Followers

Pages

Thursday, April 23, 2009

Puisi Berlagu

Sejenak ku dikejutkan oleh

Gelombang gelora cinta

Tatkala menghempas ke batu

Pecah bagaikan hatiku...


Tatkala daku merenung bulan

Tersenyum purnama merindu

Bintang-bintang berkerlipan

Tiada penghujung dituju...


Awan mendung berarak lembut

Ditiup angin hembusan bayu

Cinta suci cinta yang agung

Kasih sayang tiada penghujung...


Hatiku ini dimiliki

Seorang insan yang bernama isteri

Walau hebat godaan melanda

Setianya disisi...


Hatiku berkata-kata

Mimpi itu sungguh indah

Walau dugaan yang melanda

Ku tempuh dengan tabah...


Pahit manis kehidupan

Indahnya alam ciptaan Tuhan

Cinta sang puteri ditaman

Projek fantasia Dj epoi ku pamerkan...

Mamat Handsome Dj epoi... gambar ini disnap ketika melawat tapak projeknya di Manjalara... Sebab itu dia duduk posting seperti Raja bersidang... walaupun ada tanda ( THANK YOU FOR NO SITTING ) di atas meja... kih3x...

Wednesday, April 22, 2009

Puisi Kekasih

C - Cahaya Itu Sungguh

I - Indah... Seindah

N - Nikmat Yang Tak

T - Terungkap... Biarlah

A - Aku Pasrah


S - Syurga Itu Sungguh

A - Abadi... Buat Insan

Y - Yang Mengerti... Erti

A - Amalan Yang Tak Di

N - Nilaikan... Oleh Gambaran

G - Gelora Dihati...

Monday, April 20, 2009

Nostalgia

Salam...

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit kisah silam ku di alam zaman kanak-kanak... sesekali teringatkan kengkawan sekampung yang entah berada dimana sekarang... masing-masing mempunyai haluan hidup yang telah ditentukan oleh Illaihi seperti diriku jua... ahh... betapa rindunya aku kepada kengkawan sekampung... sekiranya aku mampu kembali ke zaman itu... mahu aku perbetulkan segala kekurangan yang ada ketika itu... mungkin aku ada menyakiti hati kengkawan ku tanpa disedari... namun apakan daya... waktu itu tidak mungkin akan berulang kembali... masa itu berlalu tanpa pernah menunggu kita... itulah yang dinamakan kehidupan...

Saya yakin... rakan-rakan sekalian juga mempunyai kisah tersendiri ketika zaman kanak-kanak... seperti aku juga... bagi aku... itu adalah waktu yang tidak dapat aku lupakan... seronoknya pada masa itu... sukar digambarkan... alangkah bagusnya sekiranya aku mampu memutarkan semula hidup ini ke alam kanak-kanak... tetapi apakan daya... itu sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan...

Teringat aku... ketika itu aku adalah antara yang buas dan lasak... suka membuli kengkawan... tapi pelik... permainan yang aku bermain dengan kengkawan sekampung pada masa itu tentu kalian tak akan percaya... permainan yang setiap petang aku bermain adalah seperti polis entri... nenek-nenek... lompat getah... bola rondes... cikgu-cikgu... batu seremban... tudung botol... tenteng... galah panjang... baling selipar... congkak... konda-kondi... lastik... tembak-tembak... aku ingat lagi... betapa susah payahnya kami membuat senapang sendiri dengan menggunakan kayu-kayan yang telah dibuang... pelurunya pula kami gunakan buah getah ataupun ceri... al-maklum sajalah... zaman kanak-kanak kita dahulu mana ada macam sekarang? Betapa untungnya bebudak sekarang... mintalah apa saja yang mereka nak... pasti ibubapa menunaikan hasrat mereka... dan lagi permainan yang aku masih ingat pondok-pondok... masak-masak... jual-jual... mak-mak... berbasikal sekeliling kampung dan sebagainya... sesekali pula aku dengan kengkawan pergi terjun sungai... bila balik rumah pasti akan kena ligan dengan bapa aku... mahu aku lari sekeliling kampung dikejarnya... kelakar pun ada bila terkenang waktu-waktu itu...

