Sunday, January 25, 2009
Nasi Lemak Basi
Pagi ini saya telah singgah di pasar tani di kawasan saya untuk membeli stok barangan dapur untuk seminggu yang akan datang... sambil-sambil itu saya telah membeli nasi lemak bungkus di salah sebuah gerai yang menjual berbagai jenis juadah sarapan pagi…
Sampai dirumah, saya simpanlah dulu sayur-sayuran yang telah dibeli dalam peti ais, then bersedia untuk bersarapan… Astaghfirullah al-azhim… itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut selepas membuka bungkusan nasi lemak yang dibeli tadi… ( cuba anda perhatikan gambar diatas ) dah lah isi dalam bungkusan begitu, pastu basi pula… langsung hilang selera nak makan… minum nescafe je la pagi ini… apa nak jadi dengan peniaga-peniaga hari ini? Masing-masing hanya memikirkan untung sahaja! Kualiti hampeh! Kalau beginilah gaya orang melayu berniaga… hancur leburlah perniagaannya… bukan saya mendoakan… tapi anda lihatlah sendiri… mungkin juga ini salah satu sebab mengapa orang ramai lebih suka mengunjung kedai mamak…
Sepatutnya peniaga-peniaga ini lebih prihatin dalam kebersihan dan kualiti makanan yang dijual… supaya perniagaannya kekal bertahan lama… kalau makanan berkualiti dan bersih… insyaallah pembeli sendiri akan mencari gerai terbabit… Hakikatnya, berapa ramaikah peniaga yang betul-betul mengutamakan aspek kebersihan dan kualiti? Tepuk dada… tanya iman… kebanyakannya hanya memikirkan keuntungan semata-mata… janji makanan dapat dijual… sedap tak sedap belakang cerita… tak habis jual… recycle balik untuk keesokan hari... apa nak jadi?!
Nota Kaki: Ini bukanlah kali pertama saya mengalami perkara seumpana ini, sudah berkali-kali… sebelum ini pun terkena seperti kes yang sama digerai yang lain dan gerai yang satu lagi pula dengan ayam goreng berempah basi… MasyaAllah… apa nak jadi ntah?! Dunia –dunia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Saya syorkan, kita buka dulu bungkusan nasi lemak tu sebelum kita beli. Buka & lihat isi dulu. Kalau basi, on the spot pulang balik & complaint.
View Profile: Rantong
Rantong? Peniaga tersebut harus lebih prihatin dengan barangan yg dijual. Sepatutnya mereka ada keyakinan tinggi terhadap barangan mereka jual. sepertimana pembeli ada kenyakinan untuk membeli. Bukan setakat kira untung je! Anyway thanks 4 komen.
ratong..kalu bukak nnt org kedai marah.camne??tp itu hak kita sbg pengguna..am i rite??huhu..
somtime bila scr logik kalu nasi ni basi mesti kita salahkan org melayu..tp mmg da btul,bila ckp marah plak..hmm... :(
Salam Man? itu la pasal... tegur salah...x tegur pun salah... kita yang serbasalah...:(
Post a Comment