SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:-
A. Ahli Syurga Dari Awal...
B. Ahli Neraka Dari Awal...
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga...
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):-
1. Nikmat kubur...
2. Perlindungan di Padang Mahsyar...
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat...
4. Syurga yang kekal abadi...
TARIKH TEMUDUGA:-
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini...
LOKASI TEMUDUGA:-
Di dalam kubur (alam barzakh)...
KELAYAKAN:-
Anda tidak perlu bawa siji-sijil...
Anda tidak perlu bawa pingat...
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak)...
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik... kacak atau berbadan tegap atau seksi...
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal...
PANEL/PENEMUDUGA:-
Mungkar dan Nakir...
ENAM SOALAN BOCOR:-
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:-
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda... Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi)... Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu... Ia diberi nama Izrail...
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:-
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal... yang bermaksud begini:- Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya... sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu... Jika mayat itu seorang muslim... maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup didunia akan diletakkan di kepalanya... puasanya diletakkan disebelah kanannya... zakat diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah... silaturrahim... perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya..."
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala... maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk... Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan... maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk... Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri... maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk... Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk... Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu... Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam... lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya: dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar... aku hendak sembahyang... Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini... Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya... dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wa ta'ala...Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat
insyaAllah... Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga... maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada didalamnya... Maka bertambahlah gembira mayat itu... Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya...
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala... kanan... kiri dan hujung kaki)
Sila war-warkan tawaran JAWATAN KOSONG ini kepada semua sahabat...
Wallahualam... Semoga berjaya dalam temuduga ini... Ameen... InsyaAllah...
6 comments:
I takut baca entry nih.But I like it so much!I, hence confess that I need constant reminder.
My hubby's reading this together.Thanks to you Amirul.Hubby said he wants to be my 'imam' for solah subuh(later)
Ditto to you.
P/S: I think I have some server problem that my latest entry's not updated according to real-time.It still shows my 'a day earlier' entry though I've posted new entry.Sigh....Any idea?
salam bro,
kawe pon takut bace n3 nih..
hehee..
tapi takut mcmane pon we have to face it right bro..
mati itu pasti..
syurga neraka ditentukan oleh-Nya..
kita cuma berusaha mempertingkatkan ibadah kita pada Allah swt..sujud pada-Nya..
moga kita dapat menjawab soklan bocor tersebut dgn lancar tanpa tersekat2 mcm printer aku nih..
hmm..:p
insyaAllah..
Salam Sis,
Thks for spent time to read the entry... InsyaAllah saling mengingati... supaya sentiasa berada dijalan benar...
Wow! Thks to abg Faizal too... U're welcome sis... Habis la ni xjadi Imam ke? hehe... kot jarang2 erk?
P/S: Uiks! Maybe setting problem? Pls check it? Just go to dashboard... click setting... then click formating... then see at time zone and set to (GMT+8.00) Kuala Lumpur... Cuba dulu erk? kalu x mungkin prob lain...
Walaikumsalam man,
Yep! takut camne pun kena harungi... Insyaallah selamat segalanya... soalan bocor tu belum pasti boleh dijawab sekiranya tahap Iman kita x seberapa... lidah jadi kelu utk menjawab walaupun senang... nauzubillah... minta kita dijauhkan dari susah menjawab soalan...
Salam...
Gulp... telan air liur jap sambil termenung... Terima kasih kerana meningatkan aku pasal mati...
Salam Naz,
Hehe...Sama2 kasih...
Post a Comment