Followers

Pages

Tuesday, June 16, 2009

Modem Rosaklah Plak!

Salam...

Ketiadaan akses internet selama 2 hari seolah-olah 2 tahun lama rasanya... maafkan aku kengkawan... modem aku buat hal plak... rosak! Baru hari ini diganti dengan modem baru... sejauhmana kehebatan modem baru ini... aku tak pasti... apapun harap ianya dapat berkhidmat kepada aku dengan lebih lama dan cekap... InsyaAllah...

Yang Ini Dah Rosak

Yang Ini Baru

Maafkan aku juga kerana masih belum berkesempatan untuk berkunjung blog rakan-rakan... InsyaAllah akan ku menyusul kemudian... Ampun beribu ampun...

P/S: Alhamdulillah... Pendek beransur pulih... cuma masih dalam kesakitan... InsyaAllah petang esok tiub yang dipasang pada alat sulitnya perlu ditanggalkan... Doakan kesejahteraannya ya kengkawan...

Saturday, June 13, 2009

Kasihan Pendek

Salam...

Yang pertama... saya minta maaf bebanyak kerana terlepas untuk memberi komen balas di beberapa entri dibawah... dan juga tidak dapat meluangkan masa untuk berkunjung ke blog rakan-rakan... ini kerana... masa membataskan segalanya... sibuk dalam urusan harian dan menguruskan kucing-kucing aku yang sakit seekor-ekor... apapun terima kasih bebanyak kepada semua yang meluangkan masa membaca entri dan memberi komen... anda amat ku hargai...

Pendek dalam keadaan sakit

Hari ini aku terpaksa ambil cuti kecemasan untuk membawa salah seekor kucing kami yang bernama baby atau adik... baby dan adik itu panggilan isteri aku... dan aku pula memanggilnya pendek... walaupun panggilan nama berbeza... kucing itu tetap memberi maklum balas atas setiap panggilan...

Pendek mengalami masalah tidak boleh membuang air kecil sejak malam hari Rabu yang lepas... oleh kerana hanya terperasan keseriusannya pada pagi keesokan hari... aku bercadang untuk membawanya ke klinik haiwan yang selalu ku kunjung disebelah petang selepas waktu kerja... malangnya klinik tersebut tutup...

Aku mengambil keputusan untuk menghubungi doktor haiwan tersebut dan memaklumkan keadaan pendek... lalu doktor itu menyarankan supaya segera membawanya ke Veterinary Medical Center (24 jam ) yang berpusat di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur dengan kadar segera untuk rawatan... tambahnya lagi... kes seperti ini tidak boleh ditunggu-tunggu... boleh membahayakan nyawa pendek... kata doktor itu lagi... kliniknya ditutup awal hari ini kerana ada urusan penting... dan akan beroperasi seperti biasa pada keesokan harinya... aku hanya mengiyakan setiap perbualan itu sehingga menamatkan panggilan...

Memandangkan aku tidak begitu arif dengan jalan di Kuala Lumpur... dan juga mengambil kira setiap perkara yang bakal dilalui... seperti jalan sesak... perlu berulang-alik sekiranya pendek dimasukkan ke wad dan sebagainya... akhirnya aku dan isteri membuat keputusan supaya membawa pendek ke klinik haiwan pada keesokan pagi...dan berharap pendek mampu bertahan...

Seperti dirancang... pagi Jumaat ini... kami membawa pendek ke klinik haiwan yang selalu kami kunjung... sesampai ke klinik... doktor pun memeriksa keadaan pendek dan memaklumkan bahawa sudah 3~4 hari dia tidak membuang air kecil berdasarkan perutnya yang dah keras... peluang untuk pendek hidup dianggarkan tipis... 50~50... kalau melakukan rawatan... mungkin nyawanya akan hilang... kalau tidak melakukan rawatan... pundi kencingnya bakal meletup bila-bila masa dan akan mati juga... jadi doktor suruh membuat keputusan bahawa mahu atau tidak menanggung risiko 50~50...

