Mimie dalam liang lahad dihadapkan kearah kiblat
Selepas asar tadi... Mimie... salah seekor kucing kesayangan kami telah pergi buat selama-lamanya... sesungguhnya kami redha dengan keadaan... kami tidak sanggup tengok keadaan dia yang terseksa bertarung nyawa beberapa hari yang lalu... semoga rohnya tenang disana... sehingga ketemu kita di akhirat kelak... InsyaAllah...
Sebenarnya... ini bukanlah kali pertama kucing kami mengalami penyakit seperti ini... ada diantaranya lumpuh... memerlukan perhatian yang sepenuhnya dalam urusan hariannya... hampir sebulan juga untuk menjaga kechik ( Kucing yang lumpuh ) sehingga menghembuskan nafas terakhir... selang seminggu... diikuti pula dengan Sin Chan yang kencing berdarah... rebah sehingga mati... dan 2 minggu yang lepas... Pussy pula meninggalkan kami buat selama-lamanya... punca penyakit tidak diketahui... monyok beberapa hari dan mati tiba-tiba...
Bukannya saya tidak mahu membawa kucing-kucing itu ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut... cuma kecewa dengan layanan yang bakal diberikan oleh doktor haiwan nanti... saya kurang pasti adakah semua doktor haiwan bersikap sebegitu atau sebaliknya... kebanyakannya hanya mementingkan keuntungan daripada merawat haiwan-haiwan ini dengan ikhlas... saya bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui... saya minta maaf... sekiranya ada yang tersinggung...
Kepada rakan-rakan yang mendoakan... terima kasih yang teramat sangat... hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian... Untuk pengetahuan kalian... Mimie... Kechik dan Sin Chan adalah kucing jantan... manakala Pussy adalah kucing betina... mudah-mudahan roh mereka berada dalam keadaan tenang disana... Begitu juga dengan kucing-kucing yang telah meninggal sebelum mereka serta arnab kesayangan kami... semoga mereka akan membela kami di akhirat kelak... InsyaAllah...
P/S: Sayangilah haiwan peliharaan dengan seikhlas hati... mereka juga makhluk ciptaan Tuhan yang memerlukan kasih sayang... cuma mereka tidak dikurniakan akal yang sempurna seperti manusia...

21 comments:
Sentimental jiwa kau ni dik atas kehilagan binatang2 kesayangan. Ada hikmat buat kebaikan untuk binatang2 kerana meraka juga hamba Allah. Tahniah atas keprihatinan anda dan teruskan nilai2 murni itu lebih2 lg pada makhluk Allah bernama MANUSIA.
salam..
amirul. sedehnye.. kembali juga mimie ke pangkuan Penciptanya..
mengikut pe yg diterangkan oleh amirul tntg simptom2 kuceng2 tuh, Dak Nuee nk bagi pndgn..
Sekor kuceng Nuee dulu gitu b4 die mati. monyok, x mkn bnyk ari, xnk msk umah, tdo kat luar jek..bile die nk mati, kuar muntah wane kuning busuk skali.. Tnye kat vet, die ckp mybe terkena patukan ular, serangga bisa atau termakan racun yg x kuat seperti racun rumpai n sebagainye..
Jgn bwk vet krajaan. Nuee da bnyk kali kna. Diowang x peksa bebetul. kat tmpt Nuee de vet bagus. Tapi mhl nk mampos. But, ok..
Anyway..tabahkan ati. Kalo kita berbakti n syg pd haiwan 2, mereka akn doakan kebahagian kite. Haiwan pon phm prasaan kite..
Sedeh la nengok Mimie nih...
Ala, ciannya...sedih la pulak!
Sabar ye.... :D
Amirul,
I'm sorry you have to experience series of losses of dearest furry friends. You've been kind to them & I'm sure the angels & those felines've been praying for your prosperity & happiness, InsyaAllah...
And, you are very particular in burial of these cats too! (kiblat facing) I regret I did not do the same.
Normally if we take our cats with serious illnesses to vet, we'd be advised to put them to sleep. I'm not sure if this is allowed in Islam.
