Followers

Pages

Thursday, February 24, 2011

Bahaya Telefon Bimbit!

Telefon bimbit boleh mengundang barah?!

Sumber: Google

24 Feb 2011

LONDON: Satu penyeledikan menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebenarnya memberi kesan kepada otak manusia, lapor pakar perubatan, semalam.

Telefon bimbit juga meningkatkan kebarangkalian untuk seseorang mendapat pelbagai penyakit contohnya seperti barah. Penyelidikan santifik terhadap beratus-ratus pengguna telefon bimbit yang terdedah kepada signal dari alat itu ketika menggunakannya boleh menyebabkan peningkatan perubahan bahan kimia di dalam otak sebanyak tujuh peratus. ‘Metabolisme otak’ ini berlaku di bahagian paling hampir dengan antena telefon bimbit - yang biasanya dipegang rapat ke kepala atau mengenai muka ketika membuat atau menerima panggilan.

Kajian menunjukkan radiasi telefon bimbit boleh merangsang sel otak. Sesetengah pakar perubatan mengatakan anda tidak sepatutnya meletakkan telefon bimbit berdekatan dengan kepala ketika tidur dan syarikat telefon bimbit juga mencadangkan supaya pengguna memakai fon kepala ketika menggunakan telefon bimbit. Penyelidikan terbaru yang dilakukan saintis ternama Amerika Syarikat, Nora Volkow itu mungkin mendorong beribu-ribu pengguna kini lebih berhati-hati ketika menggunakan alat berteknologi tinggi itu.

Pakar penyelidik di Britain menggesa lebih banyak penyelidikan dilakukan mengenai penemuan terbaru itu. Ahli sains neuro, Profesor Patrick Haggard daripada Universiti College London, berkata: “Sekiranya penyelidikan lebih lanjut mengesahkan bahawa signal telefon bimbit memberi kesan kepada metabolisme otak, amat penting untuk mengkaji sama ada ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.”

(petikan dari akhbar Harian Metro)

Artikel sebegini telah berkali-kali saya terbaca di dada akhbar mahupun di ruang siber... sejauhmanakah kesahihannya? Saya kurang pasti... Dan sejauhmana pula keprihatinan pengguna telefon bimbit itu sendiri untuk mengambil langkah inisiatif untuk mengurangkan risiko terbabit... sekirannya ada kebetulan?

Zaman hari ini adalah zaman teknologi... telefon bimbit memainkan peranan penting untuk pengguna berhubung atas pelbagai urusan... telefon bimbit menjadi keperluan penting untuk mereka yang memerlukan... tanpa telefon bimbit... sesorang itu bakal naik hantu! Ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk memiliki sesebuah telefon bimbit yang canggih...

Apapun alasan anda... jadilah pengguna bijak... bezakan mana yang baik dan buruk untuk diri sendiri... wallahualam...

Kematian!

Saban hari kita melihat dan mendengar kes kematian dari pelbagai sumber... antaranya media cetak... elektronik dan sebagainya... tidak dinafikan sesuatu kelahiran itu pasti akan diakhiri dengan kematian... persoalannya... kematian bagaimanakah yang bakal kita alami apabila tiba masanya?

Sumber: Google

Kadangkala... terasa simpati dan sedih atas kematian seseorang yang agak mengerikan dan mengaibkan... itu adalah suratan takdir... kita sebagai hambaNya wajib merima keadaan dan reda... mungkin itu adalah cara terbaik untuk si mati terbabit... Allah lebih mengetahui...

Saya percaya ramai dikalangan kita semua mengharapkan kematian dalam keadaan iman.. baik dan sempurna... maksudnya... tiada sebarang cacat cela yang ingin dibawa ke alam barzakh dan seterusnya...  begitu juga dengan saya... apapun... cuba kita muhasabah diri... adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian? Wallahualam... 

P/S: Al-Fatihah... buat mereka yang telah mendahului kita... semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan para solihin dan dicucuri rahmat... InsyaAllah...

Tuesday, February 22, 2011

Pemerhati...

Lebih kurang pukul 7:10 petang tadi... dalam perjalanan pulang dari pejabat... terserempak beberapa anggota polis bersama kereta peronda dan 2 orang warga India... salah seorang daripadanya telah mati ditembak... manakala seorang lagi sedang meraung meratapi kematian kawannya barangkali... turut kelihatan sebuah motosikal terbalik berhampiran mereka di tengah jalan... mungkin mangsa dikejar polis sebelum ditembak? 

Kita sebagai pemerhati, hanya mampu membuat pelbagai andaian dan tafsiran keatas sesuatu insiden seumpana itu... namun hanya mereka yang terbabit sahaja tahu apa punca kes sebenar...

Sebagai orang awam... kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi dikawasan sekitar... amat membimbangkan... kebanyakannya melibatkan golongan remaja... apakah ianya satu budaya peredaran zaman yang WAJIB dikuti golongan muda? Janganlah rosakkan masa depan anda dengan perkara sia-sia...

Salah TETAP salah... Jenayah membawa Padah!

Wednesday, January 12, 2011

Durian Runtuh?

Betapa untungnya menjadi pemain bola sepak kebangsaan Malaysia... Harimau Malaya nama diberi... Kemenangan agregat 4-2 yang memihak kepada pasukan bola sepak Malaysia dalam menentang pasukan Indonesia tempoh hari sekaligus menjuarai piala AFF Suzuki buat julung kalinya...

Sumber : Google

Bagaikan durian runtuh... itulah ungkapan sesuai diberi... apabila pemain-pemain terbabit dipuji dan puja sehingga menggunung ke langit... tidak kurang juga pelbagai tawaran hadiah dan saguhati yang dihulurkan pelbagai pihak... saya bukanlah iri hati dengan rezeki pemain-pemain terbabit... cuma rasa ada sedikit kejanggalan dan rimas dengan senario ini apabila dikaitkan dengan politik... Seolah-olah mereka sedang bersaing untuk menunjukkan siapa hebat dalam mempersembahkan hadiah tersebut...

Yang terbaru... kerajaan Malaysia mengumumkan pemberian insentif unit Amanah Saham Wawasan 2020 sebanyak RM50,000 dan RM15,000 imbuhan wang tunai setiap seorang... Bagaimanapun... saya melihat RM5,000 yang disumbangkan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan daripada Majlis Sukan Negara adalah WAJIB... Dan RM10,000 yang selebihnya disumbangkan oleh kerajaan adalah agak membazir... KERANA itu adalah sebahagian duit cukai yang dibayar oleh rakyat seperti saya... 25 X RM10,000 = 250,000... bukan amaun yang sedikit! Bagi sesetengah orang itu adalah amaun yang mudah dicari... tetapi tidak bagi rakyat seperti saya... Adalah lebih baik digunakan wang sebanyak itu untuk mempertingkatkan lagi kebajikan rakyat... Jangan hanya pandai menyarankan rakyat jelata menjimatkan itu dan ini... sehingga mencadangkan menanam sayuran sendiri dan menggunakan satu camca gula sehari... logiklah sedikit! Jangan hanya pandai bermain kata-kata sahaja... wallahualam...

Wednesday, January 5, 2011

Naik Lagi!

Berkuatkuasa tengah malam ini... Harga minyak RON97 dan minyak tanah naik 10 sen seliter... sekaligus melonjakan harga sebelum... RM2.30 ke RM2.40 dan RM2.40 ke RM2.50 masing-masing... maklumat lanjut sila rujuk sini... dan sini... Malas nak berhujah panjang berkenaan isu ini... Isu yang tiada kesudahan...

