Salam...
Setelah penat bekerja sepanjang minggu... marilah kita menenangkan fikiran dengan menjawab teka-teki... menghilangkan rasa ketegangan sementara...
Kepada mereka yang boleh menjawab teka-teki yang bakal disiarkan... ada HADIAH MISTERI menanti anda... Tetapi anda mesti mematuhi syarat-syarat seperti dibawah...
1. Anda wajib menjawab kesemua 10 soalan teka-teki dengan tepat.
2. Anda wajib menjawab 2 soalan cepumas disamping teka-teki ini.
3. Hanya seorang saja pemenang terawal yang berjaya menjawab kesemua jawapan dengan tepat akan diambilkira.
4. Tempoh teka-teki ini akan berlangsung selama 3 hari. Iaitu dari tarikh disiarkan hingga 15 May 2009.
5. Sebarang keputusan adalah muktamad.
Hadiah dirahsiakan sehingga ada pemenang bertuah berjaya menjawab semua teka-teki dan soalan cepumas dengan betul. Alah... nama pun HADIAH MISTERI kan? Jawapan untuk kesemua teka-teki akan disiarkan selepas tamat tempoh peraduan. Ok jom kita ke soalan teka-teki... Selamat Mencuba...
Soalan 1
Mulutnya besar... Muncungnya kecil... bila tiba masanya... dia menjerit... bila diangkat dia terus senyap... apakah dia?
Soalan 2
Bulunya banyak sehingga tak terbilang... ketika hijau kelat rasanya... sesudah masak bertukar pula warna... apakah dia?
Soalan 3
Tarik kulit nampak bulu... cabut bulu nampak bijinya... Habis biji tinggal batangnya... apakah dia?
Soalan 4
Mulutnya besar... telinganya kecil... dipegang orang sebelah sahaja... diangkat dan letak ada kawannya... siapakah saya?
Soalan 5
Bila ditarik... dia terbang... bila dilepas... dia melayang... siapa pula aku?
Soalan 6
Kulit dan bulunya keras... bila nak buka kena pusingkan... bila dimakan punyalah sedap... Buah apa ya?
Soalan 7
Lehernya panjang... muncungnya kecil... telinganya besar sebelah saja... hanya digunakan diwaktu pagi dan petang... apakah bendanya itu?
Soalan 8
Saya ada 4 kaki... mempunyai badan besar dan belakangnya keras... kepala pula kecil... Apabila nak ke suatu tempat... punyalah lambat... siapakah saya?
Soalan 9
Tubuh saya berplastik ataupun berzink... perut saya pula berkaca... saya memakai songkok... ramai yang menggunakan saya... siapakah saya?
Soalan 10
Diluar hitam... didalamnya putih... bila jatuh keras pula kulitnya... bila dibuka banyak juga isinya... apakah itu?
**********************************************************
Soalan Cepumas
1. Pokok bunga apakah yang tidak berdaun?
2. Ayam apakah yang tidak boleh berkokok dan setiasa berjaga 24 jam?
Orait! itu saja untuk hari ini... selamat menjawab.... hehehe...
19 comments:
dah la 10 soalan susah.. tmbah 2 cepuemas... cepuk kangg...heee... tgh pikir cari jwpn...
salam...
jenoh nk pkr.nnt2 la..hehe...
Banyak yang nak kena fikir tu... amik masa ni, lepas tu tiggal 2hari je lagi duenya....
Tak pe kasi peluang orang lain jawab dulu. :D
Arghh...I'm really bad at teka-teki :(
aku bab main teka teki ni memang dari dulu fail la bro
elok sangat la sebuk nak exam jawab teke teki camni
muahaha
ku akan cobe
da dapat 4 jawapan
lalala~
Punyalah banyak soalan hang..sampai naik biul kepala Otak Gua....
Nanti2 arrrrrr Gua pikirkan jawapan nih...baru dapat answer 3-4 soalan jer......takut tak cukup syarat nak dapat adiah heheheheh
huhu
ada jwpan nye
tpi x full
agaga
poning kepala den
nnt dpt den g tau k..
jope xde sorang dpt jwb
haha
Ishhhhh..
tak bleh nak pk!!!
:P
1. Cerek
2. Rambutan
3. Jagung
4. Cawan
5. Layang-layang
6. Buah Pulasan
7. Teko
8. Kura-kura
9. Thermos/ Bekas Pemanas
10. Manggis
Cepumas
1. Bunga rampai @ Kaktus
2. Tidur-tidur ayam
jap lg combi dtg semula ekk..nak gi reles tensen jap :p
Salam mirul...alamak..ni yg akak lomah ni..tapi akak dah dapat jwb beberapa soalan..nanti akak try cuba test cari lagi ye..
dh 2 ari pikir, soaln ni lebih ssh dr soalan matematik ropenyer teman... mmmm....
ish.. susah la pulak. kalo jawab 5 ajer boleh tak? hehehe...
bab teka teki nie yang aku lemah nie...aku dapat 3 je yang aku rasa betul..yang lain hampeh..kasi hint sikit lah..huhu
Terima Kasih diatas Komen anda SAHABAT....
Gua tak dapek jawapan lagi arrrrrrrr
Salam Kepada Kalian,
Mari-Mari-Mari
Kepada yang Belom Lagi Hantar Jawapan Sila-Silalah Ye...Masih Ada Peluang Lagi Untuk Anda Meneka Teka-teki ini Masih Terbuka Sehingga Esok!! Tarikh tutup 15/05/09 Jumaat Detik 12 Tgh MLM.. Anda Masih Ada Peluang Lagi Untuk Meneka...Kepada Yang Sudah Beri Jawapan Jangan Risau Saya Sengaja Simpan dulu jawapan2 Itu Supaya Memberi Peluang Kepada Yang Lain Untuk Menjawab. Ini Baru
Adilkan....Apa-apapun Selamat Mencuba!
alamak... dah expired la... bro, nnti ko wat contest baru yer... hehehe...
Post a Comment