Untuk pengetahuan kalian... kengkawan sekampung aku bukan hanya terdiri dari golongan lelaki sahaja... perempuan pun tak kurang ramainya... alah... biasalah kan... nama pun kanak-kanak... cuma aku terkilan... kerana kesemua mereka entah dimana ketika ini... kami tidak berhubung lagi... mungkin ada diantara mereka yang telah berjaya dalam hidup... ataupun mungkin juga sudah tiada lagi dalam dunia ini... wallahualam... apapun keadaan... doa aku sentiasa mengiringi kengkawan sekalian... sekiranya ditakdirkan... InsyaAllah akan bertemu jua akhirnya...

Thursday, April 16, 2009

Award From Dak Nuee

Salam...

Alhamdulillah... dapat award lagi... kali ini dapat dari rakan blogger Dak Nuee... pun seorang cikgu juga... laman terataknya... http://nueerin.blogspot.com/ ... sila-silalah melawat teratak rakan ini... banyak kisah asam garam menjadi seorang pendidik...

Kepada Dak Nuee... terima kasih bebanyak... kerana memanjangkan award ini kepada hamba... dengan ini... makin bertambah sudah koleksi award dalam teratak hamba...

Tidak lupa... hamba ingin memanjangkan award ini kepada semua rakan-rakan yang mengikuti teratak hamba... jika menyebut seorang-seorang... mau terpengsan aku...

Oleh itu... kesemua 47 pengikut ( follower )... dengan segala hormatnya anda dijemput untuk mencilok award ini dan pamerkan di blog masing-masing... Yang mana sudah dapat award ini... abaikan jelah... kalau nak ambil lagi pun tak mengapa...

Sunday, April 12, 2009

Mimpi Menjadi Realiti

Salam semua...

Yang pertama sekali... maafkan hamba kerana lama tidak menyiarkan sebarang entry baru... bukannya apa... masa yang terluang agak terhad... cuma dihujung minggu terluang sedikit masa untuk menatap teratak rakan-rakan dan mengambil kesempatan untuk membuat entry baru... mungkin untuk waktu terdekat ini... hamba hanya berkesempatan melayari internet pada hujung minggu sahaja... syukur Alhamdulillah... sekurang-kurangnya ada juga sedikit masa untuk melepaskan gian berinternet... mudah-mudahan kalian memahami kesulitan yang dihadapi... terima kasih...

Berbalik kepada tajuk entry kali ini... berkenaan MIMPI... kita sebagai manusia biasa... sedia maklum bahawa mimpi itu adalah permainan tidur... kadang-kala mimpi juga membawa maksud atau petunjuk tertentu... mungkin petunjuk baik mahupun buruk... anda percaya? Tetapi terus-terang saya katakan... sudah lama saya tidak mengalami apa-apa mimpi... bertahun lamanya... mungkin tidur dalam keadaan terlalu letih barangkali... sedar-sedar dah pagi...

Disini saya ada satu kisah benar yang ingin dikongsi bersama... baru-baru ini... isteri saya telah bermimpi buruk... mimpi jiran sebelah rumah meninggal dunia... mimpi itu berlaku pada malam jumaat minggu lalu... ketika itu hamba tengah menghadap komputer membuat kerja... tiba-tiba terdengar anjing menyalak mendayu-dayu sesekali... jam ketika itu menunjuk lebih kurang 2.30am... tidak lama kemudian... isteri yang nyenyak tidur... terbangkit terkejut dan memaklumkan termimpi mak cik sebelah rumah meninggal... pada ketika itu... saya hanya menenangkannya... supaya mengucap... mimpi itu hanya permainan tidur semata-mata... usah dipercaya sangat... selang seminggu... mimpi berkenaan menjadi kenyataan... iaitu jumaat yang lepas... Subhanallah... hamba tergamam dan tidak terkata... manakala isteri sebak dan menitiskan air mata mengenangkan mimpi tersebut...

Subhanallah... maha suci Allah... ketika kami menziarahi jenazah Allahyarhamah pada malam itu... cara mereka menutup... warna kain batik panjang yang digunakan sama seperti yang digambarkan dalam mimpi isteri... untuk pengetahuan kalian... Allayarhamah dihantar ke hospital pada pagi Jumaat dengan khidmat ambulan... dan disahkan meninggal dunia jam 8.00pm pada hari yang sama... sebenarnya Allayarhamah meghidap penyakit tua dan batu karang... sudah banyak kali keluar masuk hospital... kemudian sihat kembali seketika... apapun doa kami semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman... Al-Fatihah...