 Sumber: Google

Yang pasti akan kedengaran suara-suara sumbang yang berbunyi... " harga minyak negara kita masih rendah berbanding negara jiran yang lain seperti Singapura, Jepun, Amerika, England dan lain-lain... " Fikiran kelas mentaliti tersorot! Kenapa tidak dibandingkan dengan negara Brunei yang mempunyai telaga minyak seperti negara kita... dan mampu menjual minyak dengan harga yang berpatutan untuk rakyatnya? Bila bicara tentang kemajuan negara... tahu pula mereka membandingkan dengan negara yang kurang maju... untuk menujukkan negara kita jauh ke hadapan... pandai juga mereka yang berkenaan berputar belit... cuma satu saja permintaan saya... sila bandingan pendapatan rakyat kita di Malaysia dengan negara-negara maju diatas tadi... sebelum membandingkan dengan harga minyak!

Jaminan harga kekal untuk RON95 iaitu RM1.90, Diesel RM1.80 dan LPG RM1.90... kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenarannya? Jaminan sebelum ini pun tidak terjamin... apatah lagi jaminan demi jaminan yang diberi? Lihat bukti dibawah...

Sumber: Google

P/S: Tidak cukup dengan isu minyak petrol... kini timbul pula isu minyak masak! Tanda-tanda untuk menaikan hargakah itu? Jaminan tidak kukuh! Tunggu dan lihat sandiwara negara! 

Tuesday, January 4, 2011

Salam Tahun 2011

Sumber: Google

Kesibukan yang melampau melanda diri... sampai tidak terkemaskini blog ini untuk seketika... InsyaAllah akan kembali mencoret sehari dua lagi... Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 buat seluruh pengunjung dan pembaca blog ini... Azam tahun lepas tercapai? Bagaimana pula dengan azam tahun ini? Azam saya tahun lepas dibawa ke tahun ini... :p

Tuesday, December 21, 2010

Utamakan Keselamatan ANDA!

Utamakanlah keselamatan nyawa anda... hidup ini hanya untuk sekali... bukannya berkali-kali... hargailah nyawa anda... prihatin dan kasihanilah diri anda sendiri sebelum orang lain... ingatlah mereka disekeliling yang menyayangi anda... janganlah hampa dan hancurkan harapan tinggi mereka terhadap anda! Peringatan ini tidak lupa ditujukan untuk diri saya dan seluruh warga penunggang dan pembonceng motosikal khususnya...

Saban hari ulang-alik dari tempat kerja... sering terjumpa dengan mereka yang kurang peka atau memang saja dan degil tidak ambil kisah tentang keselamatan diri mereka... apa yang ingin saya kongsikan disini adalah mengenai pemakaian topi keledar... Ya! Pemakaian topi keledar yang betul dan selamat mungkin boleh menyelamat nyawa anda... 

Saya difahamkan pemakaian topi keledar separa... telah diharamkan di Malaysia... sejauh mana pelaksanaan dan kebenarannya... saya kurang pasti... sekiranya ada dikalangan anda yang tahu... sila maklum dan kongsi bersama... 

Topi Keledar Separa

Sebenarnya... berlaku satu insiden semasa saya pulang dari tempat kerja petang tadi... penunggang motosikal dihadapan saya memakai topi keledar separa... mungkin disebabkan angin dan tidak ikat tali dengan betul... tiba-tiba topi keledar tersebut terbang dan hampir mengena saya... mujur saya sempat mengelak... bagaimana sekiranya terkena saya atau pengguna jalanraya yang lain... bukankah ianya menyusahkan dan membahayakan keselamatan orang lain? Oleh kerana tidak mahu memanjangkan perkara... saya hanya menjerit Hoi! dan mengangkat tangan menunjuk tanda amaran... dan beredar...

Harapan saya... si penunggang motosikal terbabit dapat mesej yang ingin saya sampaikan... kepada pembaca blog ini... sekiranya ada diantara anda yang memakai topi keledar separa... tolong tukar kepada topi keledar yang lebih selamat... jangan pertaruhkan nyawa anda dengan topi keledar yang tidak seberapa itu...

Topi Keledar yang lebih Selamat 
Tetapi jangan pula pakai sampai macam kucing ini pakai sudahlah ya... wallahualam...

Sumber Kesemua Gambar : Google


P/S: Takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam nahas jalanraya yang membabitkan bas 2 tingkat  di Simpang Pulai... semakin menjadi-jadi kemalangan bas ini... Hanya kebetulan? Fikir-fikirkanlah...

Sunday, December 19, 2010

Saya Bukan Gay !

Sejak kebelakangan ini... isu tentang Gay hangat diperkatakan di kebanyakan blog... semakin banyak baca... semakin berderau darah tubuh ini mengenangkan mereka yang sanggup menghalalkan perbuatan terkutuk dan dilaknat itu tanpa segan silu... ada juga yang mengaku " I'm Gay... I'm Ok "... yang mengaku itu pula adalah Islam... yang bukan Islam pun memandang berat perkara jijik ini... apatah lagi yang beragama Islam? Dimana pegangan agama? Memalukan kaum sejenis saja... mereka yang terbabit ini WAJIB dikenakan tindakan tegas!

Sumber : Google 

Teringat 10 tahun lalu... ( ini adalah kisah benar saya )

Sekitar tahun 2000... seawal usia 23... masa itu baru habis belajar dan memasuki alam pekerjaan... kebetulan pihak majikan ada menyediakan kemudahan penginapan hostel untuk para pekerja mereka... untuk menjimatkan kos perbelanjaan melampau... saya mengambil keputusan untuk duduk di hostel dengan bayaran bulanan RM100 dan disediakan makan minum 3 kali sehari...

Nak dijadikan cerita... bukanlah tentang pekerjaan saya disitu... sebaliknya mengenai seorang warden yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan penginap hostel terbabit... secara fizikalnya memanglah nampak seperti orang yang berbudi pekerti tinggi dan baik akhlak... mana taknya... tutur kata yang begitu sopan - santun bila berbicara... hakikatnya tidak sebegitu... " Don't judge the book by cover " ...  mungkin ungkapan ini amat sesuai digunapakai untuk mamat warden yang lewat 40 an itu...  

Pada suatu hari... sedang menonton televisyen dibilik tv... mamat warden ini datang dan duduk di sofa hadapan saya dan memulakan bicara... macam biasa saya pun melayan segala pertanyaan yang diajukan... tiba-tiba mamat warden ini tanpa segan silu mengajak saya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu... katanya dia dah lama perhatikan pergerakan dan amat meminati saya... dan ingin melakukan hubungan bersama... serta meminta saya untuk menetapkan waktu yang sesuai untuk tujuan terbabit... Allahu Akbar... saya yang mendengar kata-katanya itu amat terkejut dan membalasnya dengan berhemah... Maaf... saya tidak berminat! " Saya Bukan Gay "... lalu beredar dari situ...

Perkara itu tidak berhenti disitu saja... sejak hari itu bila berselisih atau terjumpa... mamat warden ini akan merayu... amatlah meluat! Sampaikan saya terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga bila keluar masuk hostel... seboleh-bolehnya saya akan cuba mengelak dari terjumpa mamat kemaruk tersebut...

