Beginilah nasib badan andai diciptakan untuk menjadi haiwan... terutamanya seperti kucing, anjing, ayam, katak dan sewaktu dengannya... hampir setiap hari terjumpa kucing yang dah kena langgar sehingga penyek diatas jalan semasa dalam perjalanan ke tempat bertugas... tidak kurang juga... kadang-kala terjumpa bangkai anjing yang sudah beberapa hari kena langgar dan sudah berbau bangkai ditepi jalan... tidak ada sesiapa peduli! Dimanakah majlis perbandaran setempat? Isu yang ingin ditimbulkan disini bukanlah mahu menyalahkan mana-mana pihak... cuma ingin persoalkan dimanakah sikap keprihatinan warga bumi tercinta yang bernama Malaysia?! Adakah sifat keprihatinan kita hanya untuk sesama manusia sahaja? Bagaimana pula terhadap makhluk Allah yang lain turut menikmati kehidupan di dunia ini?
Sumber Google
Saya kecewa dengan segelintir sikap manusia yang tidak berhati perut langsung... apasalahnya mengelak daripada dipenyekkan lagi haiwan yang sudah terbujur kaku terburai perut itu?! Kalau sudah tidak mampu mengalihkan bangkai itu... sekurang-kurangnya cubalah bersimpati... mungkin juga andaian saya tersilap atau sebaliknya... saya mengaku bahawa saya juga tidak terlepas pandang isu ini... tetapi sekurang-kurangnya saya cuba mengelak dari melanggar lagi haiwan terbabit...
Bagaimanapula sekiranya yang kena langggar itu adalah manusia?! Lu pikirlah sendiri... Begitulah perbezaan diantara harga nyawa manusia dan haiwan... hmmm... bersyukurlah kita kerana diciptakan sebagai khalifah bumi... jangan sesekali kita lupa dan alpa terhadap pencipta Agung... Ya Allah... kau ampunilah dosa-dosa dan kealpaan kami...
P/S: Gambar diatas adalah sumber dari Google... tak sanggup saya nak berhenti nak rakam gambar bangkai haiwan itu... nanti tak pasal-pasal saya pula yang kena sondol nanti... :p
4 comments:
adoilahhhhh...
tgk gambar pun hati saya dh sebak...
:(
TC,
Itu gambar dari pokcik Google... kalu yg actual pasti meraung nanti... :(
hehe, kesian juga pada sang nyanuk..asek mati nyamuk je..
Iman,
Itulah nasib sebahagian haiwan dalam kehidupan... :(
Post a Comment