I understand how you feel & those furry friends that gone/RIP, we'll definitely remember them by heart. Though they only stayed with us for a short while, but we'll never forget each of them as each is really unique (how they look like & behaviour too!).
Just like children...
Take care bro.
Salam takziah dari aku sahabatmu, aku pun bela kucing jugak tapi seekor satu, memang aku pun penah lalui keadaan ini...semoga kau tabah tanpa mereka...sob..sob
Salam takziah bro, penjagaan yang sempurna oleh bro semasa hayatnya masih ada di dunia pasti ada rahmat yang memayungi kehidupan bro sekeluarga.
Bro seorang yang perihatin dan sifat mulia bro patut dicontohi oleh segenap manusia.
Kehilangan pets memang menyedihkan.
Memang sesetangah vet tak buat kerja diorang betul2, especially gov punya (gov jugak kena).
Kalau ingat balik, kucing Pepper pun pernah kena macam Mimie. Pastu mak cakap, mungkin termakan racun tikus jiran sebelah, sebab dia buang racun tu belakang rumah. tak disposed betul2.
aritu ade sekor kucing tetiba dtg kat umah combi pastu terus mati kat bwh garaj..adehh
combi rasa dia mmg dah smpi masa sbb tu landing cantek kat umah combi.
abe combi kebumikan dia.. :)
salam bro..
sabo yea..
die kembali pada Penciptanya..
kucing binatang kesayangan Rasulullah SAW..
Takziah bro.
Lama dulu dua ekor kucing aku (ciku & ciki) pun mati juga. Masa tanam siap hujan renyai lagi.
Memang syahdu.
Salam bro..
Mungkin kematian lebih baik utk Mimie. Semoga dia tenang di sana...
Simpati pada kucing bro..
Gua pun pernah jadi camtu gak dulu..
P/S: Sayangilah haiwan peliharaan dengan seikhlas hati... mereka juga makhluk ciptaan Tuhan yang memerlukan kasih sayang... cuma mereka tidak dikurniakan akal yang sempurna seperti manusia...
Sob...Sob....Sob....
Gua tumpang bersedih beb!!!!!
sedeynyee
dlu ade gak
zubaidah namanye
sedey je
xsempat nak tnam
sbb perut terburai///
Salam Kak Syabar,
Memang hati ini tersentuh tatkala binatang2 kesayangan kami pergi tanpa kembali... Mudah2an mereka berada dlm keadaan tenang disana...
InsyaAllah nilai2 murni itu tersemat didlm jiwa ini secara semulajadi... Kadang-kala... terfikir... lebih baik berbakti kepada hawian bebanding manusia... namun... akan ku bahagikan secara samarata... InsyaAllah...
===================================
Walaikumsalam Dak Nuee,
Memang kami sedih... tapi nak buat macammana... Allah lebih sayangkan makhluk ciptaanNya... InsyaAllah akan ketemu jua di akhirat kelak...
Terima Kasih atas pandangan yg diberi... Actually... kami bawa kucing2 ini ke klinik swasta... tak semua klinik swasta perkhidmatannya bagus... kekadang lebih teruk dari klinik kerajaan...
===================================
Salam Ixora,
Yup! memang kesian... :(
===================================
Salam Sis Maria,
InsyaAllah... mereka akan mendoakan kebahagian kami...
Saya berbuat begitu kerana...mereka juga ciptaan Tuhan yg satu... biarlah mereka pun hadap kiblat menyaksikan kehebatan Tuhan yg sekalian alam...
Wonder... tetapi jika sakit itu menyeksakan si kucing's itu... maka hukumnya adalah harus utk mematikannya secara baik...
Thks 4 understanding... Yes! kehidupan ini hanya sementara... apepun thks a lot atas keprihatinan anda... have a good day...
===================================
Salam Binjaie,
Terima kasih atas ucapan itu...terima kasih juga sudi berkongsi... InsyaAllah sama2lah kita tabah...
===================================
Salam Fly,
Terima kasih atas ucapan... Mudah2an... InsyaAllah segala perbuatan baik akan dibalas baik... begitu juga sebaliknya...
