Followers

Pages

Sunday, March 8, 2009

Maulud Nabi

Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :-

"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw)memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung."
Al-Araf: 157


Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem.

Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki, perempuan, dan kanak-kanak akan diadakan di bandar dan kampung sambil menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan untuk meriahkan hari Maulud mulia ini. Jamuan makan juga dianjurkan oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin.

Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.

Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :-

Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?"

Jawab mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan."

Maka Nabi S.A.W. berkata:-
"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."
Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:-

Umat Islam dibolehkan bahkan menganjurkan dan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain. Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Wallahualam...

8 comments:

MariaFaizal said...

Rasulullah saw is well-known for his highest akhlak. I'm perpetually thinking about how a normal human being to achieve akhlak as high as him. Sigh....

amirul said...

Salam Sis,
Tak mungkin manusia biasa mencapai 100% akhlak mulia seperti Nabi saw... tetapi kita manusia biasa mampu ikut@meniru setiap akhlak2 itu jika mahu... InsyaAllah selamat...

Idalara said...

Manusia pertama dibenci syaitan ialah Nabi Muhammad SAW kerana akhlak beliau yang sangat terpuji..
perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW supaya memdapat shafaat dari Baginda insyaallah..mudah2an kita diterima sebagai umat Nabi Muhammad di akhirat kelak.

Naz said...

Salam Maulidur Rasul buat Amirul dan semua kawan2...

hysman said...

RASULULLAH SAW is PERFECT..
takde manusia yg boleh menandingi BAGINDA..

lillies said...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul...semoga kita semua dapat mengikut akhlak baginda yang mulia...

amirul said...

Salam Kak Ida,
Terima kasih keatas komen sulung akak... Insyaallah kita semua diterima sebagai Umat Nabi saw di akhirat nanti... dipermudahkan juga segala urusan kita di dunia dan akhirat...ameen...

Salam Naz,
Selamat menyambut Maulidur Rasul Buat hang gak... bebanyakan selawat... :)

Salam Man,
YES! Setuju... Tapi kita sebgai umatnya... wajib mengikut dan mencontohi akhlak Baginda...

Salam Lilies,
InsyaAllah... bebanyakan selawat keatas Baginda...

Tai said...

Nabi Muhammad akhlaknya memang terpuji.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...