1. Harga gula berkemungkinan akan dinaikkan selepas Tahun Baru Cina ini seiring dengan perjanjian baru antara kerajaan dengan pembekal bahan itu,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
2. Kenaikan harga gula mungkin hanya diantara RM0.10~RM0.20 sahaja. kata menteri terbabit lagi. Saya ulangi, hanya diantara RM0.10~RM0.20 sahaja. Bagi menteri terbabit, itu hanya satu jumlah yang kecil sahaja. Tidak terfikirkah impak yang bakal diterima golongan yang kurang berkemampuan?
3. Kenaikan tersebut tidak akan dinaikan secara mendadak dan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat supaya tidak membebankan pengguna. Apa bezanya? Kenaikan tetap akan berlaku!
4. Alasan untuk menaikkan bahan tersebut tidak munasabah, iaitu berdasarkan kontrak baru kerana perjanjian yang ditandatangani sebelum ini sudah tamat hujung tahun lalu.
5. Apakah perlunya ada kenaikan bahan tersebut setiap kali ada pembaharuan kontrak? Dimanakah logiknya?
6. Kerajaan terpaksa tanggung subsidi yang tinggi sekiranya tidak menaikkan harga gula tersebut. Alasan yang cukup bijak!
7. Sejurus kenaikan ini, setiap gelas minuman yang mengandungi gula turut bakal naik harga! Alasan gula mahal.
8. Oleh yang demikian, anda sebagai pengguna yang bijak, buatlah pilihan bijak. Boikotkan saja gula! Tak makan gula pun tak mati! Kurangkan juga memesan minuman yang mengandungi gula dikedai makan, warung dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment