Followers

Pages

Sunday, February 15, 2009

Adab Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma... Hanya masa dan waktunya tidak kita ketahui... Cuba kita amati... Mengapa kebanyakkan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa... lidahnya kelu... keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'...

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: " Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan... jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. " Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri... jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang... Sebagai orang beragama Islam.. kita wajib menghormati azan... Banyak fadhilatnya... Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri... mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan... Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak... Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba... maka kita tidak dapat mengucap kalimah " Lailahaillallah " yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut... Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka... Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut... " Ya Allah... Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia... lancarkan lidah kami mengucap kalimah " Lailahaillallah " semasa sakaratul maut menghampiri kami... Ameen... ameen... ameen... Yarabbul a'lameen... "

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali R.A

Wahai Ali... bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:-
  1. Jujur dalam berkata-kata.
  2. Menjauhi segala yang haram.
  3. Merendahkan diri.

Wahai Ali... bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:-

  1. Merahsiakan ibadahnya.
  2. Merahsiakan sedekahnya.
  3. Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali... bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:-

  1. Takut berlaku dusta dan keji.
  2. Menjauhi kejahatan.
  3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali... bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:-

  1. Mengawasi dirinya.
  2. Menghisab dirinya.
  3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau RM100 kelihatan begitu besar bila dibawa masuk kedalam kotak derma masjid... tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket atau shopping complex... 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir kepada Allah... tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak... semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya... wallahualam...

3 comments:

MariaFaizal said...

Hmm...tengah recall fr which blog I've read about this. But of course, it's our obligation to keep reminding each other & bring on the good advices as much as possible.

Bro, I tgh mempractickan ajar my munchkins to respect AZAN and I notice setiap kali AZAN, my children will keep reminding us to be quiet by 'shhhhushing'us ;)

Dj Epoi said...

Salam...

Sebagai orang beragama Islam.. kita wajib menghormati azan... Banyak fadhilatnya... Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri... mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

P/S La ni ponk Lagu negara ku .....orang Malaysia buat dek!!! jer..
siul btull!!!

Tq....best Entry..
Berguna siut!!!

amirul said...

Salam Sis,

Welcome back to blogging world. :)
Hope u enjoyed with u're journey... and have a good rest.

Yep! artikel ini sudah menyebar luas... cuma kita perlu saling ingat mengingati satu sama lain...

That's good! kekadang bebudak mampu menyedarkan kita terhadap sesuatu perkara secara langsung ataupun tidak.

Salam Bro Dj,

Hahaha... biasanya kat sekolah lah bebudak berdiri tegak... kat umah haram... kekadang mak bapak budak pun sama je daa! Aku pun sama je... kalu lagu negaraku... buat dek je...:( Alhamdulillah... AZAN aku hormat... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...