Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya... Dari raut wajahnya... anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat... Lalu Rasulullah menegurnya...
"Wahai anakku... kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya... "Ya Rasulullah... sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu... Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini..." Balas gadis tadi..."
"Jika tidak jadi keberatan... ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku..."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut..."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka...Keadaannya amat menyedihkan... Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata..." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak...
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil... Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya... Lantas aku bertanya ibuku... kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?"
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil... Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja...
Lalu aku terus mencari ayahku... Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi...
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal... Lalu aku bertanya kepada ayahku... "Wahai ayah... ibu sedang kehausan dan menanggung azab dineraka... Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama..."
Lalu dijawab oleh ayahnya... Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia...
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku... aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka... Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku... api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur... Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk...
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah... Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi...
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan... berdoa memohon petunjuk dari Allah... Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam...
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh... Rasulullah lantas berkata... "Wahai anakku... pulanglah..."
"Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu... Mudah-mudahan segala dosanya terampun... INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KEPADA SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA"
Sekadar Berkongsi... Wallahualam...
13 comments:
kisah ini bagus untuk diingati selalu. boleh foward kpd rakan2 yg lain. mana tau dlm ramai2 tu ada yg prangai cam hj. bakhil bin hj kedekut...
3 perkara yang ditinggal di dunia setelah meninggal dunia.
1)amalannya
2)sedekah jariahnya
3)doa anak yang soleh
Thanks for sharing. :)
Hmmm...point to ponder:
I've read somewhere that akhir zaman nanti nak cari fakir miskin pun susah (in terms of zakat & sedeqah).Pada masa tu mcm mana yea bro?
As to now, at least byk channels kita boleh sumbangkan. And I selalu sedih tengok 'Bersama Mu'
And, another question - pernah tak bro rasa doubt that 'some peeps' menangguk di air keruh (these peeps dapat untung daripada donations yg org awam beri utk suatu 'iklan' mengenai kesusahan sekelompok/or seseorang)?
e.g Kita sumbang via sms or direct tfr of $$$ to certain account utk Tsunami Acheh or Palestine etc, but ada 'pihak' yg kaut keuntungan dari situ.
terima kasih atas ingatan...semoga Allah mengampunkan kita semua..Amin
Salam Naz,
InsyaAllah ada banyak lagi kisah2 yg boleh dikongsikan...
Salam Cahaya,
Yes! that's right! U're welcome...
Salam Sis Maria,
Yes there are too many channels utk sumbang&menyumbang... cuma kita harapkan setiap sumbangan tersebut selamat sampai kepada mereka yg memerlukan... MENGHARAP sangat mereka yg bertanggungjawab menjalankan tugas mereka dengan dedikasi dan amanah...
Biarlah kita menderma dengan ikhlas... selebihnya... kita berserah kepada Allah... sekiranya ada yg seleweng...akan mendapat balasan setimpal... InsyaAllah...
Salam acu,
InsyaAllah... ameen...
Weihhhhhhhhh....
Tq x 3
ENTRY nih.....
Bini Gua dah kejip mata kat Gua aaaaaahhhhh......soh tgk anak heheheheeeheh
Gua chow dulu Sahabat...
Salam untuk semua...
Salam SAHABAT,
Padan Muka LU... kihkihkih...
Hmmm...
thanx coz sudi share dis post..
bila kita bace cite mcm ni membuat kita takut dan berpikir sejenak.moga akan memberi kesedaran terhadap diri kita sendiri & pada org lain..
InsyaAllah..
Allah Maha Adil & Pengampun..
:p
Salam Man,
InsyaAllah...
Bro, Syabas kerana mengingatkan kita semua kepada jalan kebaikkan...fikir2 kan lah...
p/s:
bak kata Dj Epoi-rezeki yg allah beri tu kita kongsikan bersama.
Salam Bro Rampage,
Sama2lah kita ingatkan antara satu sama lain... InsyaAllah...
Salam mirul..akak agak ketinggalan bila tak masuk blog...komitment dgn keja dan anak2 membataskan waktu..
Moral of the story...bnykkan bersedekah..jika tak mampu dengan harta dan wang ringgit cukup sekadar doa dan tenaga..tapi mst diingat sedekah mastilah ikhlas bukan tujuan menunjuk2..
muga semua dapat pemngambil pengajaran dr kisah ini..insyaallah.
Walaikumsalam Kak Ida,
InsyaAllah Kak... Diminta kita dijauhkan dari golongan org2 yg suka menunjuk...
Post a Comment