Salam...
Setelah beberapa hari bertarung nyawa... akhirnya kau sudah pergi meninggalkan kami selama-lamanya... Dibulan yang mulia... dihari yang baik... kau sudah meninggalkan kami... kami redha dengan keadaan... namun kami amat merasakan kehilanganmu dan sangat-sangat merinduimu diketika ini sayang... didoakan rohmu aman tenteram disana... InsyaAllah kita akan bersua kembali di hari pembalasan kelak...
Untuk pengetahuan rakan-rakan blogger... kucing kesayangan kami yang bernama Suki... telah mati akibat penyakit misteri... sebenarnya... 7 ekor kucing kami mati secara berturut-turut... Suki merupakan mangsa terbaru setakat ini... kami sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya... namun gagal... ternyata Allah lebih menyayanginya...
Kami amat menyenangi dengan kehadiran Suki dalam kehidupan kami... walaupun dianya seekor kucing... dianya tetap makhluk Allah yang memerlukan kasih sayang... perhatian dan sebagainya... kami menganggap kesemua kucing peliharaan kami adalah sebahagian daripada anggota keluarga kami...
Maafkan aku wahai rakan-rakan... aku tak mampu nak meneruskan penulisan ini... kerana terlalu sedih... apapun... terima kasih bebanyak kerana sudi membaca...
P/S: Kerja-kerja pembikinan tempahan kuih raya tergendala untuk hari ini... akibat terlampau sedih... lebih-lebih lagi isteriku... kerana dia kehilangan seorang teman... sahabat... kawan sepermainan yang manja dan baik... InsyaAllah kerja selanjutnya akan diteruskan pada keesokan hari...
7 comments:
Jangan sedih aper yang telah pergi & berlalu Amirul & Isteri!!
Hidup harus diterusakan!!!
Sabaw yer....
Nanti yang lain boleh beranak ganti pulak heehehheheh.
P/S Take Care
Kesian... walaupun seekor kucing tapi disebabkan dah rapat, selalu buat main.Ketiadaannya mesti terasa juga.
Saya dan isteri juga peminat kucing.
sedihnyaaa....
aspa pon suka bela kucen..sbb kucen2 ni kalau lama dgn kita dia memahami ape yg kita cakap...seronok rasanya wpon dia hanyalah seekor kuceng!
Namun boleh juga dijadikan teman....
semoga amirul & isteri bersabar ye..mgkn lepas ni ada kuceng pengganti Suki...
Sabar...
mungkin akan berganti dgn yang lain nanti....
Sabarlah...
jangan bersedih sgt ye....
Ya Allah ...
Suki yg manis...Allah lebig sayangkan Suki & yg lain2.
Bro,
I takut ada yg racun these late kitties. or at times tak payah guna racun, if someone cleans up floor just using dettol or any other powerful floor cleaner and the cat licks the water,could be fatal too :(
Bro & loving wifee,
Semoga Allah tabahkan hati.Jgn terlalu bersedih.Suki & the rest always be remembered as best buddies.Take care.
Ingatkan akak aje yang bila kehilangan kucing macam kematian sedara...terasa kehilangan walau pun hanya seekor kucing.
Post a Comment