Setelah berfikir panjang... akhirnya kami membuat keputusan untuk menanggung risiko dengan melakukan rawatan... doktor pula menyarankan supaya menandatangani dokumen perjanjian supaya tidak menyalahkannya sekiranya berlaku kematian... isteri aku apa lagi? Dah mula berderai air matanya sambil memeluk erat pendek... aku hanya mampu menenangkannya dengan berkata... soal ajal maut... Allah jua penentunya... doktor hanya memberitahu berdasarkan pengalamannya... jadi usah bersedih... sebaliknya bebanyakkan berdoa... bersabar dan berserah kepadaNya... InsyaAllah ada harapan pendek... lalu kami pergi meninggalkan pendek di wad setelah membayar deposit dan menandatangi dokumen tertentu...

Lebih kurang pukul 4.53 petang tadi... doktor menghubungi aku dan memaklumkan bahawa pendek telah selamat dimasukkan tiub di saluran kencing dan masih dalam keadaan bius... sedar tanpa sedar... jika mahu datang mengambilnya... datang sebelum pukul 8 malam... aku dan isteri amat bersyukur ke hadrat illahi apabila mendengar penjelasan doktor... tanpa melengahkan masa... kami ke klinik untuk mendapatkan pendek...

Air dimasukkan tujuan pembersihan sistem kencing

Dalam keadaan bius

Tiub dipasang pada alat sulit tujuan memudahkan pembuangan air kecil

Kepada doktor yang merawat... terima kasih diucapkan... diatas segala nasihat... tunjuk ajar yang diberi... Hanya Allah sahaja mampu membalas jasamu... dan kini kami hanya mengharapkan pendek sembuh secepat mungkin dan bermain seperti sediakala...

P/S: Kepada penggemar kucing sekalian... punca utama pendek tidak dapat membuang air kecil disebabkan faktor pemakanan... makanan kucing yang sedia ada di pasaran adalah tidak selamat diberi makan kepada kucing... kerana kualiti yang rendah serta boleh membentuk batu karang dalam sistem saluran kencing itu sendiri pada jangka masa yang panjang... jika anda sayangkan haiwan peliharaan... maka berhijrahlah ke makanan yang dijual di klinik-klinik haiwan... wallahualam...

Wednesday, June 10, 2009

Al-Fatihah...


Salam...

Saya agak terkejut dan sedih dengan berita pemergian allahyarham Shukery Hashim... beliau merupakan salah seorang pelakon yang berbakat besar dan serba boleh... saya amat mengagumi setiap lakonannya...

KUALA LUMPUR 10 Jun - Pelakon lelaki terkenal, Shukery Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pukul 1.15 petang ini.

Allahyarham yang berusia 55 tahun meninggal dunia selepas menderita sakit barah pankreas. - Utusan


P/S: Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan mukmin yang soleh... ternyata Allah lebih menyayanginya... kepada keluarga allahyarham... diucapkan takziah... dan berbanyak bersabar dan tabah menempuhi dugaan ini... Al-Fatihah...

Saturday, June 6, 2009

Kehilangan...

Kutip ketika sihat

Kutip terbaring kaku di dalam liang lahat


Hari ini aku dan isteri amat sedih atas satu kehilangan... setelah berminggu bertarung nyawa... akhirnya... dia pergi jua meninggalkan kami pada pagi Jumaat (8.25am)... mungkin Allah lebih menyayanginya... kami redha dengan keadaan... mudah-mudahan dia menunggu kami disana...

Kutip nama diberi... salah seekor kucing jantan kami... mengalami kelumpuhan setelah beberapa hari demam... pelbagai inisiatif telah diambil... namun akhirnya... dia pergi jua... sedih tak terkata... semoga rohnya aman bersama yang lain disana...

Asal-usul nama kutip diberi... beberapa tahun yang lepas... aku dan isteri bersarapan disebuah restoran... semasa mahu pulang... kami didatangi seekor kucing jantan yang comel lagi bermanja kelaparan... tanpa fikir panjang... kami membawanya pulang untuk membela... setelah berfikir beberapa hari... akhirnya nama kutip diberi... kucing itu pun amat selesa dengan panggilan itu...

