Followers

Pages

Sunday, April 12, 2009

Mimpi Menjadi Realiti

Salam semua...

Yang pertama sekali... maafkan hamba kerana lama tidak menyiarkan sebarang entry baru... bukannya apa... masa yang terluang agak terhad... cuma dihujung minggu terluang sedikit masa untuk menatap teratak rakan-rakan dan mengambil kesempatan untuk membuat entry baru... mungkin untuk waktu terdekat ini... hamba hanya berkesempatan melayari internet pada hujung minggu sahaja... syukur Alhamdulillah... sekurang-kurangnya ada juga sedikit masa untuk melepaskan gian berinternet... mudah-mudahan kalian memahami kesulitan yang dihadapi... terima kasih...

Berbalik kepada tajuk entry kali ini... berkenaan MIMPI... kita sebagai manusia biasa... sedia maklum bahawa mimpi itu adalah permainan tidur... kadang-kala mimpi juga membawa maksud atau petunjuk tertentu... mungkin petunjuk baik mahupun buruk... anda percaya? Tetapi terus-terang saya katakan... sudah lama saya tidak mengalami apa-apa mimpi... bertahun lamanya... mungkin tidur dalam keadaan terlalu letih barangkali... sedar-sedar dah pagi...

Disini saya ada satu kisah benar yang ingin dikongsi bersama... baru-baru ini... isteri saya telah bermimpi buruk... mimpi jiran sebelah rumah meninggal dunia... mimpi itu berlaku pada malam jumaat minggu lalu... ketika itu hamba tengah menghadap komputer membuat kerja... tiba-tiba terdengar anjing menyalak mendayu-dayu sesekali... jam ketika itu menunjuk lebih kurang 2.30am... tidak lama kemudian... isteri yang nyenyak tidur... terbangkit terkejut dan memaklumkan termimpi mak cik sebelah rumah meninggal... pada ketika itu... saya hanya menenangkannya... supaya mengucap... mimpi itu hanya permainan tidur semata-mata... usah dipercaya sangat... selang seminggu... mimpi berkenaan menjadi kenyataan... iaitu jumaat yang lepas... Subhanallah... hamba tergamam dan tidak terkata... manakala isteri sebak dan menitiskan air mata mengenangkan mimpi tersebut...

Subhanallah... maha suci Allah... ketika kami menziarahi jenazah Allahyarhamah pada malam itu... cara mereka menutup... warna kain batik panjang yang digunakan sama seperti yang digambarkan dalam mimpi isteri... untuk pengetahuan kalian... Allayarhamah dihantar ke hospital pada pagi Jumaat dengan khidmat ambulan... dan disahkan meninggal dunia jam 8.00pm pada hari yang sama... sebenarnya Allayarhamah meghidap penyakit tua dan batu karang... sudah banyak kali keluar masuk hospital... kemudian sihat kembali seketika... apapun doa kami semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman... Al-Fatihah...

Sebenarnya... saya kurang percaya dengan mimpi... tetapi akan mempercayai mimpi itu sekiranya ada melakukan solat istikharah... bagaimanapun... ianya terpulang untuk setiap individu untuk mentafsirkannya... tetapi selepas kejadian seumpama ini berlaku... terdetik hati ini untuk mengambilkira kebenaran yang mungkin boleh berlaku dalam mimpi... InsyaAllah...

14 comments:

Binjaie said...

innalillah...

MariaFaizal said...

Inna lillah hiwainna ilaihiroji'un...

Al-Fatihah kpd arwah.

However, I have goose bumps reading this entry (especially the kain batik part). I, too , haven't had any dreams for months/ or years (can't recall when the last time i had dreams)..

And, I really thought that if we dream about one's death, that particular person will have longer life. So I've heard...But none of us is immortal.

Take care & regards to your wifee.Hope she's feeling better already.

Naz said...

Salam Amirul..
Aku tumpang bersimpati. Pasal mimpi ni sebenarnya ada seribu satu miteri. Ada yg betul dan ada cuma mainan tidur. Al Fatihah untuk arwah..

joegrimjow said...

pernah gak kene
seb bek yg bgus je

Khairul Onggon said...

Inna lillah hiwainna ilaihiroji'un..... Dari Allah kita dtg, kpd Allah kita kembali... Sesungguhnya setiap yg bernyawa akan merasai mati.. Kita pun takkan terlepas walau lambat sesaat... Grrrr.. Bersediakah kita??

Nashrul Sabri said...

Salam amirul,
Maaf sebab dah lama tak bace blog amirul. Bukan blog amirul je, blog sume orang. Tak sempat nak membaca gara-gara keje yang menimbun-nimbun.

Al-Fatihah buat arwah.

echah_syed said...

org yg dikasihi ALLAH biasanyer akan meninggal pada hari jumaat atau khamis mlm jumaat..semoga rohnyer ditempatkan bersama org yg beriman.amin

combi mmg percaya pada mimpi sbb combi selalu mengalami.dan biasanyer mimpi itu menjadi kenyataan.

tapi kalo mimpi yg buruk kena cepat2 istiqfar kpd ALLAH swt.

wallahualam.

SYAbAR said...

Al-Fatihah kepada allahyarhamah jiran Amirul. Sememangnya mimpi boleh menjadi kenyataan....

Tukang cerita said...

Al-fatihah tuk dia...
nanti2, kita plak menyusul....

Darling Pya said...

ada kala nye apa yg kita mimpi m'jadi realiti...mungkin ia nya satu kebetulan...

macam acu gak
acu penah bermimpi ayah meninggal
dan kebetulan perkara tersebut memang berlaku...ayah meninggal ramadhan 2004

Al Fatihah utk jiran awak..

Dj Epoi said...

Salam....

Itulah mainan tidur yang kekadang menakutkan siut!!!

Gua kalau mimpi2 buruk....bila Gua tersedar ......terus Gua

Beristifar!!!
Mengucap
Baca Fatihah

Dan Tiup......sebelah kiri
Iyu pesan Mak Gua...yang Gua amalkan.....

Weih!!!!!!!!!!!!
Jom redah blog Gua ada OLE-Ole dari Bandung.....mana tau ada rezki Lu & kawan2 dari BLOG nih ..

P/S - Adiah dulu ponk tak mau ka!!
Syarat...nya sama... MAI REDAH ngn Isteri Lu ke rumah Gua...hehehehe

hysman said...

Inalillah dan Al-Fatihah..
semoga roh Allayarhamah ditempatkan ditempat org2 yg beriman..

mimpi dalam tidur merupakan kiamat kecil utk manusia..
jadi percaya ke tidak tepuk dada tanya IMAN..
mcm teman,teman lebih percaya mimpi istiharah.sblm tidok solat mintak petunjuk antara 2 dan Allah swt tunjuk dlm mimpi,insyaAllah teman akan ikot mimpi tu..hmm..
:)

SYAbAR said...

Apa lagi Mirul, redah je la rumah bro Dj kita tu... tunggu apa!

Idalara said...

Salam Amirul
Al Fatihah untuk Arwah..muga arwah di tempatkan di sisi insan yg beriman.
akak pernah bermimpi abah meninggal..bila tersedar pukul 2 pagi..pg2 esuk akak terus call abah...Alhamdulillah..abah sihat2..
mimpi..kata org hanya mainan tidur..
dulu sblm akak berpisah akak sering di ganggu mimpi yg bukan2..akak sentiasa ketakutan dikejar dan berlari seperti tiada kesudahan..
Alhamdulillah..
skrg..akak tk pernah lagi diganggu mimpi seperti itu..tak tahulah apa sebenarnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...