اقرأ كتبك كفى بنفسك اليوم عليك حسيبا
Bacalah kitab (suratan amal) mu, cukuplah engkau sendiri, pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang engkau lakukan)
Athar Sahabat (Sayyidina Umar)
حاسبوا انفسكم قبل ان تحاسبوا وزنوا اعما لكم قبل ان توزن عليكم
Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalanmu sebelum ditimbang ke atasmu.
Kenapa Muhasabah Diri itu penting?
1. Tuntutan Aqidah ( Arahan Allah dan Rasul)...
2. Mengetahui Kelemahan... kekurangan dan kekuatan...
3. Persediaan Memperbaiki diri... keluarga dan organisasi...
4. Melahirkan keinsafan dan membentuk insan yang bersyukur...
5. Meningkatkan usaha... amalan...
6. Menyediakan bekalan...
7. Menjana Kekuatan...
8. Akan disoal di akhirat...
9. Menerima balasan syurga dan neraka...
Ciri-Ciri Muhasabah
Adakah anda telah:-
1. Menyebut nama Allah ketika bangun tidur?
2. Menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid?
3. Membaca zikir harian di waktu subuh dan pagi?
4. Memulakan hari ini dengan berdoa kepada Allah untuk mencari rezeki yang halal?
5. Memohon kepada Allah supaya di masukkan ke dalam syurga 3x?
6. Memohon perlindungan dari azab Neraka 3x?
7. Memastikan solat lima waktu berjemaah di masjid pada waktunya?
8. Melakukan solat sunat rawatib dan Tatawwu’ setiap hari?
9. Membaca wirid dan doa setiap kali selepas solat dan azan?
10. Mentadabbur tentang ayat-ayat yang dibaca serta khusyu’ dalam solat?
11. Bertaqwa kepada Allah dalam setiap pekerjaan... makan... minum dan pakaian?
12. Memuji Allah atas nikmatnya Islam?
13. Memuji Allah atas nikmat pandangan... penglihatan hati dan nikmat lain?
14. Merebut peluang berdoa Kepada Allah di saat-saat yang Mustajab
15. Membaca... mempelajari... menghafaz dan mengamalkan hari ini dengan satu ayat al-Qur’an?
16. Membaca... mempelajari... menghafaz dan beramal dengan satu hadith Rasulullah s.a.w?
17. Mempelajari Sesuatu kefardhuan dan menghadiri majlis ilmu?
18. Menjaga pendengaran... penglihatan dan pancaindera anda daripada yang haram?
19. Berselawat Kepada Nabi Muhammad s.a.w hari ini?
20. Menziarahi orang sakit hari ini?
21. Menguruskan Jenazah?
22. Menyuruh yang Ma’aruf dan mencegah kemungkaran?
23. Memberi nasihat kerana Allah?
24. Menolong... membantu muslim atau orang lain?
25. Menyempurnakan janji dan menepatinya?
26. Mengikhlaskan diri dalam setiap amalan samada zahir atau batin?
27. Besederhana ketika miskin dan kaya?
28. Menyambung hubungan dengan sesiapa juga yang memutuskan hubungan dengan anda?
29. Berlaku adil ketika marah dan suka semasa redha?
30. Memaafkan orang yang menzalimi anda?
31. Menjadikan diam sebgai berfikir... cakap sebagai zikir.... Pandangan sebagai pengajaran?
32. Berlaku kasih dan benci kerana Allah?
33. Memberi hadiah untuk menyatukan hati dan berziarah menambah kasih sayang?
34. Berfikir untuk menjauhkan rakan jahat dan memilih rakan yang baik?
35. Memelihara perkenalan dengan rakan yang baru dikenali kerana Allah?
36. Berusaha menjauhi daripada banyak ketawa?
37. Menangis kerana takut kepada Allah?
38. Beristighfar memohon keampunan kepada Allah daripada dosa dan kesalahan?
39. Berdoa Kepada Allah supaya memantapkan hati anda kepada agama?
40. Memohon ampun untuk mukmin dan mukminat?
41. Bersedekah kepada para fuqara’ dan orang-orang berhajat?
42. Memberi salam dan senyum di hadapan saudara muslim?
43. Meninggalkan sifat marah kerana nafsu dan tidak marah melainkan kerana Allah?
44. Menyucikan hati anda daripada penyakit ( iri hati... khianat... dendam... dengki... riya’ dan takabbur)?
45. Membersihkan lidah anda daripada dusta... umpat... mencela... berbalah... cakap yang sia-sia?
46. Mendidik diri dengan prasangka baik (syukur... lembut... sabar... warak... qonaah... tawakkal)?
47. Berkata : Inna Lillah wainna ilaihi rajiuun... ketika ditimpa musibah?
48. Berdoa dengan doa ini?
اللهم انا نعوذبك ان نشرك شيئا نعلمه ونستغفرك لما نعلمه
49. Menjaga sunnah Nabi meliputi perkataan dan perbuatan?
50. Mengingati mati... kubur dan hari akhirat serta kedahsyatannya?
51. Berpuasa (isnin... khamis dan 3 hari sebulan)?
52. Membaca doa khas (masuk dan keluar masjid... bilik air... makan dan ketika berpakaian)?
53. Menunaikan hak dan kewajipan ke atas:-
*Diri dan harta...?