Sehingga akhirnya saya membuat keputusan untuk berpindah keluar dari hostel dan menyewa bersama rakan-rakan  yang lain... entah apa khabar berita terkini tentang warden tersebut... harap telah taubat dan kembali ke pangkal jalan... mudah-mudahan...

Saturday, December 18, 2010

8th Anniversary

Pejam celik - pejam celik 8 tahun sudah usia alam rumahtangga kami... atau lebih tepat kata orang wedding anniversary... ikatan hubungan suami isteri yang terjalin pada tanggal 18 Disember 2002 lalu banyak mengajar kami erti kehidupan alam rumahtangga... pelbagai dugaan dan cabaran telah diharungi bersama... Alhamdulillah ku panjatkan ke hadrat illahi atas segala nikmat yang diberi... mudah-mudahan segala impian dan harapan kami yang terbaki akan dipermudahkan olehNya...

Tidak dinafikan... kadang-kala berlakunya pergolakan atau pertelingkahan dalam hubungan suami isteri... itu adalah perkara biasa... puncanya dari pelbagai faktor... antaranya adalah cemburu... Ya! cemburu itu perlu ada... jika cemburu yang terlampau akan memudaratkan... sedangkan lidah lagi tergigit... inikan pula suami isteri? Yang penting... salah seorang harus bijak mengawal emosi dan bersabar dalam situasi begini... supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan... bila keadaan kembali tenang... sama-samalah muhasabah diri untuk kebaikan bersama...

Apapun... hanya mereka yang mengalami lebih mengetahui situasi sebenar... oleh itu... kepada mereka yang sudah berumahtangga... jagalah ikatan perhubungan anda dengan baik... usah disia-siakan amanah dan tanggungjawab yang diberi... mudah-mudahan kalian hidup bahagia dunia akhirat...

Kepada kekasih hatiku... terima kasih kerana sudi menjadi isteri yang taat dan memahami... walaupun terdapat banyak kekurangan ku dalam menguruskan rumahtangga... walaubagaimanapun... sebagai suami... abang akan cuba sedaya mampu dan terbaik buat keluarga kita... mudah-mudahan ikatan terjalin ini tidak berhenti di alam dunia... malah berkekalan ke akhirat... InsyaAllah...

Ayang.... Jom bersanding lagi... hahaha...

Sunday, December 12, 2010

Taktik Apa Pula Ini?

Lebih kurang 1.30 petang tadi... ada pesanan ringkas masuk dalam inbox telefon bimbit saya... bunyinya seperti ini... sila rujuk gambar bawah... klik gambar tersebut untuk tumbesaran... supaya dapat lihat dengan jelas...

SMS yang diterima

saya tertarik taktik terbaru si penyangak lagi penyesat barua ini untuk berkongsi sama... mereka yang berkenaan begitu ghairah dan rakus dalam kerja-kerja sebegini ini untuk terus menipu mangsa! Masalahnya... dari mana si penyangak ini dapat nombor telefon bimbit mangsa?! Bila soalan ini diajukan kepada pusat perkhidmatan pelanggan tertentu... dakwa mereka ini adalah kebetulan sahaja...kami tidak dapat berbuat apa... jadi dimana lagi kita perlu meminta bantuan supaya talian telefon bimbit tidak diganggu dengan pelbagai taktik busuk ataupun spam messages dari segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab?!

Jika diamati dengan teliti... nombor si pengirim pun tak tahu dari mana.... Mungkin anda ada pengalaman yang dapat dikongsikan bersama...

P/S: Kepada si penyangak yang menggelarkan dirinya sebagai pakcik... ini pesanan saya buat anda... pakcik kepala angguk mu! Sedarlah sebelum terlambat... mungkin anda terlepas hari ini... pasti akan tersungkur suatu hari nanti... sepandai-pandai tupai melompat... akhirnya jatuh ke tanah juga... wallahualam...   

Saturday, December 11, 2010

Dinosaur VS Predator...

Jika  kita layan predator sebelum ini... klik sini ... hari ini jom kita layan pula rangka dinosaur yang tak berapa nak besar ini... untuk pengetahuan kalian... rangka dinosaur ini tidak menggunakan sebarang skru mahupun proses kimpalan... hanya menggunakan kaedah pemasangan rapi ataupun adjust and fitting... layanzzz... selamat hujung minggu...

Gambar 1 

Gambar 2

Thursday, December 9, 2010

Harga Nyawa!

Beginilah nasib badan andai diciptakan untuk menjadi haiwan... terutamanya seperti kucing, anjing, ayam, katak dan sewaktu dengannya... hampir setiap hari terjumpa kucing yang dah kena langgar sehingga penyek diatas jalan semasa dalam perjalanan ke tempat bertugas... tidak kurang juga... kadang-kala terjumpa bangkai anjing yang sudah beberapa hari kena langgar dan sudah berbau bangkai ditepi jalan... tidak ada sesiapa peduli! Dimanakah majlis perbandaran setempat? Isu yang ingin ditimbulkan disini bukanlah mahu menyalahkan mana-mana pihak... cuma ingin persoalkan dimanakah sikap keprihatinan warga bumi tercinta yang bernama Malaysia?! Adakah sifat keprihatinan kita hanya untuk sesama manusia sahaja? Bagaimana pula terhadap makhluk Allah yang lain turut menikmati kehidupan di dunia ini?

Sumber Google

Saya kecewa dengan segelintir sikap manusia yang tidak berhati perut langsung... apasalahnya mengelak daripada dipenyekkan lagi haiwan yang sudah terbujur kaku terburai perut itu?! Kalau sudah tidak mampu mengalihkan bangkai itu... sekurang-kurangnya cubalah bersimpati... mungkin juga andaian saya tersilap atau sebaliknya... saya mengaku bahawa saya juga tidak terlepas pandang isu ini... tetapi sekurang-kurangnya saya cuba mengelak dari melanggar lagi haiwan terbabit... 

Bagaimanapula sekiranya yang kena langggar itu adalah manusia?! Lu pikirlah sendiri... Begitulah perbezaan diantara harga nyawa manusia dan haiwan... hmmm... bersyukurlah kita kerana diciptakan sebagai khalifah bumi... jangan sesekali kita lupa dan alpa terhadap pencipta Agung... Ya Allah... kau ampunilah dosa-dosa dan kealpaan kami...

P/S: Gambar diatas adalah sumber dari Google... tak sanggup saya nak berhenti nak rakam gambar bangkai haiwan itu... nanti tak pasal-pasal saya pula yang kena sondol nanti... :p

Wednesday, December 8, 2010

Bantahan Terbuka Terhadap Blog Gay Islam

Blog ini macam biskut chipsmore pula... sekejap ada... sekejap tak ada... hiksss! Jangan marah ya kengkawan... semangat keinginan untuk terus menulis itu menebal dalam diri... namun masa yang terluang agak membataskan diri untuk mencoret sepatah dua kata... walaubagaimanapun... saya akan cuba meluangkan masa untuk menulis dan tidak mahu membiarkan blog ini bersawang kembali seperti sebelum ini... saya akan kemaskini blog ini sekerap mungkin yang boleh mengikut masa terluang... itu janji saya sempena Maal Hijrah... InsyaAllah... Salam Maal Hijrah juga buat seluruh umat islam amnya dan pengunjung blog ini khasnya... semoga tahun baru Hijrah membawa seribu satu kebahagian dalam hidup kalian... dan tidak lupa untuk bersyukur kepada Allah... kerana masih memberikan ruang dan peluang untuk kita meneruskan kehidupan...

