Followers

Pages

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri...

Kad raya Pictures, Images and Photos



Salam...

Alhamdulillah... sesudah hampir sebulan kita berpuasa... kini Syawal yang mulia bakal menjelma... Ini bermakna... seluruh umat Islam didunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri... Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta'ala menerima baik segala amal ibadah yang kita lakukan disepanjang bulan Ramadhan... marilah kita berdoa dan bersyukur keatas nikmat yang diberikanNya... Semoga kita dipanjangkan umur... diberikan kesihatan yang baik... diberikan peluang lagi untuk bertemu bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dimasa-masa akan datang... InsyaAllah...

Dikesempatan ini... saya dan isteri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Minal Aidin wal Faizin buat seluruh warga pengunjung blog ini secara amnya... tidak lupa juga... rakan-rakan blogger secara khususnya... Mudah-mudahan talian persahabatan yang dibina ini kekal abadi ke alam akhirat kelak... InsyaAllah...

Dengan ini... kami menyusun sepuluh jari... memohon ampun dan maaf keatas segala ketidak sempurnaan pada penulisan atau kata-kata yang pernah menyinggung perasaan kalian barangkali... Sebagai manusia biasa... kami juga tidak lari dari membuat kesilapan... untuk itu... marilah kita saling bermaaf-maafan di hari yang mulia ini...

Kepada rakan-rakan yang bakal pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya... kami mengucapkan selamat berangkat pulang dan kembali dengan selamat... Berhati-hati diatas jalanraya... ingatlah orang tersayang... wallahualam...

P/S: Menyambutlah Hari Kemenangan ini dengan penuh rasa bersyukur... memadai dengan menyambutnya dalam kesederhanaan... mudah-mudahan kita tidak tergolong dari orang-orang yang suka membazir...

Monday, September 14, 2009

Dugaan Bulan Puasa...

Salam...

Belum redha lagi kesedihan kami atas kehilangan Suki... kini kami diuji dengan suatu insiden yang maha berat... Ya Allah... kami mohon keampunan dariMu... Ya Allah... Berikanlah kami petunjuk dan lindungilah kami dari segala kejahatan manusia mahupun syaitan...

Seingat ku... dalam minggu kedua kita berpuasa... TV29" yang ku bayar secara ansuran selama 2 tahun habis dilangsaikan... dan 2 hari kemudiannya... TV tersebut disambar petir walaupun tiada tanda-tanda hujan lebat... lebih menyedihkan... TV tersebut tidak dipasang pun... cuma terlupa nak cabut plag... termasuk kali ini... sudah 2 kali TV ini disambar petir... dibulan puasa tahun lepas dan ini... sekali repair mahu telan +-RM550... maka tersadailah TV ini selamanya...

Perkara kedua yang datang menguji... sebahagian kucing-kucing kami didatangi penyakit misteri... muntah-muntah dan demam panas... setelah dirawat... sebahagiannya kembali pulih... dan sebahagiannya mati... Jumlah kucing kami mati minggu lepas adalah 7 ekor... termasuklah mangsa terakhir setakat ini iaitu... teman rapat isteriku yang bernama Suki... sehingga ke hari ini... kami masih terasa kehilangan yang amat besar... isteriku pula asyik menangis apabila terkenangkan Suki... Namun kami tetap redha dengan kehendak Illahi...

Dan hari ini... rumah kami dimasuki pencuri sewaktu ketiadaan kami dirumah... anggaran masa kecurian berlaku... lebih kurang pukul 11.30pm~12.30am... habis segala barang-barang kami dibilik tidur diselongkar... rasa-rasanya... mereka yang menceroboh ini sudah lama perhatikan kami... maksudnya... bila masa kami tiada dirumah dan sebagai... selalunya aku tidur agak lewat malam... lebih-lebih lagi hujung minggu... aku akan jaga sampai ke subuh... jadi tiadalah peluang untuk si pencuri ini buat onar... mungkin disebabkan itu juga... mereka mengambil kesempatan untuk mencuri lebih awal...

Setelah diselidik dengan teliti... didapati duit tabungku sudah dikebas... dengan tabung-tabung itupun dia orang kebas... aku hanya suka menabung duit syiling RM0.20 & RM0.50... anggaran duit syiling dalam tabung tersebut... RM85... boleh digunapakai waktu kecemasan... selain itu wang kertas RM10 yang ku tinggalkan dalam laci meja komputer untuk isteri turut disapu penyangak laknatullah ini...

Syukur Alhamdulillah... barangan lain seperti komputer... printer... motorsikal... tv dan sebagainya belum sempat dikebas mereka... kerana kami keluar rumah tidak lama kemudian dah pulang... kain pelekat yang ku tutup komputer pun sudah diselak... mungkin ada hajat untuk mengebasnya... TV yang baru dibeli secara ansuran sebagai pengganti TV rosak pun nampak mempunyai banyak kesan calar... hmmm.... aku terkedu... Astaghfirullahalazhim...

Dengan ini... aku menyumpah sesiapa yang melakukan kerja ini... dilanggar mampus oleh lori... hidup menyusahkan orang lain tiada maknanya... yang aku pasti sangat... ini adalah kerja mat pit2 yang berhampiran dikawasan kampungku... keluar masuk penjara berkali-kali pun tak serik-serik... binawe punya orang...

Apa yang berlaku disepanjang bulan puasa ini sedikit sebanyak mengajar kami erti kehidupan... InsyaAllah kami mampu mengharunginya dengan hati yang terbuka dan redha... kami hanya mampu berdoa supaya Allah melindungi kami dari segala kejahatan manusia mahupun syaitan... ameen..

