Salam...
Petang tadi... sekembali dari membeli barang dapur( rutin setiap hujung bulan)... stok barang kering dapur untuk sepanjang bulan... seperti biasa saya memakir kereta digaraj... tidak perasan pula salah satu tiang penahan sudah patah dilanggar orang... terkejut dibuatnya... nasib baik belum runtuh lagi garaj kereta... tanpa berlengah... saya mengalihkan kereta dan tengok keadaan tiang terbabit...
Tiang yang Patah
Siasat punya siasat... terdapat kesan tayar kereta diatas rumput... rupa-rupanya saudara jiran rumah sebelah yang langgar semasa mengundur kereta dikawasan terbabit... itupun perkara tersebut diberitahu oleh kakak ipar yang tinggal berhampiran... apa salahnya jiran rumah sebelah itu datang meminta maaf dan memberitahu keadaan sebenar?! Bertuah sungguh dapat jiran sohai sebegini... hmmm...
Tak pasal-pasal... saya terpaksa cari kayu untuk dijadikan sebagai penahan tambahan buat sementara waktu... semasa saya melakukan kerja-kerja memaku dan menggergaji yang turut dibantu isteri... perasan jiran sebelah rumah ada memerhatikan... namun buat tak tahu saja... seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku... mungkin jiran memilih untuk tidak memberitahu keadaan sebenar kerana semasa kejadian kami tidak ada dirumah... kalau beginilah sikap jiran-jiran sekalian... hancur... harap anda tidak mempunyai jiran seperti kami... :(
Tiang sementara
P/S: Kadang-kala menyampah dengan sikap jiran rumah sebelah... nasib badan... :(
5 comments:
sabar ajalah..nasib baik jiranku ok ok je..
salam bro.. macam2 sikap manusia ni yek, dek kerana ego yang terlampau tinggi satu kemaafan sangat sukar bagi mereka.
sabar bro...
itu semua dugaan hidup berjiran..
tp pesal tak sound je jiran kuang ajo camtu...
takpelah kita doakan terbaek buat die..
nnt tersedar taw la die..
tak pon langgar je tiang umah die plak..
huhuh
Kak Lin,
Syukur...
Bro Fly,
Lama menyepi yek... itulah pancaragam manusia... :p
Man,
Malas nak sound... kang jadi kes gaduh plak... kalu aku pun ikut langgar tiang rumah dia... nanti tiada perbezaan... :p
Alhamdulillah..dikurniakan jiran2 yg baik dan prihatin... :)
Post a Comment