Followers

Pages

Saturday, June 13, 2009

Kasihan Pendek

Salam...

Yang pertama... saya minta maaf bebanyak kerana terlepas untuk memberi komen balas di beberapa entri dibawah... dan juga tidak dapat meluangkan masa untuk berkunjung ke blog rakan-rakan... ini kerana... masa membataskan segalanya... sibuk dalam urusan harian dan menguruskan kucing-kucing aku yang sakit seekor-ekor... apapun terima kasih bebanyak kepada semua yang meluangkan masa membaca entri dan memberi komen... anda amat ku hargai...

Pendek dalam keadaan sakit

Hari ini aku terpaksa ambil cuti kecemasan untuk membawa salah seekor kucing kami yang bernama baby atau adik... baby dan adik itu panggilan isteri aku... dan aku pula memanggilnya pendek... walaupun panggilan nama berbeza... kucing itu tetap memberi maklum balas atas setiap panggilan...

Pendek mengalami masalah tidak boleh membuang air kecil sejak malam hari Rabu yang lepas... oleh kerana hanya terperasan keseriusannya pada pagi keesokan hari... aku bercadang untuk membawanya ke klinik haiwan yang selalu ku kunjung disebelah petang selepas waktu kerja... malangnya klinik tersebut tutup...

Aku mengambil keputusan untuk menghubungi doktor haiwan tersebut dan memaklumkan keadaan pendek... lalu doktor itu menyarankan supaya segera membawanya ke Veterinary Medical Center (24 jam ) yang berpusat di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur dengan kadar segera untuk rawatan... tambahnya lagi... kes seperti ini tidak boleh ditunggu-tunggu... boleh membahayakan nyawa pendek... kata doktor itu lagi... kliniknya ditutup awal hari ini kerana ada urusan penting... dan akan beroperasi seperti biasa pada keesokan harinya... aku hanya mengiyakan setiap perbualan itu sehingga menamatkan panggilan...

Memandangkan aku tidak begitu arif dengan jalan di Kuala Lumpur... dan juga mengambil kira setiap perkara yang bakal dilalui... seperti jalan sesak... perlu berulang-alik sekiranya pendek dimasukkan ke wad dan sebagainya... akhirnya aku dan isteri membuat keputusan supaya membawa pendek ke klinik haiwan pada keesokan pagi...dan berharap pendek mampu bertahan...

Seperti dirancang... pagi Jumaat ini... kami membawa pendek ke klinik haiwan yang selalu kami kunjung... sesampai ke klinik... doktor pun memeriksa keadaan pendek dan memaklumkan bahawa sudah 3~4 hari dia tidak membuang air kecil berdasarkan perutnya yang dah keras... peluang untuk pendek hidup dianggarkan tipis... 50~50... kalau melakukan rawatan... mungkin nyawanya akan hilang... kalau tidak melakukan rawatan... pundi kencingnya bakal meletup bila-bila masa dan akan mati juga... jadi doktor suruh membuat keputusan bahawa mahu atau tidak menanggung risiko 50~50...

Setelah berfikir panjang... akhirnya kami membuat keputusan untuk menanggung risiko dengan melakukan rawatan... doktor pula menyarankan supaya menandatangani dokumen perjanjian supaya tidak menyalahkannya sekiranya berlaku kematian... isteri aku apa lagi? Dah mula berderai air matanya sambil memeluk erat pendek... aku hanya mampu menenangkannya dengan berkata... soal ajal maut... Allah jua penentunya... doktor hanya memberitahu berdasarkan pengalamannya... jadi usah bersedih... sebaliknya bebanyakkan berdoa... bersabar dan berserah kepadaNya... InsyaAllah ada harapan pendek... lalu kami pergi meninggalkan pendek di wad setelah membayar deposit dan menandatangi dokumen tertentu...

Lebih kurang pukul 4.53 petang tadi... doktor menghubungi aku dan memaklumkan bahawa pendek telah selamat dimasukkan tiub di saluran kencing dan masih dalam keadaan bius... sedar tanpa sedar... jika mahu datang mengambilnya... datang sebelum pukul 8 malam... aku dan isteri amat bersyukur ke hadrat illahi apabila mendengar penjelasan doktor... tanpa melengahkan masa... kami ke klinik untuk mendapatkan pendek...

