Sepatutnya aku dah pulangkan MAXIS BROADBAND ke pusat MAXIS hari ini... Disaat-saat akhir aku berubah fikiran... aku membuat keputusan untuk melanjutkan perkhidmatan MAXIS BROADBAND ini sehingga penghujung bulan Febuari... Apa dah jadi?!
Memandangkan perkhidmatan STREAMYX masih dalam proses pemasangan... entah bila lagi harus dinanti? Tiada satu tarikh khusus yang diberikan pihak tertentu... bukankah penantian itu satu penyeksaan? Untuk tempoh itu jugalah kerja-kerja online aku akan tergendala... lagipun sehari tak melayari internet... aku seolah-olah macam kena sawan...
Lantaklah...walaupun terputus-putus...terhegeh-hegeh nak membuka sesuatu laman web... aku terpaksa juga layan... janji tak putus hubungan aku dengan alam cyber... janji kerja-kerja online aku beres walaupun lambat...
Untuk MAXIS BROADBAND... kau layanlah aku dengan sebaik mungkin dalam tempoh sebulan ini... kurangkanlah kerenah hampeh kau itu dan gembirakanlah hati tuan kau seketika... boleh? Harap kau tiada masalah dengan permintaan aku...
6 comments:
Ha tulah, aku dah kata dah. Sekarang, hang kena kerap contact centre dia. lagi power kalau hang boleh kenai orang telekom dekat kawasan hang.
kesian die..
so dlm msa sbulan ni, kena belai jgn baling2 nnt die sakit itu yg asek meragam je..
:P
Salam Sedingin Salju,
Tulah pesal... :( Kalu kenai org TM pun apa dia bleh buat?
Salam Man,
kalu geram gak, aku baling je kat longkang :(
oit..agak2 ar bro..
klu buang ke longkang,duit sndirik yg masuk longkang..hmm.. :(
Salam man...
Janji aku puas hati...:)
Post a Comment