Sebenarnya... saya kurang percaya dengan mimpi... tetapi akan mempercayai mimpi itu sekiranya ada melakukan solat istikharah... bagaimanapun... ianya terpulang untuk setiap individu untuk mentafsirkannya... tetapi selepas kejadian seumpama ini berlaku... terdetik hati ini untuk mengambilkira kebenaran yang mungkin boleh berlaku dalam mimpi... InsyaAllah...

Sunday, April 5, 2009

Lambaian Terakhir

Mimie dalam keadaan kaku

Mimie dalam liang lahad dihadapkan kearah kiblat

Selepas asar tadi... Mimie... salah seekor kucing kesayangan kami telah pergi buat selama-lamanya... sesungguhnya kami redha dengan keadaan... kami tidak sanggup tengok keadaan dia yang terseksa bertarung nyawa beberapa hari yang lalu... semoga rohnya tenang disana... sehingga ketemu kita di akhirat kelak... InsyaAllah...

Sebenarnya... ini bukanlah kali pertama kucing kami mengalami penyakit seperti ini... ada diantaranya lumpuh... memerlukan perhatian yang sepenuhnya dalam urusan hariannya... hampir sebulan juga untuk menjaga kechik ( Kucing yang lumpuh ) sehingga menghembuskan nafas terakhir... selang seminggu... diikuti pula dengan Sin Chan yang kencing berdarah... rebah sehingga mati... dan 2 minggu yang lepas... Pussy pula meninggalkan kami buat selama-lamanya... punca penyakit tidak diketahui... monyok beberapa hari dan mati tiba-tiba...

Bukannya saya tidak mahu membawa kucing-kucing itu ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut... cuma kecewa dengan layanan yang bakal diberikan oleh doktor haiwan nanti... saya kurang pasti adakah semua doktor haiwan bersikap sebegitu atau sebaliknya... kebanyakannya hanya mementingkan keuntungan daripada merawat haiwan-haiwan ini dengan ikhlas... saya bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui... saya minta maaf... sekiranya ada yang tersinggung...

Kepada rakan-rakan yang mendoakan... terima kasih yang teramat sangat... hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian... Untuk pengetahuan kalian... Mimie... Kechik dan Sin Chan adalah kucing jantan... manakala Pussy adalah kucing betina... mudah-mudahan roh mereka berada dalam keadaan tenang disana... Begitu juga dengan kucing-kucing yang telah meninggal sebelum mereka serta arnab kesayangan kami... semoga mereka akan membela kami di akhirat kelak... InsyaAllah...

P/S: Sayangilah haiwan peliharaan dengan seikhlas hati... mereka juga makhluk ciptaan Tuhan yang memerlukan kasih sayang... cuma mereka tidak dikurniakan akal yang sempurna seperti manusia...

Aku Kembali

Salam Semua...

Maaf lama menyepi... Aku hilang mood nak update teratak ini seketika... bukannya apa... cuma... aku sedih tengok salah seekor kucing kesayangan aku sakit tenat... selang beberapa minit menggelupur... seolah-olah kena sawan... kesian sangat... orang rumah aku lagilah... menangis-nangis tengok keadaan kucing itu... Kucing itu diberi nama Mimie... aku dan isteri pasrah sekiranya sudah sampai waktu untuk Mimie pergi meninggalkan kami... Kami redha... cuma kami tak sanggup tengok keadaan si Mimie yang terseksa...

Ya Allah... Kau ampunkanlah segala dosa-dosa kami... Kau ampunkanlah dosa-dosa Mimie... salah seekor kucing kesayangan kami... Kau permudahkanlah sakaratul mautnya... kami redha dengan keadaan... ameen... ameen... ya rabbul alameen...

Kepada rakan-rakan... turut doakanlah kesejahteraan makhluk-makhluk Tuhan sekalian alam... Terima kasih... InsyaAllah akan aku kembali dengan entry-entry yang baru... sehingga berjumpa lagi... wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...