Baik... berbalik ke tajuk entri kali ini... Bantahan Terbuka Terhadap Blog Gay Islam yang makin hari makin berleluasa... Ya! Saya lebih berminat berbicara tentang Islam berbanding Melayu Islam... lebih menyeluruh... sebenarnya... tajuk entri kali ini saya petik dari blog saudara Mazidul Akmal Sidik... Beliau menyeru para blogger memberi pandangan tersendiri dengan menghasilkan satu entri khas tentang bantahan tersebut... dan saya menyahut seruan tersebut... cerita lanjut sila ke blog beliau dan baca...

Sebagai seorang lelaki... saya membantah keras aktiviti haram yang tidak sihat ini... mereka ini daripada hidup menyusahkan dan memalukan orang lain... baik tak payah hidup... ataupun hantarkan saja golongan ini ke Gaza untuk melakukan kerja-kerja amal... saya percaya dalam agama apa sekalipun... dilarang melakukan seks songsang sesama jantina... tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki ataupun wanita dengan wanita... namun saya hanya mahu menekankan disini mereka yang beragama Islam yang melakukan  seks songsang tersebut... bukankah agama sudah mengajar halal dan haram sesuatu perkara?! Dimana silapnya dan siapakah harus dipersalahkan?! Sekiranya iman seseorang itu kuat... tidak timbul isu gay ini...

Daripada mereka yang berkenaan memantau blog-blog yang menghasut dan sebagainya... saya juga ingin menyarankan mereka supaya silalah memantau blog-blog gay dan sewaktu dengannya yang wujud di Malaysia dan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit... jangan hanya melakukan sesuatu kerja untuk kepentingan politik sahaja... meluat! Selamat menjalankan tugas dengan ikhlas demi kesejahteraan bangsa, agama dan negara! Sekian...

Monday, November 29, 2010

Kreatif Bertempat...

Salam...

Daripada membuang barangan tersebut... baik kita menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk orang ramai... mari kita lihat antara barang yang dikitar semula... seperti palam pencucuh( plug motor ), skru, bolt, nut, rantai dan sebagainya digunakan untuk mencipta Predator hiasan... Biarlah kreatif kita bertempat... saya yakin setiap diri kita memilki kelebihan dan kelemahan tersendiri... namun begitu janganlah jadikan kelemahan diri sebagai penghalang untuk kita mengecapi kejayaan... cubalah kita mencari dan menyelami kemampuan diri sendiri... InsyaAllah akan membuahkan hasil... biarlah kebaikan dan kelebihan kita sentiasa mengatasi kelemahan yang ada... Mari kita layan Predator hiasan ini yang hasil dari proses kimpalan... :)

Pandangan Hadapan
Pandangan Belakang

P/S: Predator jadian ini tidak sesuai untuk dijadikan permainan kanak-kanak... lebih sesuai diletakkan di bengkel-bengkel mekanikal untuk memberi semangat dan inspirasi buat mereka yang memerlukan... :p

Sunday, November 28, 2010

Jiran Bertuah...

Salam...

Petang tadi... sekembali dari membeli barang dapur( rutin setiap hujung bulan)... stok barang kering dapur untuk sepanjang bulan... seperti biasa saya memakir kereta digaraj... tidak perasan pula salah satu tiang penahan sudah patah dilanggar orang... terkejut dibuatnya... nasib baik belum runtuh lagi garaj kereta...  tanpa berlengah... saya mengalihkan kereta dan tengok keadaan tiang terbabit...

Tiang yang Patah

Siasat punya siasat... terdapat kesan tayar kereta diatas rumput... rupa-rupanya saudara jiran rumah sebelah yang langgar semasa mengundur kereta dikawasan terbabit... itupun perkara tersebut diberitahu oleh kakak ipar yang tinggal berhampiran... apa salahnya jiran rumah sebelah itu datang meminta maaf dan memberitahu keadaan sebenar?! Bertuah sungguh dapat jiran sohai sebegini... hmmm...

Tak pasal-pasal... saya terpaksa cari kayu untuk dijadikan sebagai penahan tambahan  buat sementara waktu... semasa saya melakukan kerja-kerja memaku dan menggergaji yang turut dibantu isteri... perasan jiran sebelah rumah ada memerhatikan... namun buat tak tahu saja... seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku... mungkin jiran memilih untuk tidak memberitahu keadaan sebenar kerana semasa kejadian kami tidak ada dirumah... kalau beginilah sikap jiran-jiran sekalian... hancur... harap anda tidak mempunyai jiran seperti kami... :(

Tiang sementara

P/S: Kadang-kala menyampah dengan sikap jiran rumah sebelah... nasib badan... :(

Sunday, November 21, 2010

Aset Atau Liabiliti?

Salam...

Oleh kerana masih ramai dikalangan kita yang keliru dan tidak dapat membezakan dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan Aset dan Liabiliti... apakata hari ini kita cuba mempelajari dan memahami serba sedikit tentang  perkara tersebut...

Aset bermaksud... sesuatu perkara atau benda yang menjana pendapatan untuk kita atau dengan bahasa mudah... sesuatu perkara yang membawa duit masuk ke dalam poket kita... sebagai contoh... Aset Insan(kemahiran dan kebolehan diri sendiri), Aset Pelaburan(KWSP, ASB, Saham dan sebagainya), Aset Hartanah(rumah sewa, kedai sewa dan tanah sewa barangkali), Aset perniagaan(pelbagai jenis perniagaan) dan banyak lagi...

Untuk mendapat gambaran dengan lebih jelas tentang aliran tunai aset... mari kita perhatikan gambarajah dibawah...

Sebaliknya...

Liabiliti bermaksud... sesuatu perkara atau benda yang menyusutkan simpanan kita atau dengan bahasa mudah... sesuatu perkara yang membuatkan kita mengeluarkan duit dari poket... sebagai contoh... Hutang(pelbagai jenis hutang), Cukai( pelbagai jenis cukai), Penyelenggaraan(pelbagai jenis penyelenggaraan) dan sewaktu dengannya...

Untuk mendapat gambaran dengan lebih jelas tentang aliran tunai liabiliti... mari kita perhatikan gambarajah dibawah...

Kadangkala sesuatu benda yang kita sangka-sangkakan adalah aset bagi kita adalah liabiliti sebenarnya... contoh... rumah dan kereta yang kita miliki... kenapa dan mengapa?! Mari kita huraikan...

Rumah... kalau kita mempunyai sebuah rumah... ia dikira sebagai liabiliti... kerana rumah tersebut tidak memberi apa-apa pendapatan... melainkan kita ada beberapa buah lagi rumah yang disewakan... lagipun kebanyakan kita tidak akan beli rumah secara tunai... sudah pasti akan berhutang dengan bank untuk tempoh masa yang panjang dengan kadar faedah yang tinggi... selain itu... rumah juga memerlukan penyelenggaraan dan beberapa jenis cukai... akan tetapi rumah mempunyai nilai pasaran yang tinggi dari nilai belian kalau terletak dikawasan yang bersesuaian(hot spot)...