===================================
Pepper,
Yes! amat ,menyedihkan... diingatkan... tak semua vet. gov. begitu... kekadang vet. swasta 2x5 je... nak untung je lebih...
Terima kasih kongsi kisah kucing pepper...
===================================
Salam Kak Combi,
Mungkin ada hikmah disebaliknya... bagus2... sifat yg terpuji... kerana sanggup tanam kucing tersebut... kekadang ada org yg pakai campak je kat mana2...
===================================
Walaikumsalam Man,
InsyaAllah kami redha... masanya sudah sampai... nak buat camna? Masa kita juga akan sampai... setiap yg bernyawa pasti akan menemui mati...
===================================
Salam Bro caturist,
Terima kasih...
Turut bersimpati... masa saya tanamkan Mimie pun hujan renyai juga... seolah2 langit pun meratapi pemergiannya... mungkin juga rahmat Allah... apepun... bebanyakan bersabo...
===================================
Walaikumsalam Naz,
Mungkin juga... InsyaAllah...
===================================
Salam Bro cerpelai,
Simpati anda amat dihargai... terima kasih...
===================================
Salam Bro Epoi,
Terima kasih atas kesimpatian anda... usah nangis2 ye...
===================================
Salam Joe,
Kesian kat zubaidah... sepatutnya perlu ditanam juga...
Salam Amirul...amirul ni kira2 mcm abah akak..syg betul dgn kucing...dijaga dan disayang mcm anak dia..abah akak mst cakap kucing tu haiwan kesayangan Nabi..bila cucu2 dia buat tak baik kat kucing dia..sedih baca kisah kucing amirul ni...insyaallah kebaikan akan di balas dgn kebaikan juga...
p/s...nama mimie tu nama bespren akak tau.
Ciannya kat depa.Mati dlm masa yang serantak..isk3.
Sabo2..
saba la ek....
tentang doc, yes memang ada doc yg acuh tak acuh bg treatment just because cat is animals. But, tak semua mcm tu...
=)
cheers!
Tiba2 teringat kucing2 Cahaya yang berbelas ekor di rumah. Teringat juga bila mereka memanggil dan mencuit.
**Orang kata, yang bela kucing ni manja. Betul ke?
tak pe2. selagi kita jaga
selagi tu haiwan tu turut doakan kita.ifti dulu
kalau kucing meninggal ifti siap kafankan, siap renjis2 air mawar, mandi kan lepas tu kebumi ngada kiblat gak (mula2 org gelak je)
tapi lama2 sume org phm.
pengalaman ifti jaga kucing, kucing yg lumpuh besenye disebabkan gigitan nyamuk. pernah dgr cikunguya? kalau manusia pun sampai lumpuh kejap, kucing apatah lagi. hari tu, kucing ifti kena gitu. kaki kejang. tiba2 jalan seret kaki. menangis2 dia. apa yg kami buat ialah, bg minum air kelapa fresh. every 3 hours. setiap kali kami suapkan Gabby, kami suap 7 sudu. make sure sorg pegang kucing takut dia meronta2.pastu setiap kali nak tidur, kami pastikan dia tidur dalam 'kelambu'. benda ni mmg works. within 3 days, kembali pada asal.Kalau kucing cirit - birit, jangan bagi minum susu. Sebab susu merupakan salah satu drinks yang pesakit cirit birit kena avoid. Jaga kucing ni, kalau boleh elak bagi makan daging dan ikan goreng. Daging sebab blh panaskan badan dia. Ikan goreng oily (bg mslh kt penghadaman dia). So, the best is, rebus organ2 dalaman ikan (yang kita salu buang bila siang ikan. rebus tanpa garam. rebus kosong. Then, letak dalam peti sejuk. if nak guna baru keluarkan. bulu kucing shiny, perut tak de mslh. Tapi kalau letak dlm peti tu, jgn la sampai SEBULAN..huhu..kami bese letak smapi 2 minggu je. ok.panjang plak komen. tp demi kucing2 tersayang, tak pe take time..huhu
Ukk.. salam takziah.. mmg sedih kalu hilang sesuatu yg kita syg.. Yg pergi tetap pergi.. semoga khidupan ceria2 selalu mcm biasa kembali..
Post a Comment