..beter kita bayo je ler da mmg tugas dorg barangkali..
tp kesian kt die.. :(
Malang tak terhidu..
HAhahahahah Gua teringat kisah LU disaman & dan Lu kau tim yang lalu...hehehhehe
Salam Man,
Kekadamg ada polis yg liat nak menyaman... tunggu kita buka line...
Salam Bro,
xsemua buleh terima... itu kira nasib le... polis tu mula berkias2... jadi gua paham le...
Bro Amirul,
So deeply saddened by what Usop had written.
Was wondering if Harun was the one whom had 'killed' Usop's late wifee & child...
Salam Sis Maria,
Welcome back to the world :). How about the journey? Hope everythings ok.
Let's find out the own answer by any assumption. :)
Post a Comment