Anda tahu apa itu Occupational Therapy?! Dalam bahasa melayu dikenali sebagai Terapi Pemulihan Cara Kerja... Sejak balutan simen dibahagian lengan atas tangan kanan ke siku ditanggalkan pada 21 Okt 2010 lalu... saya dijadualkan untuk menghadiri sesi terapi berkenaan untuk memulihkan pergerakan otot-totot dan sendi-sendi yang sudah lama tidak digerakkan sejak ditimpa kemalangan pada 06 Sept 2010...
Pagi nanti saya dijadualkan untuk menghadiri temujanji kedua untuk menjalani terapi tersebut... harap dapat menyempurnakannya dengan baik... InsyaAllah... Ini kerana... 28 Okt 2010 lalu... sesi terapi yang pertama agak tidak memuaskan hati... bukan tidak berpuas hati dengan pihak atau kakitangan hospital terbabit... cuma tidak berpuashati pada diri sendiri kerana tidak mampu melakukan pergerakan tangan dengan baik... lebih-lebih lagi angkat tangan menghala ke langit... sakit yang teramat sangat dan seluruh tangan kanan menggigil tak tentu hala... nak tergelak pun ada... tapi tak mampu nak gelak... tahan sakit... hasilnya tidak sampai 90 darjah tangan diangkat... setiap sesi dijalankan selama satu jam untuk melakukan pelbagai pergerakan lain...
Alhamdulillah... setelah beberapa hari melakukan pergerakan tangan dirumah... dengan pelbagai cara tersendiri... akhirnya tangan mampu diangkat melebihi 90 darjah... walaupun masih tidak sempurna lurus menghala ke langgit... sakitnya berdenyut-denyut hingga ke hari ini... harap segala kesakitan yang dihadapi beransur hilang dan mampu melakukan kerja seperti sediakala untuk meneruskan kehidupan... InsyaAllah...
P/S: Bersyukur sangat kepada illahi kerana anggota badan masih sihat walaupun mengalami ketidakupayaan sementara... terkenangkan nasib mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami ketidakupayaan kekal... ertikata lain perlu mengorbankan tangan, kaki dan sebagainya... turut bersimpati :(... semoga kita semua sentiasa berhati-hati diatas jalanraya dan dihindari dari terbabit dalam tragedi yang tidak diingini...
8 comments:
salam tuan
semoga cepat sembuh, ada hikmahnya..dapat merasakan kesusahan mereka yang diuji..
salam bro...
masa mula2 aku tau ko kmalangn, aku terkejut gler.. x silap, masa bulan puasa hari tu kan?? smpai bangkak2 muka dan badan ko. mujurlah ko kena x serius sngt. memang betul, ada mangsa kmalangan sampai hadapi ketidakupayaan kekal dan hilang anggota bada... mintak2 kita smua dijauhkan.. amin..
salam bro...
sabo yer..
kuatkan azam..
insyaAllah pulih la nnt..
anggap segala rintangan tu sbg cabaran dan ujian dr Allah swt...
usaha lagi jgn putus asa..
cuba dan terus cuba klu nk dpt keputusan yg baik.....
igt org sekeliling slalu bg sokongan dan doa......
klu payah sgt biar saye je yg tarik tgn tu.. hehehe
setiap yg berlaku ada hikmahnya...
ujian mengajar erti ketabahan , kesabaran dan kesetiaan sang isteri...
bersyukurlah kerana mampu menerima tarbiah ini dengan berlapang dada...
:)
semoga segera sembuh bro...salam buat sue....
Salam Imanshah,
InsyaAllah... sabar mengharungi proses penyembuhan... tq
Salam Naz,
Yup! accident 27 ramadhan... 3 hari sebelum raya... Alhamdulillah x seirus... tapi patah tangan owh... hehe...
Salam Man,
InsyaAllah akan cuba sedaya upaya utk sembuh... setakat ini alhamdulillah... walaupun masih terasa sakit2 otot... banyak ko punya tarik... hehe
Salam TC,
Yup! setuju bona... InsyaAllah redha dgn ketentuan Illahi... tq
Post a Comment