Cuma aku terkilan... sepanjang hayatnya... aku suka memarahinya kerana asyik bergaduh dengan kucing jantan yang lain... walaupun bukan dia punca pergaduhan itu... menyesal ku tak sudah... semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ku... InsyaAllah... sungguhpun begitu... kutip tetap kucing kesayangan kami... wallahualam...

P/S: Kepada kengkawan... entri ini sepatutnya tersiar semalam... memandangkan terlalu sedih atas kehilangan kutip... aku tidak mampu untuk meneruskan tulisan ini... apapun doa kengkawan diharapkan untuk ketenangan kutip disana... Terima Kasih...

Thursday, June 4, 2009

Diet Ramping!

Makan... Makan... Makan... ada pepatah berbunyi... makan untuk hidup... tapi kalau terlebih makan... apa kisahnya pula ya? Aku tang bab makan ini sukar sikit untuk mengawal... lebih-lebih lagi isteri tercinta yang memasak... Slurrrp! Sampai tak ingat dunia! Mahu berpinggan-pinggan aku bedal... semasa sedang mentekedarah... aku tak pedulikan pun perutku yang semakin maju ke hadapan... apa yang aku tahu... lauk yang biniku masak sedap... harusku mengenyangkan perut tanpa ingat! Selepas itu... menyesal mengenangkan perutku... Benarlah kata orang... penangan air tangan isteri... secara tak langsung... tabiatku ini membuatkan berat badan bertambah naik seperti belon udara! keh3x...

Untuk tidak terus berkembang ke tahap yang lebih besar... isteri aku mengesyorkan aku makan salad... alah-alah makanan mat saleh lah pulak? Apapun... aku layan juga... sebab nak mengempiskan perutku yang terlalu boyot ini... hehehe...

Untuk seminggu yang lepas... inilah menu makan malam ku... nama yang ku berikan untuk salad ini ialah Salad Rasa Sayang... Anda mahu mencuba? Silalah rujuk resepi disediakan... Layanzzz...

Salad Rasa Sayang

Bahan-bahan

1 biji epal hijau ( dipotong dadu )
1 biji lobak merah ( disagat halus )
4 biji tomato ceri ( dipotong 2 )
4 biji buah strawberry ( dipotong 4 )
Jus lemon ( anggaran ikut suka )
Mayolite Salad Dressing ( anggaran ikut suka )
Daun salad

Cara-cara membuatnya...

Semua bahan-bahan tadi digaul rata... kecuali daun salad... selepas itu susun daun salad itu ke dalam bekas dan masukkan bahan yang telah digaul rata... sudah siap! Boleh dimakan begitu saja... ataupun sejukkan didalam peti ais sebelum makan... ( pilihan buah terpulang kepada citarasa masing-masing )...

Wednesday, June 3, 2009

Ikrar Demi...

Demi... Allah yang Maha Berkuasa...
Demi... Umat Islam Sejagat seluruh alam...
Demi... Pepaduan diantara semua kaum...
Demi... Harapan Nusa Bangsa...

Demi... Malaysia Tanah airku tercinta...
Demi... Cintaku pada Negara yang satu...
Demi... Kedaulatan yang dijunjung...
Demi... Cita-cita yang ku sanjung...

Demi... Anak-anak Bangsa bumi Malaysia...
Demi... Kawan-kawan ku sekalian...
Demi... Kerjaya yang diamanahkan kepadaku...
Demi... Maruah Agama dan Nusa Bangsa...

Demi... Cintaku pada isteri tercinta...
Demi... Cintaku pada rumahtangga yang ada..
Demi... Cintaku pada keluarga tersayang...
Demi... Cintaku pada ibubapa yang satu...

Demi... Cintaku Cintamu bersatu...
Demi... Cinta kita yang tiada tandingan...
Demi... Kasih terhadap haiwan...
Demi... kasih terhadap semua makhluk ciptaan Tuhan...

P/S: Kawan-kawan layan sajalah IKRAR DEMI ciptaan sang pencipta... Kalau rasa tak faham... buat-buat faham jelah ya... hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...