Thursday, January 22, 2009
Kesedaran Sivik
Sejauh manakah tahap kesedaran sivik seseorang ketika berada di atas jalan raya? Sikap pengguna jalanraya yang kurang prihatin bakal mengundang pelbagai masalah… Mungkin anda juga pernah mengalami apa yang saya alami… Ingin saya kongsikan serba sedikit tentang kerenah atau perangai buruk mereka yang berada atas jalanraya…
Hari ini ketika menunggang motosikal ke tempat kerja, tiba-tiba saya diludah oleh seorang pemandu lori 1 tan. Astaghfirullah al-azhim… tak pasal-pasal kena ludah diawal pagi… nasib baik kena dekat pelindung topi keledar ( wiser helmet ). Kalau tidak sudah pasti melekap kat muka! MasyaAllah… alasannya tak sengaja… tak nampak… Huh! Keluh saya… Pemandu lori tersebut masih mampu tersengih-sengih… Pernah juga dibuang puntung rokok yang masih menyala…
Itulah antara sikap buruk pemandu diatas jalanraya, kurang prihatin terhadap penunggang motosikal khususnya dan pengguna jalanraya yang lain amnya… mereka yang memandu kenderaan besar mengganggap motosikal sebagai semut barangkali…Tidakkah mereka terfikir mereka dilindungi badan ( body ) kenderaan yang mereka pandu? Penunggang motosikal adalah disebaliknya… kerana mereka melindungi motosikal… Tidakkah pemandu – pemandu ini terfikir perkara sekecil ini mampu mengundang kemalangan?
Pelbagai kempen telah dianjurkan… Beribu-ribu…berjuta-juta…berbilion-bilion barangkali dihabiskan semata-mata untuk menyedarkan pengguna jalanraya… namun apakah kesudahannya? Saban hari kita masih menerima atau membaca berita kemalangan jalanraya… tepuk dada tanya selera…
P/S: Kepada penunggang – penunggang motosikal, jangan sesekali mendekati kenderaan secara dekat. Sentiasa berwaspada diatas jalanraya. Prihatinlah kepada nyawa diri anda sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya pon nek moto gak..haha..
Mmg betul ape yg bro ckp..
Saya sokong..
Skrg ni jangan gunakan "Tepuk dada, tanya selera"..selera selalunya bgantung pada mood..Tapi guna "Tepuk dada tanya IMAN".. Iman yg kuat,lemah atau trus tak ada yg menjadkn sapa diri kita..
senyum sokmo..
Post a Comment