Air dimasukkan tujuan pembersihan sistem kencing

Dalam keadaan bius

Tiub dipasang pada alat sulit tujuan memudahkan pembuangan air kecil

Kepada doktor yang merawat... terima kasih diucapkan... diatas segala nasihat... tunjuk ajar yang diberi... Hanya Allah sahaja mampu membalas jasamu... dan kini kami hanya mengharapkan pendek sembuh secepat mungkin dan bermain seperti sediakala...

P/S: Kepada penggemar kucing sekalian... punca utama pendek tidak dapat membuang air kecil disebabkan faktor pemakanan... makanan kucing yang sedia ada di pasaran adalah tidak selamat diberi makan kepada kucing... kerana kualiti yang rendah serta boleh membentuk batu karang dalam sistem saluran kencing itu sendiri pada jangka masa yang panjang... jika anda sayangkan haiwan peliharaan... maka berhijrahlah ke makanan yang dijual di klinik-klinik haiwan... wallahualam...

15 comments:

MariaFaizal said...

I dah agak Pendek or Baby kena batu karang. Walaupun sakit, masih kelihatan sangat cute memakai Elizabethan colar :D

Hopefully Baby/Pendek is on the steadfast recovery. I love, love white color cats. Look so pure & innocent! Kiss Baby for me please.... How's Suki doing?

... said...

kesiannye... sedih aku tgk, aku pun pencinta kucen selain dr pencinta manusia... si puteh aku pun demam, panas sgt bdn dia... pastu aku bwk gi klinik... kene injek 3 jarum & mkn ubat... now dh ok, moga pendek cpt sembuh.

Eta LaZiM said...

Salam Amirul:

Sib baik semua dah selamat....

Kalau kucing kecik selalu cirit birit lak camna?

mr.syazwan said...

kamu bela kucing

ayoo2.. bgs la tuh

tpi WAN "hormat" kucing

huk3

mr.syazwan said...

pssttt...FUUUYOOOO.. MR WAN MINTAK PERTOLONGAN ANDA.. mai tgk kat blog WAN...

lalink7 said...

kucing pun ada batu karang ek?
alahai..sian nyew die...

Tukang cerita said...

Memang btoi tajuk n3 ni...
kasihan pendek...
semoga ia cpt sembuh...

ia juga makhluk Allah yang memerlukan phatian dan kasih sayang kita...

hysman said...

salam bro..
syukur selamat...

Dj Epoi said...

Pergh!!!!

Memang Walaweiiiiii btul Gua tgk Entry nih!!!!

Tahniah Weih!!!!
Alhamdulilah.....Syukur!!!!

Dj Epoi
Terima Kasih DOKtor
Terima Kasih Amirul & Isteri.....

Gua tak leh nak cakap menda......korang memang Walaweiiiiiiiiiiiiiiii

Mira said...

salam amirul..

sedih mira baca kisah pendek ni..sama yang terjadi pada salah 1 kucen mira..malangnyer kucen mira lambat mendapat rawatan dan telah mati masa mira nak bawak g klinik..mira paham perasaan isteri amirul...mmg sedih sangat..kucen ni kita dah anggap macam sebahagian keluarga kita kan.. tapi alhamdulillah pendek semakin sihat harap-harap pendek akan bermain seperti biasa. Amirul ada brapa eko kucen?

Pendek ni comei sangat sbb bulu dia putih gebu je..

Mr Apam said...

mirul..

kiranya skang..si pendek tuh dh elok lah skang...
bagus usaha anda

CAHAYA said...

nama kucing2 kamu best lah. Teringat waktu kitorang namakan kucing2 kitorang ikut tema. Ada tema air (milo, teh dan horlick). Tema branded (LV, Gucci dan Prada). Pastu tema ikut ekor (Tajam, Kontot). Tema mata (Biru dan Coklat). Funny!

TokNabe said...

Kesian pendek, moga cepat baik.

Tak pernah dengar juga pasal kucing tak leh buang air kecil ni, mujur juga perasan kalau tak.... tak taulah nasib pendek tu kan.

IxoR@ said...

Bertuah pendek dapat tuan yg begitu sayangkan kucing...

Ixora tengok keadaan Pendek pun tak sampai hati!

SasHa Lee said...

alooo tak leh tgk kucing kesakitan.. Sadiiisss... So sekarang macm ne ngn PEndek? semakin sembuh ker??

aku ni pung pencinta Meow..

**Dulu kucing sya mati.. sya menangis tak sangup tgk dia kesakitan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...