*Kedua ibubapa...?
*Isteri dan anak...?
*Kaum kerabat dan jiran...?
*Dakwah kepada Allah...?
54. Menunaikan tugas... kerja dan amanah yang diberikan dengan baik serta sempurna?
55. Mendirikan amalan malam hari... hari jumaat ( mandi... wangian... pakaian... bacaan al-Qur’an)?
56. Menutup hari ini dengan taubat Nasuha... istighfar dalam keadaan khusyu’?
Kesan Positif Muhasabah Diri
1. Mengenali diri...
2. Tahu dan kenal Pencipta...
3. Tahu apa tujuan diciptakan... tujuan hidup dan tugas...
4. Ke mana akhirnya?
5. Apa kesudahannya?
6. Hidup bermakna dan berguna...
7. Hayatnya lebih panjang dari usianya...
8. Keluarga bahagia...
9. Masyarakat sejahtera...
10. Negara maju jaya...
Kesimpulan
- Mengakui kekurangan diri yang perlu kepada perubahan dan peningkatan untuk menjadi insan yang soleh yang mampu menjadi contoh ikutan...
- Setiap manusia perlu muhasabah diri bagi meningkatkan kualiti keimanan... ibadat... amalan dan penghayatan...
- Bekalan untuk kehidupan dunia dan akhirat...
- Ganjaran berlipatganda dan bersesuaian bagi setiap orang yang sentiasa bermuhasabah diri di sepanjang kehidupan...
Wallahualam...
6 comments:
List that I'm most thankful for!
Thanks to YOU Amirul!
Honestly, before reading this list I was pretty lost at 'finding'next course of actions (of what to do or where to begin)after entry 'Barzakh.'
Now, at least I know what my steps are (though shockingly list shows how 'far' i am from 'supposedly' done 'items').Thanks again.
Thanks for sharing. :)
Muhasabah diri memang penting. Ia satu proses 'pertimbangan'. Inilah masa kita menilai perbuatan baik buruk kita. InsyaAllah 'pertimbangan' kita lebih ke arah kebaikan.
Sebarkan lagi tentang kepentingannya bro.. Sebenarnya blog berkaitan agama dah banyak kali terangkan pasal ni tapi tafik mereka sangat kurang.. Mana tahu bila bro cuba publishkan kat sini ramai yang sedar tentang muhasabah diri ni.. Pasal gua tengok blog bro ni ramai yang singgah..
Salam..
Alangkah baiknya jugak kalau semua pemimpin negara kita turut sama bermuhasabah diri....
Jawatan yg diberi, adalah amanah Allah utk dipikul...
Allahu Akbar...
Salam Amirul..terimakasih berkongsi.. segala kebaikan akan dibalas oleh Dia jua..segala kesabaran akan mendapat ganjaran yg sewajarnya..tanpa Muhasabah diri kita tidak akan kenal Pencipta kita..kita tidak akan tahu kurang dan salah diri kita...itulah pentingnya muhasabah diri.Allahku..banyaknya kekurangan diri ini..bertimbunnya kelemahan diri ini..mudah2an muhasabah ini merubah diri kita lebih baik dari semalam..
Salam Sis Maria,
You are welcome... Sekadar berkongsi apa yg patut... semoga apa yg baik dijadikan teladan... yg buruk dijauhkan... mudah2an mendapat keredhaan Allah...
"""""""""""""""""""""""""""""""""""
Salam Cahaya,
You are welcome... Yes! Muhasabah diri mampu mempertingkatkan kualiti seseorg...
"""""""""""""""""""""""""""""""""""
Salam Encik Cerpelai,
InsyaAllah bro... yg baik kita sebar2kan buat renungan dan ikutan bersama... semoga usaha yg dilakukan mendapat keredhaan Allah...
"""""""""""""""""""""""""""""""""""
Salam TC,
InsyaAllah... Semoga mereka diberikan hidayah dan taufik utk kembali ke jalan benar... ALLAHUAKBAR3x!
"""""""""""""""""""""""""""""""""""
Walaikumsalam Kak Ida,
Sama2 kak... Yep! setuju sangat dgn pendapat akak... Insyaallah dgn muhasabah diri dpt mempertingkatkan lagi kualiti seseorg insan terhadap Penciptanya...
Post a Comment