Followers

Pages

Monday, November 8, 2010

Kembali Bertugas...

Huh! cuti sakit 2 bulan sudah tamat... ini bermakna aku perlu kembali memikul tanggungjawab kerjaya yang telah ditinggalkan sejak sekian lama akibat terbabit dalam kemalangan jalanraya tempoh hari... kurang beberapa jam sahaja lagi bakal bermula sudah rutin harian... bangun pagi... gosok gigi... cuci muka... terus mandi... kekeke...

Gambar Hiasan

Pelbagai perasaan bercampur-baur yang menggangu fikiran ketika ini... ialah sudah 2 bulan tak kerja katakan... dapat gaji pula macam biasa... seronok owh duduk rumah makan tidur2x... hujung bulan gaji masuk... siapa tak mau? Angkat kedua-dua kaki... hehehe... tapi tak baiklah makan gaji buta camtu kan? Kalau sakit lain cerita...

Kalau ikutkan... mahu pandu kereta ke pejabat esok... maklumlah tangan belum sempurna sepenuhnya... tapi difikir-fikirkan balik... daripada terperangkap dalam kesesakan jalanraya... malas pula nak memandu... dah lah kena keluar pagi-pagi dan lambat sampai rumah... minyak pun mahal... 2 hari kena isi RM10... kalau sebulan? Sendiri mau ingatlah... tak berbaloi sungguh... kalau menunggang motosikal... cepat sampai walaupun lambat keluar rumah... maklumlah boleh selok-menyelok... minyak pun jimat... seminggu isi RM8... tangki penuh... berbaloi-baloi... tapi rasa macam fobia... lagipun kemampuan untuk menunggang motosikal masih pada tahap sederhana... maknanya belum boleh merempit lagi... huhu... lagipun doktor turut menyarankan tidak melakukan kerja-kerja berat sehingga 6 bulan lamanya untuk tulang betul-betul sembuh...

Apapun... kita tunggu pagi esok... ikut gerak hati mahu naik apa? Motorkah atau keretakah? Jangan naik kereta lembu sudah... :p mungkin juga tengok keadaan cuaca... kalau hari hujan... terpaksa juga memandu kereta walaupun terpaksa bersesak... :( Tak kira apapun kenderaan pilihan kita... yang penting jangan lupa baca Bismillah dan doa naik kenderaan... " Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini bagi kami... sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya... dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah... kami akan kembali "...

P/S: Amalkanlah doa2 seharian bagi melengkapi keindahan dan kecantikan Islam sebagai agama agung... Betapa untungnya mereka yang lahirnya sebagai islam dan  matinya sebagai islam... 

2 comments:

Naz said...

10rm utk 2 hari?? hmm.. kira oklah tu. tp yg x bestnya kalo traffic jem. apa2 pun thanks kasi terjemahan doa naik kenderaan. semoga lekas2 sembuh mcm biasa, boleh merempit lagi tp dgn lebih berhati2... :)

amirul said...

Naz,
Yup! 2 hari telan RM10... tau takpe... sama2 kasih... InsyaAllah dah sembuh nanti bukan nak merempit saja... nak kona baring sekali... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...