Inilah rupa tingkap dapur yang diceroboh... telah ditutup dengan zink sementara

Berselerak

CPU dah dibuka kainnya

Almari diselongkar


P/S: Nasib baik penyangak-penyangak itu tidak mengebas tempahan kuih raya yang telah siap... kalau tidak... mahu mampus aku untuk buat semula.... :(

Friday, September 11, 2009

Tinggal Kenangan...

Salam...

Setelah beberapa hari bertarung nyawa... akhirnya kau sudah pergi meninggalkan kami selama-lamanya... Dibulan yang mulia... dihari yang baik... kau sudah meninggalkan kami... kami redha dengan keadaan... namun kami amat merasakan kehilanganmu dan sangat-sangat merinduimu diketika ini sayang... didoakan rohmu aman tenteram disana... InsyaAllah kita akan bersua kembali di hari pembalasan kelak...

Untuk pengetahuan rakan-rakan blogger... kucing kesayangan kami yang bernama Suki... telah mati akibat penyakit misteri... sebenarnya... 7 ekor kucing kami mati secara berturut-turut... Suki merupakan mangsa terbaru setakat ini... kami sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya... namun gagal... ternyata Allah lebih menyayanginya...

Kami amat menyenangi dengan kehadiran Suki dalam kehidupan kami... walaupun dianya seekor kucing... dianya tetap makhluk Allah yang memerlukan kasih sayang... perhatian dan sebagainya... kami menganggap kesemua kucing peliharaan kami adalah sebahagian daripada anggota keluarga kami...

Maafkan aku wahai rakan-rakan... aku tak mampu nak meneruskan penulisan ini... kerana terlalu sedih... apapun... terima kasih bebanyak kerana sudi membaca...

P/S: Kerja-kerja pembikinan tempahan kuih raya tergendala untuk hari ini... akibat terlampau sedih... lebih-lebih lagi isteriku... kerana dia kehilangan seorang teman... sahabat... kawan sepermainan yang manja dan baik... InsyaAllah kerja selanjutnya akan diteruskan pada keesokan hari...

Monday, September 7, 2009

Harga Biskut Raya...

Senarai Harga Biskut Raya mengikut jenis dan kuantiti... Harap maklum...

Biskut Tat Nenas
50 biji = RM20
100 biji = RM39

Biskut Conflake Honey
50 biji = RM15
100 biji = RM29

Biskut Conflake Coklat Honey
50 biji = RM18
100 biji = RM35

P/S: Kepada mereka yang sudah membuat tempahan... terima kasih daun keladi... kepada mereka yang belum berbuat demikian... anda masih ada peluang... Tempahan masih diterima sehingga hujung minggu ini... Harap Maklum... Sekian Terima kasih...

Sunday, September 6, 2009

Biskut Raya...

Salam...

Memandangkan Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi... mesti ramai diantara kita yang sibuk melakukan segala macam persiapan untuk menyambutnya... antaranya buat biskut raya... cerita pasal biskut raya... ramai yang suka membeli daripada buat sendiri... aku sendiri pun beli juga pada tahun-tahun yang lepas... nasiblah... kalau dapat yang sedap... syukur... kalau tak... sendiri mahu ingatlah...

Tahun ini... mimpi apa entah?! Isteri aku nak buat sendirilah pula...Antara biskut pilihannya... seperti biskut tat nenas dan conflake... kalau beli kat luar sama je rasa katanya... cuma harga saja yang berbeza-beza... hehehe... apapun aku layan sajalah kerenah isteriku... nak dijadikan cerita... malam tadi bermulalah operasi membancuh... menguli dan sebagainya... sepanjang hari semalam buat biskut je kerjanya... sampai diriku pun terheret sekali untuk menjadi tukang bakar... sekarang ini dah lebam biji mata tak cukup tidur... hehe...

Nampak macam tak sedap je biskut-biskut ini?! kata hati kecilku... jahatnya aku... sepatutnya aku berbangga sebab isteriku cuba membuat biskut kegemaranku... iaitu biskut tat nenas... bila sudah siap dibakar... aku pun dengan pantasnya menyambar 2 ketul masuk ke mulutku... nyum...nyum... uiks sedap pula rasanya... tanganku menyambar lagi beberapa ketul... hehe...

Genap tat yg ke sepuluh masuk ke mulut... datang pula ilham di kepala aku ini... apalagi?! Bolehlah aku buat bisnes kuih raya... masalahnya sempat lagi ke? Tinggal lebih kurang 2 minggu nak sambut raya... InsyaAllah sempat...

Alhamdulillah... ini pun aku baru dapat tempahan untuk biskut tat 200 biji... dan biskut conflake 300 biji... tempahan pertama dari sepupu isteriku... Terima kasih Nurul aka Cici... harga boleh dirunding nanti... yang penting... hang kena keluar dari hospital secepat mungkin... apapun doa kami sentiasa mengiringi... semoga tiada apa-apa yang serius...

oklah geng... panjang lebar pula aku membebel... korang layanlah gambar-gambar biskut yang sempat aku snap... kalau ada yang nak buat tempahan... sila-silalah... usah malu-malu... tempahan masih dibuka... seelok-eloknya mereka yang tinggal di sekitar lembah Kelang...

Sebarang pertanyaan... bolehlah menghubungi saya melalui blog ini atau e-mail saya amirsu8518@gmail.com ... Sekian... Terima Kasih...

Tat Nenas sebelum dibakar

Tat Nenas sesudah dibakar

Biskut Conflake Coklat Honey & Tat Nenas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...