Kereta... juga liabiliti walaupun ia merupakan suatu kemudahan untuk kita... melainkan kita ada kereta lain yang membantu kita menambah pendapatan dengan disewakan... sebagaimana kita beli rumah... begitu jugalah kita akan beli kereta... berhutang dengan bank untuk tempoh masa tertentu dengan kadar faedah tetap tahunan... tidak dinafikan ada juga yang membeli kereta dengan tunai... mungkin jumlahnya sedikit... cuma tidak baiknya... kereta mempunyai susut nilai dan kos penyelenggaraan tinggi bila sudah berusia... rasa macam tak berbaloi... 

Jadi... cubalah kita lihat beberapa banyakkah aset yang kita miliki... ataupun liabiliti yang mengatasi... oleh yang demikian... merancanglah pengurusan kewangan dengan betul dan berkesan... marilah kita membina kedudukan kewangan kita dengan menambah sebanyak aset yang mungkin... InsyaAllah...

P/S: Harap kita sama-sama dapat memahami perbandingan diantara Aset dan Liabiliti dan memperoleh manfaat darinya... kalau komputer ini digunakan dengan cara betul dan menjana pendapatan darinya... ianya juga boleh menjadi aset... :p 

Saturday, November 20, 2010

Skim Rumah Pertamaku...

Salam...

Tanggal 15 Oktober lalu, Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan bajet 2011... antara banyak-banyak strategi yang disebut... hanya strategi Mensejahterakan Hidup Rakyat sahaja yang ingin saya mengulas sedikit... saya mengakui bahawa saya bukanlah pakar ekonomi atau pakar penganalisis yang bertauliah sepertimana yang selalunya diundang stesen-stesen televisyen untuk mengulas perkara tersebut... namun sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak... saya juga ingin bersuara... 

Bajet 2011 yang bertemakan "Tranformasi ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi"  Perdana Menteri ada mengumumkan Skim Rumah Pertamaku untuk golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang dari RM3000 sebulan untuk memiliki rumah... Dimana skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3000 sebulan. Dalam erti kata lain... pembeli rumah akan dapat pinjaman 100% tanpa perlu mengeluarkan 10% wang pendahuluan seperti mana yang lazimnya urusniaga hartanah itu dilakukan masa kini... Harus diingat skim ini hanya untuk rumah yang kosnya dibawah RM220,000 sahaja...

Pada hemat saya... mereka yang sebelum ini bergelar golongan muda (macam saya)... kini sudah bergelar tua (macam saya juga) pun masih belum mampu memliki rumah sendiri... Mengapa fenomena ini berlaku?! Terdapat beberapa faktor yang perlu diambilkira... apakah gaji seseorang pekerja itu dinaikkan saban tahun mengikut kos sara hidup semasa?! Sedangkan harga barangan keperluan melonjak seolah-olah tiada kawalan... apatah lagi dengan harga hartanah?! Makin hari makin melampau-lampau lonjakan harga rumah...

Kebetulan malam tadi... semasa menonton berita dikaca televisyen... terkeluar isu yang sama ingin saya mengulas sebelum ini... bingkisan berita tersebut memaparkan tentang kos rumah yang mahal disekitar lembah klang yang melonjak lebih 20% dari harga biasa dibeberapa kawasan bersesuaian sehingga membantutkan lagi hasrat golongan seperti  saya untuk memiliki sebuah rumah idaman... bukan rumah mewah yang saya cari... cukup sekadar ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapat berlindung dengan selesa sudah memadai... apalah sangat rumah sebegini jika dibandingkan dengan seri perdana?!

Rumah Contoh

Berbalik kepada Skim Rumah Pertamaku... Sejauh manakah skim ini dapat membantu?! Mampukah mereka yang bergantung dengan gaji bulanan dibawah RM3000 semata-mata dapat memiliki rumah?! Dengan kos sara hidup yang tidak setaraf dengan pendapatan... komitmen dengan pinjaman sewabeli kenderaan, pinjaman peribadi, dan lain-lain perbelanjaan yang berat mampukah individu terbabit mendapat kelulusan pinjaman skim ini dari institusi perbankan?! Walaupun tiada 10% wang pendahuluan dikenakan... komitmen bayaran balik bulanan pinjaman rumah sudah semestinya tinggi... Samalah seperti mereka yang membeli kereta 0% wang pendahuluan... bayaran balik bulanan adalah tinggi... pendek kata... hutang kereta bulanan +-RM500 selama 9 tahun, hutang pinjaman peribadi +-RM400 selama 5 tahun, hutang kad kredit +-RM300 untuk tempoh tertentu barangkali... jumlah tersebut sudah mencecah RM1200... belum termasuk lain-lain perbelanjaan isi rumah... dengan jaminan apakah bank akan memberi pinjaman untuk skim tersebut?!

Harapan saya pihak yang bertanggungjawab tolonglah pantau harga rumah terbabit... jika tidak ditangani masalah ini dengan segera... mungkin golongan seperti saya tidak akan dapat memiliki rumah sampai bila-bila... dan matlamat kerajaan yang mensasarkan setiap rakyat memiliki sebuah rumah selesa akan gagal akhirnya...

Kepada kerajaan Malaysia... terima kasih kerana mewujudkan skim ini walaupun tidak banyak membantu sebenarnya... mungkin perlu mencari kaedah atau jalan penyelesaian lain yang lebih baik untuk membantu golongan pertengahan dan rendah seperti kami... Wallahualam...

P/S: Peruntukan 65 juta untuk ubahsuai Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri adalah amat tidak wajar... Setiap kali bertukar Perdana Menteri... pasti ada pengubahsuaian yang dilakukan... apakah yang rosak sebenarnya... sampai berjuta-juta?! Apa salahnya jika wang sebanyak itu digunakan untuk kebajikan rakyat yang lebih utama?! Ataupun tolong bayarkan wang pendahuluan 10% untuk mereka yang mahu beli rumah... huhu... :p

Wednesday, November 17, 2010

Raya Korban... Korban Raya...

Salam...
Belum terlambat lagi saya kira... Dengan kesempatan ini saya dan isteri ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban buat semua dan khasnya buat rakan-rakan blogger serta facebooker yang setia mengunjungi blog ini... walaupun coretan saya tidak semeriah dulu... semoga kalian bergembira bersama keluarga dan sama-sama kita menghayati erti Hari Raya Aidil Adha yang sebenar dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan... mudah-mudahan memperoleh keberkatan dan keredhaan dariNya...


Pesanan ikhlas dari saya dan isteri buat kalian... sentiasalah bertimbangrasa dan bertolak ansur ketika berada diatas jalanraya... biarlah haiwan seperti lembu, kerbau, unta dan sebagainya dijadikan untuk korban... jangan pula jadikan diri kita sebahagian daripada statistik korban jalanraya... berhati-hatilah semasa memandu... ingatlah orang yang tersayang...

P/S: Saban hari rasa fobia ketika melihat kerenah manusia yang berada diatas jalanraya semasa pergi dan balik kerja... :(

Sunday, November 14, 2010

Alahai Dapur Rumahku!

Salam...

Hujan lebat yang melanda petang tadi mengakibatkan dapur rumahku banjir... hmmm mahu tak mahu... kena tunggu hujan reda baru boleh mop lantai dan kemas bagai... puncanya... bumbung zink sudah diterbangkan oleh angin kencang kuat sebelum hujan... tidak sempat untuk membetulkannya... hujan sudah mula mencurah... lagipun belum terdaya untuk melakukan kerja berat itu... huhu... 

Hujung minggu yang memenatkan saya kira... mana taknya... bangun pagi lepas bersarapan istimewa yang disediakan isteri terus gapai penyakar sampah dan menyapu rumput halaman rumah yang baru sahaja dimesin oleh tukang rumput dengan bantuan isteri... maklum sajalah... tangan masih belum kuat lagi... sarapan berat... kerja pun kena berat la... hehe...


Nasi Lemak Udang

Kemudian membasuh kereta yang penuh dengan mandian rumput dan daun kering pokok jering... pun dengan bantuan isteri juga... :) Sesudah itu... mandi dan solat zuhur... rehat seketika dan terlelap sehingga ke waktu asar... mahu tak mahu wajib bangkit dari tilam yang empuk... lagipun tak elok tidur waktu asar... boleh jadi biul...

Oleh kerana dah hampir bertahun tak servis CPU akibat malas dan menangguh kerja... hari ini terlebih rajin untuk melakukan kerja membedah siasat... akibatnya terjumpa kepulan harta karun dan telur cicak... huhu... patutlah CPU selama ini beroperasi dengan agak lembab! Harap lepas ini... CPU kembali secergas dulu... dan terus berkhidmat cemerlang untuk tuannya... belum masanya untuk mencari pengganti... dan belum termampu untuk diganti... :p

P/S: Semoga hujung minggu anda dimanfaatkan dengan baik dan sempurna... Esok bermula sudah minggu baru... kerja dan kerja... pejam celik seminggu sudah berlalu hari bermula tugas... macam gaya orang baru kerja pun ada... :p

Monday, November 8, 2010

Kembali Bertugas...

Huh! cuti sakit 2 bulan sudah tamat... ini bermakna aku perlu kembali memikul tanggungjawab kerjaya yang telah ditinggalkan sejak sekian lama akibat terbabit dalam kemalangan jalanraya tempoh hari... kurang beberapa jam sahaja lagi bakal bermula sudah rutin harian... bangun pagi... gosok gigi... cuci muka... terus mandi... kekeke...

Gambar Hiasan

Pelbagai perasaan bercampur-baur yang menggangu fikiran ketika ini... ialah sudah 2 bulan tak kerja katakan... dapat gaji pula macam biasa... seronok owh duduk rumah makan tidur2x... hujung bulan gaji masuk... siapa tak mau? Angkat kedua-dua kaki... hehehe... tapi tak baiklah makan gaji buta camtu kan? Kalau sakit lain cerita...

Kalau ikutkan... mahu pandu kereta ke pejabat esok... maklumlah tangan belum sempurna sepenuhnya... tapi difikir-fikirkan balik... daripada terperangkap dalam kesesakan jalanraya... malas pula nak memandu... dah lah kena keluar pagi-pagi dan lambat sampai rumah... minyak pun mahal... 2 hari kena isi RM10... kalau sebulan? Sendiri mau ingatlah... tak berbaloi sungguh... kalau menunggang motosikal... cepat sampai walaupun lambat keluar rumah... maklumlah boleh selok-menyelok... minyak pun jimat... seminggu isi RM8... tangki penuh... berbaloi-baloi... tapi rasa macam fobia... lagipun kemampuan untuk menunggang motosikal masih pada tahap sederhana... maknanya belum boleh merempit lagi... huhu... lagipun doktor turut menyarankan tidak melakukan kerja-kerja berat sehingga 6 bulan lamanya untuk tulang betul-betul sembuh...

Apapun... kita tunggu pagi esok... ikut gerak hati mahu naik apa? Motorkah atau keretakah? Jangan naik kereta lembu sudah... :p mungkin juga tengok keadaan cuaca... kalau hari hujan... terpaksa juga memandu kereta walaupun terpaksa bersesak... :( Tak kira apapun kenderaan pilihan kita... yang penting jangan lupa baca Bismillah dan doa naik kenderaan... " Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini bagi kami... sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya... dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah... kami akan kembali "...

P/S: Amalkanlah doa2 seharian bagi melengkapi keindahan dan kecantikan Islam sebagai agama agung... Betapa untungnya mereka yang lahirnya sebagai islam dan  matinya sebagai islam... 

Tuesday, November 2, 2010

Occupational Therapy

Anda tahu apa itu Occupational Therapy?! Dalam bahasa melayu dikenali sebagai Terapi Pemulihan Cara Kerja... Sejak balutan simen dibahagian lengan atas tangan kanan ke siku ditanggalkan pada 21 Okt 2010 lalu... saya dijadualkan untuk menghadiri sesi terapi berkenaan untuk memulihkan pergerakan otot-totot dan sendi-sendi yang sudah lama tidak digerakkan sejak ditimpa kemalangan pada 06 Sept 2010... 

Pagi nanti saya dijadualkan untuk menghadiri temujanji kedua untuk menjalani terapi tersebut... harap dapat menyempurnakannya dengan baik... InsyaAllah... Ini kerana... 28 Okt 2010 lalu... sesi terapi yang pertama agak tidak memuaskan hati... bukan tidak berpuas hati dengan pihak atau kakitangan hospital terbabit... cuma tidak berpuashati pada diri sendiri kerana tidak mampu melakukan pergerakan tangan dengan baik... lebih-lebih lagi angkat tangan menghala ke langit... sakit yang teramat sangat dan seluruh tangan kanan menggigil tak tentu hala... nak tergelak pun ada... tapi tak mampu nak gelak... tahan sakit... hasilnya tidak sampai 90 darjah tangan diangkat... setiap sesi dijalankan selama satu jam untuk melakukan pelbagai pergerakan lain...

seksi pula gambar ini

Alhamdulillah... setelah beberapa hari melakukan pergerakan tangan dirumah... dengan pelbagai cara tersendiri... akhirnya tangan mampu diangkat melebihi 90 darjah... walaupun masih tidak sempurna lurus menghala ke langgit... sakitnya berdenyut-denyut hingga ke hari ini... harap segala kesakitan yang dihadapi beransur hilang dan mampu melakukan kerja seperti sediakala untuk meneruskan kehidupan... InsyaAllah...

P/S: Bersyukur sangat kepada illahi kerana anggota badan masih sihat walaupun mengalami ketidakupayaan sementara... terkenangkan nasib mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami ketidakupayaan kekal... ertikata lain perlu mengorbankan tangan, kaki dan sebagainya... turut bersimpati :(... semoga kita semua sentiasa berhati-hati diatas jalanraya dan dihindari dari terbabit dalam tragedi yang tidak diingini...

Monday, November 1, 2010

Kemalangan Jalanraya...

Hampir setiap hari kita disajikan peristiwa kemalangan jalanraya di media cetak mahupun elektronik... kebanyakan kes yang berlaku boleh diklasifikasikan adalah berpunca dari kecuaian pemandu itu sendiri... ini tidak bermakna saya menolak ketentuan takdir secara keseluruhannya... kemalangan yang melibatkan ramai nyawa hilang adalah amat menyayat hati dan dikesali... contohnya kemalangan yang melibatkan bas ekspess di Simpang Ampat Melaka tempoh hari... yang mana megorbankan 13 mangsa dengan begitu tragis sekali...  tidak sampai sebulan... disusuli pula kes terbaru yang juga membabitkan sebuah bas terbalik di Genting Sempah Pahang... turut mengorbankan 7 mangsa dan 39 lagi cedera...

Kemalangan Ngeri

Seolah-olah tidak ada kesudahan kemalangan ngeri yang  melibatkan kematian... dimanakah silapnya?! Berbagai kempen sudah dijalankan... ribuan ringgit juga pasti sudah lebur... tapi kesannya... 0! Menurut kajian Institut Penyelidikan Jalanraya (MIROS) mendapati sebanyak 67% kemalangan jalanraya berpunca daripada faktor manusia... diikuti 28% berpunca daripada keadaan jalanraya... dan 5% lagi berpunca daripada masalah mekanikal kenderaan... secara peribadinya... saya amat bersetuju kebanyakan kemalangan berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada kecuaian diri sendiri... dan berkemungkinan besar kemalangan itu tadi boleh dielakkan...

Dari pengamatan saya sebagai salah seorang pengguna jalanraya tegar... berbagai sikap dan kerenah pemandu dan penunggang boleh disaksikan di atas jalanraya... berSMS dan cakap telepon... memotong barisan... memecut laju... tidak mematuhi undang-undang jalanraya adalah sebahagiannya... itu lumrah manusia biasa... selagi belum terkena... selagi itulah tak ingat... bila dah kemalangan... pelbagai alasan pula diberi... jalan licinlah... berek tak makanlah... tayar botaklah... macam-macam lagi... itu antara alasan mereka yang tak mati... yang mati?! Sendiri mau ingatlah...

Kadang-kala saya sendiri pun tidak terlepas dari membuat kesilapan... akibatnya saya terbabit dalam kemalangan jalanraya pada  6 Sept 2010 bersamaan 27 Ramadhan 1431 yang lalu... bahu kanan patah dan luka-luka dibahagian muka dan bibir... kini beransur-ansur pulih... punca kemalangan boleh dikategorikan dalam 67% itu... Lu pikirlah sendiri... Alhamdulillah tidak ada perkara yang memudaratkan...

Kesimpulannya... Kemalangan yang berlaku di Malaysia khususnya boleh dikurangkan sekiranya pengguna jalanraya itu sendiri berubah sikap... buang sikap mementingkan diri sendiri dan mematuhi undang-undang jalanraya... dan saya menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan lebih dedikasi... kurangkan bercakap dan terjemahkan dari tindakan...

P/S: Bersemangat pula nak kemaskini blog yang kira-kira sudah 8 bulan ditinggalkan tanpa sebarang khabar berita... harap semangat ini berpanjangan untuk menyajikan tampalan seterusnya... :p

Tuesday, March 30, 2010

Puteh Dalam kenangan

Akhirnya... dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 22:50hrs ( 28 March 2010 )... amat sukar untuk kami menerima kenyataan bahawa puteh sudah tiada lagi... apakan daya?! Kami tidak mampu melawan apa yang sudah tersurat untuknya... Kami akur dan redha dengan ketentuanNya walaupun hati ini agak berat untuk melepaskannya... mungkin itulah jalan terbaik buat puteh yang asyik termenung dan monyok sepanjang beberapa hari tanpa makan... hanya minum air sehingga saat-saat terakhirnya... 

Sesungguhnya sakaratul maut itu amat menyakitkan... ini jelas kelihatan diwajah puteh ketika nazak... syukur saya dan isteri berada disisinya ketika menghembuskan nafas terakhir... satu pengalaman yang amat pahit dan penuh keinsafan untuk kami... setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati... cuma masa akan menentukan... esok lusa mungkin giliran kita... siapa tahu?! Wallahualam...

Sedar tak sedar... hampir 10 tahun sudah puteh bersama kami... sejak saya belum beristeri lagi... kini segala-galanya hanya tinggal kenangan... tiada lagi puteh baring manja diatas dadaku... tiada lagi puteh menyahut manja panggilanku... tiada lagi puteh bergeser manja dikakiku sewaktu pulang kerja... yang pasti setiap kali makan lauk ayam... akan kami terkenangkan puteh... kerana itu adalah antara makanan kegemaran anak kesayangan kami sewaktu sihat... Ya Allah... betapa rindunya kami terhadap puteh hanya Kau yang tahu... :(

Harapan kami... puteh pergi dengan tenang... semoga rohnya dicucuri rahmat dan aman tenteram disana... InsyaAllah ada kesempatan untuk kami bertemu kembali di hari kebangkitan kelak... 

Mudah-mudahan kami telah melakukan yang terbaik buat puteh disepanjang hayatnya... segala kebaikan hanya datang dari Allah... dan segala keburukan itu hanya datang dari kami sendiri... Kau ampunilah dosa-dosa kami terhadap puteh yang dilakukan secara sedar atau tidak... Ya Allah...

Akhir kata... Selamat tinggal puteh buat selama-lamanya... kau sentiasa dihati kami... 

termenung dan monyok  beberapa hari sebelum ajal

dipangkuanku buat kali terakhir sebelum disemadikan

didalam liang lahat sebelum dikambus

Nota: Puteh... kehilanganmu amat menyedihkan... hampir setiap masa teringat gelagatmu yang mencuit hati... semoga kau aman tenteram disana... kami akan sentiasa merinduimu... :(

Wednesday, March 24, 2010

Blog Baru

Salam... 

Ingin saya memaklumkan kalian bahawa blog biz baru saya telah diwujudkan... ini alamatnya...  http://as-on9collection.blogspot.com/ ... jika ada masa terluang... sudi-sudikanlah diri untuk bertandang... kalau boleh... jadi follower sekali... :p

Untuk makluman... kami menyediakan perkhidmatan mencetak dan menyulam baju... t-shirts dan topi mengikut spesifikasi pelanggan... sekiranya anda mempunyai sebarang persatuan... kelab... fan club atau sebagainya dan ingin mencetak baju atau topi boleh hubungi saya... :) Diskaun istimewa untuk 100 pelanggan pertama... untuk keterangan lanjut... layan je blog itu... :D

Sekian terima kasih...

Friday, March 5, 2010

Kemaskini

Salam...

Waaaahh! Agak lama juga saya tidak menjenguk blog ini... rasa rindu pula nak berblogging... kesian blog aku ditinggalkan begitu saja... bukan setakat bersawang dah ni... :p

Daripada dibiarkan tanpa sebarang kemaskini... apakata saya mencoret sepatah dua untuk tatapan kawan-kawan... disamping itu boleh test market... nak tengok samaada blog ini masih hangat atau hangit seperti dulu atau tidak?! haha... hangat ke blog aku?! Perasan lebih pula... hehe... arrghh lantaklah apa orang nak kata... :p

Selamat Berblogging...

Sunday, October 25, 2009

Happy Birthday To Mylove...



Salam...

Setelah berehat panjang sempena cuti raya ( raya kan sebulan?! )... kini aku kembali mencoret sepatah dua didada blog aku yang sudah berkarat... hehehe...

Tanggal 25 October saban tahun... merupakan hari penting bagiku... ulangtahun isteri kesayanganku... dengan kesempatan ini... aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN kepada isteri kesayangan dan tercintaku... semoga dimurahkan rezeki... dipanjangkan usia... dan sentiasa berada dalam perlindunganNya...

Terima kasih sayang diatas ketabahan dan kesabaranmu dalam menempuhi kehidupan ini yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran bersama... Dengan berkat dan keredhaanNya... InsyaAllah kita mampu melakukan yang terbaik...

LOVE & MISS U FOREVER... THANKS TO BE A PART OF MY LIFE...

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri...

Kad raya Pictures, Images and Photos



Salam...

Alhamdulillah... sesudah hampir sebulan kita berpuasa... kini Syawal yang mulia bakal menjelma... Ini bermakna... seluruh umat Islam didunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri... Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta'ala menerima baik segala amal ibadah yang kita lakukan disepanjang bulan Ramadhan... marilah kita berdoa dan bersyukur keatas nikmat yang diberikanNya... Semoga kita dipanjangkan umur... diberikan kesihatan yang baik... diberikan peluang lagi untuk bertemu bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dimasa-masa akan datang... InsyaAllah...

Dikesempatan ini... saya dan isteri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Minal Aidin wal Faizin buat seluruh warga pengunjung blog ini secara amnya... tidak lupa juga... rakan-rakan blogger secara khususnya... Mudah-mudahan talian persahabatan yang dibina ini kekal abadi ke alam akhirat kelak... InsyaAllah...

Dengan ini... kami menyusun sepuluh jari... memohon ampun dan maaf keatas segala ketidak sempurnaan pada penulisan atau kata-kata yang pernah menyinggung perasaan kalian barangkali... Sebagai manusia biasa... kami juga tidak lari dari membuat kesilapan... untuk itu... marilah kita saling bermaaf-maafan di hari yang mulia ini...

Kepada rakan-rakan yang bakal pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya... kami mengucapkan selamat berangkat pulang dan kembali dengan selamat... Berhati-hati diatas jalanraya... ingatlah orang tersayang... wallahualam...

P/S: Menyambutlah Hari Kemenangan ini dengan penuh rasa bersyukur... memadai dengan menyambutnya dalam kesederhanaan... mudah-mudahan kita tidak tergolong dari orang-orang yang suka membazir...

Monday, September 14, 2009

Dugaan Bulan Puasa...

Salam...

Belum redha lagi kesedihan kami atas kehilangan Suki... kini kami diuji dengan suatu insiden yang maha berat... Ya Allah... kami mohon keampunan dariMu... Ya Allah... Berikanlah kami petunjuk dan lindungilah kami dari segala kejahatan manusia mahupun syaitan...

Seingat ku... dalam minggu kedua kita berpuasa... TV29" yang ku bayar secara ansuran selama 2 tahun habis dilangsaikan... dan 2 hari kemudiannya... TV tersebut disambar petir walaupun tiada tanda-tanda hujan lebat... lebih menyedihkan... TV tersebut tidak dipasang pun... cuma terlupa nak cabut plag... termasuk kali ini... sudah 2 kali TV ini disambar petir... dibulan puasa tahun lepas dan ini... sekali repair mahu telan +-RM550... maka tersadailah TV ini selamanya...

Perkara kedua yang datang menguji... sebahagian kucing-kucing kami didatangi penyakit misteri... muntah-muntah dan demam panas... setelah dirawat... sebahagiannya kembali pulih... dan sebahagiannya mati... Jumlah kucing kami mati minggu lepas adalah 7 ekor... termasuklah mangsa terakhir setakat ini iaitu... teman rapat isteriku yang bernama Suki... sehingga ke hari ini... kami masih terasa kehilangan yang amat besar... isteriku pula asyik menangis apabila terkenangkan Suki... Namun kami tetap redha dengan kehendak Illahi...

Dan hari ini... rumah kami dimasuki pencuri sewaktu ketiadaan kami dirumah... anggaran masa kecurian berlaku... lebih kurang pukul 11.30pm~12.30am... habis segala barang-barang kami dibilik tidur diselongkar... rasa-rasanya... mereka yang menceroboh ini sudah lama perhatikan kami... maksudnya... bila masa kami tiada dirumah dan sebagai... selalunya aku tidur agak lewat malam... lebih-lebih lagi hujung minggu... aku akan jaga sampai ke subuh... jadi tiadalah peluang untuk si pencuri ini buat onar... mungkin disebabkan itu juga... mereka mengambil kesempatan untuk mencuri lebih awal...

Setelah diselidik dengan teliti... didapati duit tabungku sudah dikebas... dengan tabung-tabung itupun dia orang kebas... aku hanya suka menabung duit syiling RM0.20 & RM0.50... anggaran duit syiling dalam tabung tersebut... RM85... boleh digunapakai waktu kecemasan... selain itu wang kertas RM10 yang ku tinggalkan dalam laci meja komputer untuk isteri turut disapu penyangak laknatullah ini...

Syukur Alhamdulillah... barangan lain seperti komputer... printer... motorsikal... tv dan sebagainya belum sempat dikebas mereka... kerana kami keluar rumah tidak lama kemudian dah pulang... kain pelekat yang ku tutup komputer pun sudah diselak... mungkin ada hajat untuk mengebasnya... TV yang baru dibeli secara ansuran sebagai pengganti TV rosak pun nampak mempunyai banyak kesan calar... hmmm.... aku terkedu... Astaghfirullahalazhim...

Dengan ini... aku menyumpah sesiapa yang melakukan kerja ini... dilanggar mampus oleh lori... hidup menyusahkan orang lain tiada maknanya... yang aku pasti sangat... ini adalah kerja mat pit2 yang berhampiran dikawasan kampungku... keluar masuk penjara berkali-kali pun tak serik-serik... binawe punya orang...

Apa yang berlaku disepanjang bulan puasa ini sedikit sebanyak mengajar kami erti kehidupan... InsyaAllah kami mampu mengharunginya dengan hati yang terbuka dan redha... kami hanya mampu berdoa supaya Allah melindungi kami dari segala kejahatan manusia mahupun syaitan... ameen..

Inilah rupa tingkap dapur yang diceroboh... telah ditutup dengan zink sementara

Berselerak

CPU dah dibuka kainnya

Almari diselongkar


P/S: Nasib baik penyangak-penyangak itu tidak mengebas tempahan kuih raya yang telah siap... kalau tidak... mahu mampus aku untuk buat semula.... :(

Friday, September 11, 2009

Tinggal Kenangan...

Salam...

Setelah beberapa hari bertarung nyawa... akhirnya kau sudah pergi meninggalkan kami selama-lamanya... Dibulan yang mulia... dihari yang baik... kau sudah meninggalkan kami... kami redha dengan keadaan... namun kami amat merasakan kehilanganmu dan sangat-sangat merinduimu diketika ini sayang... didoakan rohmu aman tenteram disana... InsyaAllah kita akan bersua kembali di hari pembalasan kelak...

Untuk pengetahuan rakan-rakan blogger... kucing kesayangan kami yang bernama Suki... telah mati akibat penyakit misteri... sebenarnya... 7 ekor kucing kami mati secara berturut-turut... Suki merupakan mangsa terbaru setakat ini... kami sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya... namun gagal... ternyata Allah lebih menyayanginya...

Kami amat menyenangi dengan kehadiran Suki dalam kehidupan kami... walaupun dianya seekor kucing... dianya tetap makhluk Allah yang memerlukan kasih sayang... perhatian dan sebagainya... kami menganggap kesemua kucing peliharaan kami adalah sebahagian daripada anggota keluarga kami...

Maafkan aku wahai rakan-rakan... aku tak mampu nak meneruskan penulisan ini... kerana terlalu sedih... apapun... terima kasih bebanyak kerana sudi membaca...

P/S: Kerja-kerja pembikinan tempahan kuih raya tergendala untuk hari ini... akibat terlampau sedih... lebih-lebih lagi isteriku... kerana dia kehilangan seorang teman... sahabat... kawan sepermainan yang manja dan baik... InsyaAllah kerja selanjutnya akan diteruskan pada keesokan hari...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...